Bab 47 - Lari

1.6K 19 2
                                    

-Nate's POV-

"I will come to you once this one month period end...Until then, can you wait for me?"

Aku tidak menjawab. Perasaan serba salah kuat menguasai diri aku ketika ini. Bersalah kepada kedua mereka.

"Hey..." dia memanggil lembut, sambil memaut lenganku dari belakang. "Can you wait for me...?" Dia bertanya lagi melihat aku tiada respon sebentar tadi.

Aku cuma memandangnya, sambil mengeluh. Bukan keluhan kerana dia meminta aku menunggunya. Tetapi lebih kepada kenapa dia beria-ia nak balik kepada aku?? Kami tak pernah bercinta pun. Tetapi tak tahu kenapa bahagian ingatan dia yang sedikit itu, dia lebih mengingati cerita-cerita lama kami yang dah berkurun lalu. Aku mengeluh lagi.

Why it has turned to be like this?? Why??

"Mel..." Baru aku memulakan bicaraku, Mel tiba-tiba menarik mukaku. Kemudian, memegangnya lembut. Tangannya mengusap-usap pipiku. Sungguh, aku hampir terbuai dengan semua ini. Mahu saja aku tarik tangannya dan bawa pergi jauh dari semua ini, tinggalkan semua orang di sekelilingnya. Biar dia bersama aku sahaja!

Tetapi....

Aku pejam mata rapat, cuba melupuskan segala yang bermain difikiran jahatku. Tidak mahu perasaan selfish ku terus bermaharajalela didalam diriku. Seboleh-bolehnya aku mengawal diriku.

Come on! We are talking about Mel kut? Korang tahu kan macam mana perasaan aku dulu pada dia. Apetah lagi sekarang ni seolah-olah macam peluang tu terbuka luas untukku.

Perlahan-lahan aku pegang tangan Mel, dan aku alihkan dari pipiku. Aku buka mata dan menatap wajahnya lagi.

"I'm sorry...." Jawabku perlahan.

Mel memandangku seolah kurang faham dengan kata-kataku.

"I tak boleh teruskan semua ni..." Aku tatap lagi anak matanya. Dan dari anak matanya, ada sinar kecewa yang terpamer disitu. Buat seketika, Mel terdiam, mencari kepastian disebalik raut wajahku. Kemudian dia terus berpaling membelakangi aku.

Tahu keadaan agak kekok ketika ini, aku cepat-cepat berdiri dihadapan Mel. Aku pegang bahunya.

"Mel... please don't proceed with what you have plan..."

Mel menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak setuju dengan kata-kataku. Cepat-cepat dia mahu meleraikan peganganku dibahunya.

"Please... I'm begging you...!" Aku tekan kata-kataku lagi. Berharap sangat agar Mel faham.

"I tak rasa you faham perasaan I...." Mel bersuara kecewa. Meleraikan peganganku dibahunya. Kemudian dia mahu mengatur langkah.

"Melisa! Jangan teruskan kalau you taknak I hilang dari hidup you....!" Aku bersuara lagi saat Mel sudah mengatur langkah. Kami membelakangi satu sama lain.

Sebaik habis ayatku, aku dapat dengar langkahan kaki Mel terhenti. Kemudian laju dia meluru kehadapanku.

"You ugut I...??" Mel memandangku dengan muka tak puas hatinya.

"I mean it!" Aku tekan lagi suaraku, dan aku tatap dalam-dalam kedalam anak matanya.

Mel menggeleng-gelengkan kepalanya seakan tidak boleh terima kata-kataku.

Kemudian laju dia meninggalkan aku disitu.

I just have to do what I need to do....And I hope you could understand...

"Woi!! Jauh termenung!"

Terperanjat dek sergahan Zach, aku cepat-cepat meraup mukaku. Tak pasal-pasal aku teringat cerita diawal-awal hari 30 hari Mel bermula.

The Story of That Lady & A Man (#COMPLETED)Where stories live. Discover now