Pernah tak kau rasa jatuh, satu tubuh rasa lusuh,
Rasa kena buang jauh tempat gelap tak bersuluh.
emosi sendri ajak kau bergaduh.
Keluh si bodoh. Sedar tengok satu badan kau dah berpeluh,
terbaring berpaling di dinding mata hitam berpusing,
air mata semalam pun masih belum kering.
Keliling ada kaca bakar asap tebal tembak siling.
Bukan bagi pening, tapi bagi otak laju pusing tulis penting
riwayat, hikayat, wasiat. tersurat dan tersirat.
Al-kisah kembara tak pakai roda cuma pakai ayat
Sebab kau tak mahu, dgr apa yg aku tahu,
jadi dari ayat aku tukar jadi lagu.
Dekat tingkat 21 dalam bilik sendiri,
bukan berdiri tepi bangunan paling tinggi. aku sendri pun ngeri
tak rasa lagi nak cuba cuba bunuh diri tulis nota kaki
toreh pisau gantung tali sampai mati.
Cuma rasa tiada fungsi dalam biologi
utk komuniti dan juga depan ilahi,
hidup tak bergaji, mati tak berbakti,
duduk tengah demensi,aku takut kena maki lagi.
Temanku memori silam berusulamkan emosi
cerita sama diulangi, tetap yang salah aku lagi.
Mungkin, Lepas aku gila. Baru nak simpati
Yakin, Lepas aku tiada. lagu ini jadi seni
Tolong! Tolong!Aku pekik tolong!
tapi mereka kata tak dengar atau mereka sombong?
Tapi mereka kata aku ini kuat bohong?
Nak mintak tolong pon kena jadi pembohong?
Siakap senohong? tak kan aku jadi pencuri?
Aku nak cerita sakit pecah kepala dengar suara sendiri.
Kadang suara tak tahu mana punca tapi
hujung telinga ada keluar bunyi.
"cepat bangun cari kerja, jangan buang masa" - Nanti dulu aku belum puas lena.
"cepat bangun cari duit, bagi dompet tebal sikit" - Nanti dulu aku belum puas lena.
"cepat bangun cari makan, tenaga pun kau perlukan" - Nanti dulu aku belum puas lena.
"cepat bangun cari kawan, lepas itu cari Tuhan" - Nanti dulu aku belum puas lena.
Minta ampun minta maaf mungkin aku penuh dengan alasan
Mahukan perhatian yang hidup aku ini kesusahan.
Maaf sekali lagi kalau rasa diperli, sbb semua takkan faham dengan aku ini.
Ya Tuhan, iya Tuhan, Tuhan masih di sini, tak pernah hilang sekali berganjak walau seinci.
tapi tetap juga ada yg pakai nama tuhan
bila mereka kata aku sudah jauh lari keluar landasan
Tapi jawapan mereka hanya tuduhan dan sumpahan
Jadi nama tuhan lagi sekali jadi bahan.
Monolog dalaman, luaran tak perlu sebarang teman,
kadang keluarga & saudara pun aku jauhkan
Sebab dari awal mereka tiada waktu benar perlukan
Masing mahu tunjuk siapa lebih tinggi pangkat & pelajaran
Tak mengapa, cuba lagi, ada masa jumpa lagi.
Kalah dalam monolog sendiri.
Dari awal tadi aku aku cuma borak seorang diri.
Sebab bila ku ajak borak korang kata aku ego tinggi.
Tapi bila nak bangkit sikit aku makin sakit
malam mimpi ngeri, rasa mulut kena jahit
Rasa dunia aku makin sempit kena himpit
Lagi sekali aku rasa nak menjerit!

-AKUKETAM-