MAMA

31 1 0
                                    


Mama - kau lah segalanya,

Dari menangis tertawa sampai aku berkata, tertawa

Bersabar menunggu tamat sekolah sampai penamat habis aku terima segulung ijazah

tak penat ukir senyum walau jatuh masa kau - dukung aku, pikul aku,berat aku, semua aku

asal kau dpt tgk aku lena tidur lentok di tengkuk. mengantuk.

Masa ku bangun celik mata kau dah sedia atas meja semuanya utk sampai malam,

tapi aku hanya lihat dan terdiam. Memeluk mama sebelum ku pergi pegang buku dan kalam.

Bila balik itu ini tak cukup aku bercerita,

di sekolah ada budak yang lebih kaya, mama kan kata dia akan usaha,

utk jadi kan aku macam dia - air mata


naluri mu - lebih pantas dari butir peluru.

perilaku yang tak pernah kenal erti terburu

lebih cepat menilai tanpa perlu diberitahu

menghubungi ku semasa sakit aku demam aku


Pimpin tangan lintas jalan masa hujan kau payungkan tangan tapi kau kebasahan.

Buai laju laju dodoi lagu baru. sampai tidur mahu.

walau mata layu. kau biar aku tidur dulu.


Akhirnya...sudah sampai masa aku menulis semula.

Bukan bercerita tentang sesiapa tapi pasal mama,

mati hidup hanya sebelah dia.

Celik mata tengok ada call dari dia. Terus terdetik apa jadi di rumah sana.

tapi bila diangkat dengar dia bersuara

'apa khabar di sana, sihat ke anak mama?


"Semuanya pasti okay", walau kau sedang sedih.

Kau menjadi rujukan 1001 soalan

apa terkusut kau memberi semua jawapan.

Memberi sinar harapan.Memberi sinar impian.


Merajuk ku kau layan sampai hati ku terpujuk.

Tapi bila kau terperuk, rasa mahu merajuk

aku hilang tanpa khabar suara tiada muka, aku jauh senyap bisu - aku tahu aku teruk.


pernah kau terfikir, siapa yg pergi dulu?

mana kau mahu? dia? atau dia meratapi mu

solat mu jangan lupa, bekalan tuk disana" 

pesanan yg tak putus dari mulut dia


walau aku membisu, walau aku ni malu,

 kau lebih tahu apa yang aku mahu, aku perlu

hakikat aku asal dari perut mu, susu mu, darah mu kau permaisuriku ratu ku!


langsung layar labuh kucup menangis pipi basah,

ku habis lagu dengan ucapan terima kasih mak dan abah

AKU.Where stories live. Discover now