(1)

645 59 7
                                    

Seperti selalu, kelas 5 Charlie akan mengetuai kelas lain dalam pertandingan kelas terbising. 5 Charlie (bukan charlie puth ye) merupakan kelas yang paling hadapan. Tetapi perangai SubahanAllah hanya tuhan sahaja yang tahu.

Umur bukan penghalang bagi mereka untuk membuat bising. 17 tahun mereka hidup dan tahun ini, tahun terakhir mereka akan berpakaian sekolah bersama lencana.

Aryan Hilmi nama yang sudah terkenal di seluruh pelosok sekolah. Bukan setakat ketua  headperfect sahaja bahkan sifatnya yang playboy itu lah yang menjadikannya terkenal.

"Sya, boleh tak kau tolong perlahankan volume suara kau tu? Agak-agaknya boleh pecah gegendang aku dengar kau cakap mengalahkan pakai microfon tu"

Semua gadis Aryan akan berkata lemah lembut kecuali..

"Hey, aku cincang gak mamat ni nanti. Kenapa lah cikgu lantik kau jadi Ketua pengawas? Tak ada langsung ciri-ciri seorang ketua pengawas tu tahu?"

Saffa Azra. Nama yang terukir indah di dalam sijil lahirnya.
Well, mama I memang banyak idea untuk memberikan nama seindah tuannya. Aceceh.

"Ish mulut kau ni memang tak boleh pakaikan?" Aryan berkata berang. Mana boleh orang kata aku tak ada ciri-ciri ketua pengawas. Aku yang handsome lagi bergaya ni memang wajarlah di jadikan ketua pengawas.

"Setakat ni alhamdulillah, tak ada la aku makan guna lubang hidung sebab mulut aku masih mampu menerima suapan makanan." Saffa mengibaskan tudungnya. Bab loyar buruk ni memang makanannya dan pasti kemenangan ini miliknya juga.

Semua mata memberikan tumpuan seratus peratus kepada pasangan itu. "Ini kalau upload dekat YouTube, memang gempak ni. Kalah lagu see you again tu" ujar Ahmad yang agak teruja dengan pergaduhan yang berlangsung di hadapan matanya itu.

Satu sekolah dah tahu Aryan dan Saffa pantang bertembung. Mesti diorang berperang mulut punya, tak kiralah di hadapan pintu pagar sekolah ke ataupun di dalam kelas. Tapi seronok juga tengok diorang bergaduh.

"Saffa! Aryan!"

Belum sempat Aryan ingin membalas kata-kata Saffa,Cikgu Kamal memanggil mereka. Dia yang tersentak segera memandang wajah bengis Cikgu Kamal.

Semua pelajar 5 Charlie bertempiaran lari mencari kerusi masing-masing tatkala mendengar suara cikgu Kamal.

Wajah Aryan dan Saffa dipandang silih berganti. Sebenarnya tadi, hasratnya ingin memanggil Aryan, namun tiba-tiba sahaja ada 'perang dunia' yang meletus di antara kaum adam dan kaum hawa itu. Terbantut terus niatnya.

"Gaduh lagi?" soal Cikgu Kamal.

"Dia dulu cikgu" jawab Saffa dan Aryan serentak sambil menunding antara satu sama lain.

Cikgu Kamal menggarukan kepalanya. Apa nak jadi lah dengan budak dua orang ni. Aku kahwinkan jugak nanti.

"Dia ni cikgu, dia yang cari pasal dengan saya"Kata Saffa.

"Apasal aku pulak? You started it first!" balas Aryan yang inginkan kemenangan.

"Stop it!" Jerkah Cikgu Kamal sehingga mengejutkan semua pelajar 5Charlie.

"Awak berdua ingat saya ni tunggul ke?"

Saffa dan Aryan hanya menunduk. Mereka tidak tahu hendak mengatakan apa lagi.

"Aryan, kamu sebagai ketua pelajar harus menunjukkan contoh terbaik bukan bergaduh bergini"

Aryan mengangkat wajahnya namun dia hanya diam membisu.

"Dah, sekarang Saffa kamu ambil beg kamu dan duduk sebelah Aryan. Khai, kamu duduk di tepi Yuna"

Saffa melopong. Apa kes aku kena duduk tepi mamat buaya ni? Eeeuuww mama I don't want!

"Nak denda tapi denda apa lagi saya nak beri? Lepas denda bergaduh lagi. Ha ini je caranya nak bagi kamu berdua berbaik. Dah tercegat apa lagi? Cepat lah tukar!"

Selepas menerima arahan daripada Cikgu Kamal,terkial-kial Saffa mengambil barangnya lalu di letakkan di atas meja bersebelahan dengan Aryan.

Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum kedua-duanya menjeling.

"Saya tak nak kamu tukar tempat ni sampai akhir tahun! Kami, cikgu-cikgu dah bersetuju nak letakkan kamu berdua bersebelahan. So jangan pandai-pandai ubah! Faham?!"

"Faham cikgu" ucap kami serentak.

"Aryan saya nak jumpa kamu sekejap di luar." Cikgu Kamal berkata lalu melangkah kaki keluar kelas.

"Kita belum habis lagi" Aryan berbisik lalu mengatur langkah ke arah Cikgu Kamal.

"Kesah apa aku?!" Saffa berkata sedikit kuat memandangkan Aryan sudah jauh darinya. Aku tak pernah takut dengan kau mamat buaya.

>>>>>>>
This is what we call life. I know cerita ni barai dia tahap tak ingat dunia. I know nak mereka sesuatu cerita itu susah and I know nak dapat vote sehingga beratus-ratus itu umpama kau kejar bintang di angkasa. I'm just human. Well kalau cerita ni mampu menaikkan semangat author, author teruskan. Tetapi kalau hambar, author just tekan tong sampah dan delete cerita ni. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, author harap cerita ni mampu memberikan inspirasi terbaru buat author. Sekian.

Vote and comment ye💖

 

.

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now