(22)

216 9 0
                                    

"Shit!"










Aryan terus berjalan ke hadapan bersama penumbuk yang sudah lama tidak merasakan makanannya. Urat-urat mula timbul di leher, di lengan dan di kepala.

Bush! Tumbukkan terkena tepat kepada lelaki yang sedang berada di atas gadis yang di kenalinya itu. Rakan-rakannya yang lain terus melangkah ke hadapan dan melepaskan gadis itu demi membantu bos terchinta.

Korang fikir korang ramai aku takut? Heh ini Aryan Hilmi berapa tan darah sudah aku kumpul. 7 keturunan sekalipun mesti tidak akan habis.

Bukan 10 orang aku mampu tumbangkan tetapi lebih dari itu. Jangan kejut Aryan Hilmi selagi kau belum sedia nak di tanam.

Satu per satu lelaki-lelaki 'sasa' itu aku kerjakan. Nampaknya mereka sudah tidak berdaya. Pistol yang dari tadi tersimpan kemas di dalam sweater di keluarkan.

"Kau nampak ni?"

Lelaki yang mungkin ketuanya itu mengangguk.

"Aku nak warning dekat kau dengan kawan-kawan kau ni. Sekali lagi kau datang sini, Kau kacau perempuan tu kau mati! Kau ingat ni!" Tegas Aryan.

Lelaki itu memohon ampun berkali-kali. Mungkin mahu hidup lebih lama. Ala kalau hidup pun mungkin dalam lokap.

Aryan berjalan ke arah gadis yang sedang menangis teresak-esak di tepi pokok. Jika dia lambat, mesti gadis itu akan di apa-apakan. Alhamdulillah, tuhan menegurnya untuk mengambil cap Taufiq yang tertinggal di situ.

"Sya..."

"Jangan rapat dengan aku!" Bersama tangisan Saffa berkata. Badan yang tergetar-getar dek perkara tadi terus di peluk ketat oleh Aryan.

"Sya ni aku. Aryan. Hilmi" Sepatah-patah perkataan itu di sebut. Kepala gadis itu di usap lembut.

"Yan.. Aku, a..ku ta..ta..kut.." Saffa membalas pelukkan itu. Takutnya sekarang tuhan sahaja yang tahu. Kalau lah ada baba, umi dengan abang mesti mereka menjadi tempat pertama Saffa menitiskan air mata.

"Shhh aku ada.. Sekarang, aku hantar kau pergi bilik eh?" Aryan menyokong tubuh Saffa untuk berdiri. Rambut yang menutupi muka gadis itu pantas di selaknya ke tepi.

Pistol di ambik dan di sorokkan ke dalam pocket seluar. Sweaternya pula di buka dan di beri kepada Saffa. "Nah. Pakai sweater aku ni dulu" sweater mula bertukar tangan. Baju yang terkoyak sedikit dapat di tutup menggunakan sweater itu.

"Kau boleh jalan tak ni? Ke nak aku dukung?" Ini bukan gurauan malah ini kes ambil berat. Kalau di lihat akan keadaan Saffa, korang pun mesti akan buat perkara yang sama.

Saffa tidak menjawab. Sedunya masih tidak hilang. Aryan memandangnya dengan pandangan sayu. Tangan Saffa di raih.

"Izinkan aku pimpin kau eh?" pintanya perlahan. Saffa hanya mengangguk.  "Jom"

Aryan sudah berjanji dengan Abang-abang Saffa supaya menjaga adiknya. Amanah adalah benda yang paling penting dalam hidup dan paling berat. Dengan izin tuhan, dia akan laksanakan amanahnya.

"Hoi!" Perjalan mereka terhenti akibat sergahan itu. Cis perempuan sotong ni lagi!

"You apa ni? Hari tu you yang tak bagi I pegang, sekarang? Perempuan low class ni pun you nak ke? Eiiyyyyu" Dina menolak tubuh Saffa sedikit.

Buat julung-julung kalinya, Saffa menjadi heroin yang hanya berdiam diri dan takut dengan musuhnya.

"Ni. Sweater Aryan kan? Yang kau pakai ni kenapa perempuan? Tak sesuai langsung. Mesti bau pun busuk" Dina ingin menarik sweater itu tetapi Aryan segera menghalang.

"First and last. Suka hati aku lah nak pegang siapa nak bagi sweater aku ni dekat siapa. Dia gf aku jadi apa masalah kau hah? Dah jom Sya kita berambus dari perempuan sotong ni!" Aryan memimpin Saffa ke arah lif. Punat lif pantas di tekan.

Ting! Seperti memahami keadaan mereka, pintu lif terbuka satu saat selepas punat di tekan. Dengan langkah yang segera mereka memasuki perut lif.

"Yan.. Kau okey tak?" Soal Saffa yang sudah lama berdiam diri.
Aryan tertawa kecil. "Sepatutnya aku yang tanya kau okey ke tak"

"Pipi kau tu..." Saffa menyentuh lembut pipi Aryan yang mempunyai kesan lebam.

"Pipi aku? Ouh Don't worry dear nanti dalam bilik banyak doktor yang akan sapukan ubat dekat sini. Dah, dah Sekarang aku tak nak kau kisahkan aku boleh?"

Pintu lif terbuka menandakan mereka telah sampai di tingkat 6. Bilik yang bernomborkan 234 segera di cari. Bila sudah jumpa, loceng pula di tekan.
Muncul wajah June dan Teha di muka pintu. Riak risau mereka tunjukkan.

"Bawak dia masuk. Nanti aku cerita." Tidak sempat June dan Teha membuat sesi soal jawab di muka pintu, Aryan terlebih dulu berkata. Bukan boleh, kadang-kadang mereka seperti polis pencen sahaja. Soal itu soal ini. Pening+bingit!

"Sya! Kau kenapa ni?" Soal Lin dan Aimie panik setelah ternampak kelibat Saffa dan Aryan di dalam bilik.

"Lin, kau pergi tengok Sya dalam bilik tu.. Kitaorang nak bincang dengan Aryan kejap" Lin mengangguk lalu membawa Saffa ke dalam bilik setelah menerima arahan dari Yuna.

"Terang dari A-Z" mereka mengambil tempat di hadapan Aryan. Serious sahaja muka mereka. Takut pula Aryan hendak membuka mulut.

"Dia hampir nak kena rogol" ucap Aryan perlahan. "WHAT?!!" Jerit mereka serentak.

"Siapa mamat tu? Aku nak bunuh dia" Teha berdiri dan ke muka pintu. "Woi, woi. Aku dah belasah diorang. Kau tak payah nak pergi sana karang dengan kau, kau kena"

"Nasib kau tahan aku. Kalau tak mati diorang tu aku kerjakan" Mak aihh garangnya Makcik Teha ni. Awak tu pun mana kuat sangat. Haih nasib lah kau Ammar dapat gf cam ni. Seloroh Aryan di dalam hati.

"Ok lah aku nak masuk bilik dulu" Aryan berjalan perlahan ke muka pintu yang dari tadi terbuka. Kalau di tutup takut-takut kena tangkap basah pula nanti. Eh tapi bukan mereka berdua-duaan pun dalam bilik tu. Ramai kot. Ah demi keselamatan!

"Aryan, muka kau tu tak nak sapu ubat ke? Ni kitaorang ada ubat gamat" soal June sambil menunjukkan ubat gamat di tangannya.

"Tak apa lah. Nanti aku suruh bf kau sapu kan" usik Aryan seraya tersenyum gatal. "Apa dah tak ada perempuan kat luar sana kau nak ambik bf aku huh? Dasar gay korang ni" mereka tertawa serentak.

"Dah, dah nanti merajuk bf kau tu kalau aku balik lambat. Kunci pintu. Esok pukul 7 kitaorang datang. Pakai baju sukan tau!" Aryan berlalu keluar. Selaku ketua yang baik+bijak+berdedikasi+berbakti kepada negara dia mestilah memberitahu mengenai perkara esok. Di buatnya diorang pakai jeans nak buat aktiviti macam mana? ceh!

"Bye. Assalamualikum" Pintu di tutup lalu kedengaran di kunci dari dalam. Bagus! Dengar kata!

Kiri, kanan, belakang, depan di perhati. Lagaknya pula seperti penyamun. Setelah memastikan di sekelilingnya tiada orang, nombor seseorang di dail.

"Hello bos?"

"Hello Jack, aku nak kau, Eric, Mac dengan Jonh datang dekat Pantai Permata sekarang! Pasal tempat tidur kau jangan risau, aku boleh tempahkan tapi aku nak kau uruskan tempat ni" Suara Aryan bertukar bengis.

"Kenapa tiger ada hal ke?"

"Sini banyak langau lah"

"Baik tiger, kitaorang gerak sekarang" Aryan tersenyum sinis. Aku ada kerja nak kena setelkan malam ni. Just wait and see ya!

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now