(20)

159 16 0
                                    

Kasut yang elok di pasang di kaki  terus mengamit perbualan di antara Saffa dan Aryan semalam.

"Aku datang sini nak cari kasut aku!" bentak Saffa. Sudah berpuluh minit mereka berada di dalam kedai tersebut tetapi satu benda pun mereka tidak membelinya.

"Aku yang bawak kau datang sini k? So kita kena cari kasut aku dulu" Makin menyampah aku di buatnya dengan mamat di hadapan aku ini. Mahu sahaja di cekik anak teruna Encik Ahmad dan Puan Humairah ini.

"Kita?" soalku memahukan kepastian. "Yup kita" dia mengangguk beberapa kali.

"Banyak cantik muka kau! Kasut kau, kasut kau ah. Kasut aku, kasut aku ah!" entah apa masalah mamat buaya ni seekor. Suka sangat nak buat aku ni jadi bibik dia. Apa? Dia ingat aku ini sesenang ABC je nak di jadikan mangsa buli ke hah?

"Mulut kau ni bising je memanjang kan? Tak pernah nak diam walaupun sejenak. Hah carilah kasut kau tu dulu. Dah tak reti nak sabar betul minah ni!" marah Aryan dalam keadaan yang perlahan.

"Kau kata aku tak reti nak sabar? Heh dah 20 minit kita dalam kedai ni, satu haprak pun kau tak beli tahu?" Saffa menyelak lengan bajunya ke atas. Makin panas hatinya di buat. Penghawa dingin yang di pasang juga tidak dapat membantu hatinya yang sedang hangus di jilat api.

"Chill. Sekarang kau pergi cari kasut kau dulu." Aryan mula memperlahankan nada percakapannya. Makin tinggi, silap-silap meletop kedai ni.

Saffa menghentak kedua belah kakinya perlahan lalu terus berlalu ke rak kasut sebelah. Misi mencari kasut bermula sekarang. Tak nak yang girls sangat dan tak nak yang boys sangat.

Aryan mengoncang bahuku kuat. Lagaknya seperti ingin mematahkan tulang bahuku je. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Sepasang kasut berwarna merah jambu di tayang di hadapan aku.

Pink? Eeyiiuuu. Not my taste okey?

Tidak mengendahkannya, aku meneruskan perjalanan. Sejak azali merah jambu bukan pilihan hati.

Sekali lagi Aryan mengoncang bahuku kuat. Eeeii mahu sahaja aku hempuk mamat ni guna dulang besi.

"Nak apa lagi pakcik!" marah aku dengan muka mula kemerahan. Hati mula tenang tiba-tiba di landa musibah yang sama.

Sepasang kasut berwarna biru kehitaman di tayang di hadapan mukaku. Cantik! Cantik sangat. Ini baru taste aku.

"Hai, dik. Kami ada buat tawaran untuk hari ini. Kasut yang adik pegang ni sebenarnya khas untuk pasangan couple dan potongan harga sebanyak 25% sempena ulang tahun buat kali ke-5 kedai ini" seorang wanita dalam lingkungan 20-an berkata seraya tersenyum ke arah kami.

Couple shoes? No!!!!

"Kak kami ambik lah kasut ni" Aryan mengeyitkan sebelah matanya sambil bibirnya mengukir senyuman. Ah benci senyuman tu!

"Baik lah dik. Hrmm dik duduk dulu. Kita test saiz yang sesuai" pelawa wanita tersebut sambil senyuman tidak lekang dari bibir merahnya. Buat pengetahuan kakak, saya dengan dia tiada apa-apa hubungan ye. Sekian.

"Woi! Semalam marah sangat dekat aku sebab beli kasut ni, sekarang kau pulak yang tenung sampai nak tembus kasut tu" Aryan menghentikan lamunan aku. Dia tu suka sangat kacau daun. Suka hati aku lah nak tenung ke apa.

"Biarlah mata aku bukan mata kau" Di sebabkan teguran dia dan jawapan daripada aku kini, satu bas sedang melihat kami.

Ah memalukan betul!

Seperti mimpi aku, kami berdua duduk bersebelahan dan kedudukkan prefect dan kawan-kawan aku adalah sama.

Aku harap peristiwa itu tidak akan terjadi di dunia realiti.
__________________________________

"WOI BANGUN!!!!" seseorang sedang menjerit di tepi telinga aku. Mahu sahaja aku menumbuknya namun terpaksa di batalkan sahaja niat di nawaitu aku itu.

"Kalau ye pun nak bangun kan tak payah lah menjerit. Sakit tahu tak?" Dengan marah aku berdiri. Sempat juga aku kerling atap bas. Takut terjadi seperti di dalam mimpi. Selepas di pastikan keadaan selamat, aku menolak tubuh sasa itu ke tepi. Menganggu perjalanan je. Semak.

"Eh, eh minah ni, bukan nak ucap terima kasih ke bagi hadiah ke kiss ke ni main tolak-tolak pulak " Aryan mendengus marah lalu perlahan-lahan dia mengikut rentak Saffa yang laju di hadapan.

"Ok, semua cikgu nak kamu bentukkan 1 kumpulan bercampur lelaki dan perempuan sebanyak 12 orang sebab cikgu nak bagi kunci bilik dekat kamu ni" Ucap cikgu Badrul selaku ketua guru untuk kem tingkatan 5 tahun ini.

Lin sudah memeluk lengan Saffa awal-awal. Kiranya dia lah orang pertama yang chop Saffa. Jelas riak kecewa terpancar di muka June, Teha, Aimie dan Yuna. Bukan mereka tidak mahu tidur dengan yang lain tapi Saffa seorang sahaja yang reti memeriahkan bilik itu malam-malam nanti.

"Bye girls. Petang ni jumpa dekat kolam tau!" Khai melambai tangan ke arah 6 orang gadis di hadapannya. Sempat juga dia buat flying kiss kepada Lin dan Lin juga membalasnya. Dasar masing-masing gatal!

Saffa menjelir lidah kepada Aryan tatkala dia ternampak Aryan menjelingnya tadi. Semua orang sedang bersweet-sweet tetapi mereka masih berperang dingin.

Tak termuntah aku di buatnya kalau nak bermanis-manis dengan si mamat buaya ni?

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now