(18)

200 19 4
                                    

BUMM!!!!

Bagaikan cempedak busuk jatuh ke tanah Saffa di buatnya.
"Aduh!" Punggungnya di gosok lembut. Lasak sangat ke dia tidur tadi sehinggakan boleh jatuh begini ke lantai?

Perlahan-lahan Saffa berdiri dari kedudukkannya sekarang. Aikk? Ni bilik aku. Bukan aku dekat hotel ke? Tak akan aku mimpi?

Tanpa berlengah pipinya di tampar. "Shit! SAKIT!!" Sudah terang lagi di suluh, dia tidak bermimpi. Dan ya, dia berada di bilik tidurnya. Di rumah Tan Sri Hisyam. A.k.a baba tercinta.

Hotel tu dia tidak kisah sangat tetapi mengenai hubungan dia dan Aryan tu! Apa bukti nak tunjuk yang itu hanyalah mimpi?
Saffa mengurut dagunya.

HA!

Gelang! Ya gelang tu. Saffa terus menyelak lengan bajunya. Tiada. Maknanya dia sekadar bermimpi? Dan ayat yang di ungkap oleh Aryan tu hanya mimpi? Siot jer! Ingatkan betul.
Baru nak kutuk diri sendiri sebab boleh terima si mamat buaya tu. Ceh! Baik aku mandi.

Setelah berpopet-popet sendirian, Saffa mengambil keputusan untuk membasahkan dirinya dengan air panas di dalam bilik mandi. Ah sungguh nikmat!

BATHROOM? MU TUNGGU AKU DATANG!

Rambut yang hampir mencecah pinggang itu di sikat lembut olehku. Rambut yang panjang kadang-kadang boleh buatkan aku rimas sekali. Tetapi di sebabkan itu adalah arahan Baba maka dengan sukacitanya aku terpaksa ikut. Nasib lah aku ni pandai menjaga rambut, kalau tidak sudah tentu kusutnya teruk sekali sehinggakan 7 hari 7 malam tidak boleh di sikat habis. Itu okey lagi. Cuba kalau kutu rambut berumah tangga di situ? Memang frust menonggeng lah namanya.

Selepas menyikat rambut, Saffa mengambil iphone yang tidak jauh dari dirinya. Papan kekunci di buka satu persatu. Notification? Jangan di tanya, pagi-pagi buta sudah berbunyi menandakan message masuk. Ini lah lumrah pelajar-pelajar SPM. Bila tiada periksa, notification akan menjadi kosong. Bila periksa, bingit sekali bunyinya.

Keluhan di beri. Malas pula dia melayan message-message yang menyinggah di telefonnya. Tak penting. Pantas sahaja butang home di tekan. Kini applikasi Instagram pula menjadi tarikan.

Seperti selalu pasti ada sahaja orang yang follow dia di sana. Nombor followers juga meningkat dan kadang-kadang menurun di sebabkan tangan-tangan yang gatal follow lepastu unfollow balik. Life dia lantak dia lah nak buat apa pun.

Gambarnya di lihat satu per satu. Tidak lah banyak mana gambar yang di post. Lebih kurang 15 macam tu lah. Setiap gambar hampir mencecah 8000-12000. Sesuai dengan followersnya sekarang. Ah bukan masuk SPM pun benda-benda ni semua. Baik dia turun ke bawah untuk menikmati sarapan.

"Baru bangun anak dara?" Seperti selalu Si kembar akan menjadi orang pertama yang 'menegur' aku dahulu dengan nada perlian.

"Dah bangun lama dah. Tadi study sikit" Hak tuih! Study apanya kalau menghadap alat komunikasi yang tak masuk SPM tu.

"Kalau macam tu bagus lah.." Mereka mengangguk. Nampaknya percaya akan percakapan aku tadi. Bukan nak tipu tapi kalau kau nak kena bebel 24 jam bagitahu sahaja mereka. Tak cukup dengan itu. Latihan bertimbun akan di berikan dan hari itu WAJIB siap.
Telefon pula akan di rampas. Huh sis tak kuat.

"Baba mana Umi?" Saffa bertanya tatkala figura umi sedang menyediakan kudapan di hadapannya.

"Baba kamu tu awal-awal lagi sudah pergi jogging dengan Izzat" Ucap Umi.

Jogging? Pelik betul. Sejak bila pula baba minat jogging dan Macam mana pula semudah kacang goreng Baba mahu jogging sedang kan aku yang anaknya ini pun sudah penat memujuknya untuk berjogging. Ni mesti terpengaruh dengan Pakcik Man! A.k.a P.A baba yang paling setia tu.

"Tu nak salahkan Pakcik Man lah tu" seloroh umi. Wow! Umi ni ahli nujum negara ke? Hebat betul!

"Habistu?" Saffa melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan.

Umi tersenyum lalu berkata "Hilmi" Ooo Hilmi rupanya ingatkan Pakcik Man. Wait! What? "HILMI? HELL NO!"

"Lah dah kenapa kau ni dik? Hilmi lah. Aryan Hilmi. Boyfriend kau tu" Thaqif memandang pelik adik perempuannya seorang itu.

"Sorry bro, he's not my boyfriend" Kenapa? Kenapa semua orang asyik anggap kitaorang ni couple? Kitaorang ni ibarat kuncing dengan anjing tahu? Pantang berjumpa mesti nak bergaduh. Mengikut tekaan aku. Kami memang tak patut bersama.

"Sekarang boleh lah cakap macam tu. Nanti, melekat pula. Jodohkan ketentuan Tuhan. Macam-macam DIA boleh buat"
Taufiq Iman pula bersuara ala-ala ustaz di dalam kaca tv.

"What ever. Don't blame me if Aryan and I not together like what do you think" Ye, Aku percaya jodoh itu ketentuan Tuhan. Tapi kenapa dia? Dia tu lagi ramai yang nak. Sekali petik, bersusun gadis yang beratur semata-mata nak kan dia dan AKU TAK AKAN TERMASUK DALAM GADIS-GADIS itu.

"Jangan kata macam tu Azra. Takut nanti termakan kata-kata sendiri pula. Jangan menyesal" Kata Si abang. Thaqif. Aku dah naik muak dengar nama Aryan Hilmi tu. Tadi mimpi dia. Sekarang kenapa perlu bercakap mengenai dia di hadapan makanan yang enak ini?

"Ini bukan masa mencari jodoh abang" Tangan di silangkan ke dada. Mata jangan di tanya. Awal-awal lagi sudah menikam tepat ke anak mata Thaqif dan Iman.

"Masa depan Azra. We talk about your life. And we want the best for you" Taufiq Iman tersenyum sinis. Kenapa pula aku yang kena kecut? Sedangkan ayat itu tidak mendatangkan apa-apa pun padaku.

"My life? I don't think he's the best for me. Baba sendiri tak pernah paksa apa yang Azra tak nak. Dan kenapa abang yang beria-ia mahu Azra bersama mamat buaya tu?"

Makanan yang masih panas terus di pandang sepi. Tiba-tiba tekak berasa tidak selera. Terlampau ajaib betul nama Aryan Hilmi tu sampai aku sendiri rasa tidak mahu makan di sebabkan bercakap mengenai dia. Dan di sebabkan dia aku bertikam lidah dengan abang-abang aku pagi ini.

"I'm full already" Saffa terus bangkit dari kerusi dan berlalu keluar.

"Azra nak pergi mana tu? Meh sini nak, kita makan sama-sama" Ajak Umi yang baru tiba dari dapur. Mungkin masih menyediakan makanan.

"Azra dah kenyang" Sorry Umi pujukkan umi pun tidak boleh mengembalikan selera Azra. I'm not mad at them but I'm tired to heard all of this.

"Thaqif, Iman" Umi beralih memandang si kembar. Tahu benar siapa yang bersalah sekarang. "Pergi pujuk adik" Arah Umi. Tetapi mereka masih kekal di tempat masing-masing.

"What's wrong with both of you?" Soal Umi yang sedang bercekak pinggang. "We talked about Hilmi and her" kata Si Adik. Taufiq Iman.

"Look dear. Cinta tu tak boleh di paksa. Takkan kita nak suruh diorang bercinta tanpa perasaan semata-mata untuk menjaga keselamatan adik? Diorang tu cuma berkawan je Umi tengok. Kalau ada jodoh. Adalah. Kalau tak ada. Kita tak boleh buat apa-apa sayang. Jangan paksa itu bukan cara terbaik. Cinta tu hadir sendiri bukan di paksa" Terang Umi panjang lebar.

"We're sorry mom" Thaqif mewakili mereka untuk memohon ampun. "Bukan Umi sayang. Tapi adik"

"Kitaorang akan minta maaf tapi selepas......"

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now