(7)

282 50 1
                                    

Saffa melentokkan kepalanya di atas meja. Oh goshh! Add math. Mata pelajaran yang paling dia tidak sukai. Mahu sahaja dia lari dan balik ke rumahnya.

"Attention class! Memandangkan Teacher Airah cuti bersalin I lantik diri I nak ajar add math. Setuju?" Raju berkata lantang.

Ah ini lah sebabnya kenapa aku tidak menyukai masa add math! Mr Kepoh tu nak lantik diri dia jadi cikgu. Kalau aku faham tak apa lah. Ini satu patah formula yang dia ajar pun aku tak tahu. Jimbek.

Mataku terkatup rapat. Kalau duduk dengan geng aku boleh lah berborak sakan. Ni duduk jauh berbatu-batu. Bosan der.

Saffa telah berada di alam mimpi beberapa saat yang lalu. "Dia tidur eh?" Aryan bertanya kepada Janna yang berada bersebelahan di meja Saffa.

"Ha ah" Janna berkata ringkas. Memandangkan Janna ini pendiam orangnya.

Aryan tersenyum leret. Haila minnah ni tidur je. "Sya, bangun cikgu datang!"

Tiada pergerakkan. Sah! Member jenis tidur mati. Bermacam-macam ayat yang di ajukan kepada Saffa tetapi dia tetap menutup rapat matanya.

Prefect dan geng saffa dari tadi tidak henti-henti tertawa.

"Eeii kau ni tak baik tau!" Teha berkata lembut. Mana boleh kacau kesayangannya tidur nanti buruk padahnya nanti.

"Biar lah." Seloroh Aryan. Dia memang seronok kalau bab-bab mengacau Saffa ni.


Bum!! Meja di ketuk kuat. Terbangun terus Saffa dari mimpinya. Gempa bumi kah?


D

ia memandang Aryan yang sudah tertawa terbahak-bahak. Siapa yang berani-berani kacau beta tidur ni? Beta murka!


"Hoi! Aku nak tidur pun tak senang! Pergi lah main jauh-jauh! Kacau je" Saffa berkata lantang. Dia terus bangun lalu duduk di bawah meja. Buang takbiat kah?

Aryan masih lagi dengan sisa tawanya dan dia mula tercengang. Minah ni dah kenapa tidur bawah meja? Pelik-pelik je.

"Sya, kau jangan buat perangai. Aku tak nak kejut eh! Pandai-pandai ah kau bangun!" kata Aryan berbaur ugutan.

"Ishhhhhhh!! Bising lah! Aku duduk tepi kau, kau kacau aku. Aku duduk bawah meja pun kau kacau aku! Kau ni dah kenapa?!"
Saffa menekup kedua belah telinganya menggunakan tangan.

"Aryan, Saffa. Nak gaduh dekat luar! I nak ajar ni" Raju menunding jari ke arah pintu keluar. Kedengaran dengusan yang kuat terhasil daripada Saffa.

Sebab mamat buaya ni aku kena marah dengan mamat kepoh tu! Shabut jerps.

"Ok.k fine aku tak kacau dah. Duduk atas." Aryan mengangkat kedua belah tangannya tanda tidak bersalah.

"Ish ye lah, ye lah" Aku bangun lalu pergi ke tong sampah untuk membuang kotak minuman sebentar tadi. Jap buat apa nak buang, Aku ada satu idea JAHAT. HAHAHAH.

Dia kembali duduk lalu meletakkan kotak minuman tersebut di tepi beg sekolah Aryan tanpa pengetahuan si dia.

Aryan termenung seketika. Apa ke pelik minah ni hari ni? Tadi duduk bawah meja lepastu pergi dekat tong sampah lepastu tiba-tiba duduk and siap senyum-senyum lagi. Pelik sungguh.

Lagi 5 minit mereka akan pulang ke rumah masing-masing. Jadi, kita kena gunakan 5 minit untuk mengemas beg dan kelas.

"Sya, aku.. Aku nak tolong" Aryan memandangku dengan muka poyonya.

"Kau nak tolong apa?" aku memandangnya pelik. Aku ingat aku seorang je pelik hari ni.

"Tu.. Nak tolong ikat buku kau. Boleh?"

Aku terkaku, tercengang, terkejut tak terberak je lagi. Jin mana yang dah rasuk dia ni ha? Eeeii seram. Nak pinjam yassin please.

"Ishh tak payah lah!" Aku menolak permintaannya.

"Ala boleh lah." sekali lagi dia merayu.

"Tak payah. T.A.K P.A.Y.A.H. Tak payah!" Aku menggeleng dan sempat menjelingnya.

"Macam ni kau sekarang, bak sini lah aku tolong ikat buku tu" Dia masih merayu pluss meroyan pluss muka macam nak kena sepak.

Aku melepaskan keluhan yang berat. Dia tak pernah kenal erti tolakan ke? Ni kalau melamar anak dara orang lepastu kena tolak, mesti nak memaksa macam ni. Tapi kesian jugak.

"Nah lah" Aku menolak buku yang setinggi gunung kinabalu di hadapannya ceh..

Dia tersenyum girang. Senyum pun ada girang ke? Jap. Nak tengok dalam kamus.

Dengan sekali petik buku itu sudah terikat kemas. Wahh! Lebih kemas dari yang aku ikat.

"Thanks" Aku mengukir senyuman.

"Welcome" dia mengeyitkan mata sambil tersenyum manis dan oh ya, dia ada lesung pipit. Jarang-jarang tengok lelaki ada lesung pipit.

Kring.... Loceng sudah kedengaran jelas dari kelas mereka. Ciss dia nak orang pekak cepat ke apa?

Saffa bingkas bangun dan terus berlalu pergi. Aryan yang masih tinggal di dalam kelas terus memengang jantungnya. Lajunya. I hate this feelings but maybe I should trying to in love with it.

Beg berwarna coklat ke hitaman itu di capainya. Oh goshh sejak bila dia beli air kotak ni? Wait! Saffa Azra. Siap dia esok!!

Saffa masih dengan senyumannya. Tak pernah dia jadi begini. Even dulu dia pernah couple pun tapi tak pernah lah rasa seseronok ini. Dia anggap aku ni apa? TTM? Teman tapi mesra ke? Eh tak mungkin. Sebab pantang jumpa aku mesti nak cari pasal. Entah lah. I also don't know how to describe it.
Maybe aku ni enemy dia. Maybe teman gaduh-gaduh? Apa yang aku fikir ni?! Mohon. Di. Jauhkan.




Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now