(15)

173 28 0
                                    

"Sya! Bukak lah pintu bilik air ni. Sampai bila kau nak duduk dalam ni? Dah lah busuk. Kau boleh tahan Sya?" Yuna sempat membuat lawak hambar di situ.

"Kau ni ada buat lawak hambarudin dekat sini. Sya bukak lah!" pintu bilik air di ketuk berkali-kali.

"Macam mana?" Soal Aryan yang baru muncul.

"Woi! Kau buat apa dalam ni? Keluar sekarang. Kau nak kena tuduh mengintai perempuan ke hah? Tak pasal-pasal jawatan Headprefect kau di tarik" Teha membebel seperti nenek kebayan.

"Bising ah nenek! Korang jaga lah pintu depan tu. Cover lah kalau ada orang nak masuk. Ala korang macam lah tak pandai bab-bab ni" Aryan menggeleng-geleng kan kepalanya. Pelik betul dengan mak joyah seorang ni.

"Ye lah apa-apa kau tanggung eh!" Mereka berempat terus berlalu ke pintu hadapan. Hanya tinggal Lin sahaja di situ.

"Sya, bukak pintu ni kalau kau tak nak aku pecahkan" Aryan mengetuk bertubi-tubi. Hampir hendak roboh pintu itu di buatnya.

Tiada sahutan. Tiada cara lain selain pecahkan. Dengan sekali tolakkan pintu itu sudah terbuka. Kuat gila. Abang sixpacs lah katakan.

"Degil" Satu ayat muncul tatkala terlihat muka terkejut Saffa. Tangan Saffa di tarik supaya mereka keluar dari tandas ini.

"Lepas lah!" Saffa meronta minta tangannya di lepas namun genggaman Aryan memang kuat. Jadi dia memang tahu bukan semudah itu untuk Aryan lepaskan tangannya.

Masuk sahaja kelas semua mata memandang mereka. "Sit down" arah Aryan lalu melepaskan tangan Saffa. Sepanjang sesi persekolahan Saffa hanya berdiam diri. Tidak bercakap walau sepatah.

Kringggg loceng berbunyi. Cepat-cepat Saffa mengemas bagnya. Kalau dia lambat mesti susah nak cari teksi. Namun tidak sempat dia melangkah, Aryan terlebih dulu meraih tangannya lalu Saffa di heret ke dalam keretanya.

"Ini sebab orang degil! Macam aku tak tahu yang kau tu nak naik teksi kan?" Saffa menjeling lelaki di sebelahnya. Ahli nujum rasanya mamat ni.

"Sampai bila kau nak diam diri ni?" Aryan bersuara tatkala mereka sudah lama berdiam diri di dalam kereta. Masih tiada sahutan. Selalunya mulut Saffa lah yang selalu bising di dalam itu.

Keretanya di berhentikan secara tiba-tiba. Seatbeltnya di buka juga dengan seatbelt Saffa lalu tangan Saffa di tariknya supaya keluar. Walaupun Saffa memberatkan dirinya tetapi dengan semudah itu Saffa di tarik.

"Sampai bila kau nak diam ni?" Mereka berdua bersandar pada hadapan kereta. Pemandangan kehijauan sedikit sebanyak menenangkan dirinya. "Sampai bila-bila" jawab Saffa ringkas.

Aryan tersenyum kecil. Walaupun kasar tapi Saffa mula bercakap. "Kau tahu tak aku risau"

"Kau nak risau buat apa? Aku bukan sesiapa pun" Saffa menjeling. Kenapa lah ayat tu juga yang keluar? "Kau tu GF to be aku sebab tu aku risau"

"Apa kau merepek ni Yan? Aku tak ada apa-apa pun. Muka pun bukan lah top seperti miss world. Aku ni perempuan kasar. Aku tahu kau bukan maksudkan pun ayat tu. Jangan nak berayat manis dekat sini" Saffa memeluk tubuhnya. Tudung sekolahnya lembut di tiup angin.

"Kalau aku kata aku maksudkannya?" Aryan memandang gadis di tepinya. Wajah itu tampak tenang sekali.

"Kau gila dan kau bodoh"

"Kau couple ke sekarang?" Soal Aryan memahukan jawapan. Doanya di dalam hati supaya Saffa tidak berpunya.

"Selama kau dengan aku ni ada ke kau nampak aku keluar dengan mana-mana lelaki selain kau, family dengan geng kita?"

"Kalau macam tu. Boleh tak aku nak ajar kau erti cinta" Aryan tersenyum manis. Saffa yang terkejut pantas sahaja menoleh ke arah Aryan. Kenapa dia jadi begini? Oh lupa dia kan buaya dan buaya mesti lah keluarkan ayat-ayat manisnya. "Jangan mainkan hati aku Yan"

"Aku tak pernah mainkan hati kau. Aku memang suka kau. Would you be my girlfriend?" Aryan menurunkan tubuhnya. Gaya seperti orang melamar bakal isteri sahaja.

Dia bakal bf aku? Aku suka dia ke? Aku memang suka dia. Sejak bila? Itu kena tanya sama hati.

"Ok. Tapi satu jer. Kau jangan marah aku kalau aku tak macam girlfriend kau yang lain. Sebab aku ni mana tahu cinta-cintun."

Sedikit demi sedikit Aryan mengukir senyuman. "Naah, kau jadi diri sendiri jer. Sebab kau limited edition." Kotak sederhana kecil di keluarkan dari pocket bajunya. Gelang berwarna putih itu di pakaikan di tangan Saffa.

"Apa ni Yan?" Saffa memandang gelang yang tersarung cantik di pergelangan tangan kecilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa ni Yan?" Saffa memandang gelang yang tersarung cantik di pergelangan tangan kecilnya.

"Pakai lah aku dah beli lama untuk kau. Tapi tak sempat nak bagi. Cantik tak? Sesuai untuk tangan kau yang putih tu"

"Thanks. Cantik sangat. Tapi tak payah lah kau susah-susah beli ni semua. Aku dah banyak habiskan duit kau" Saffa menunduk. Jujur dia kata terlampau banyak Aryan dah beli untuk dia.

"Aku suka kalau duit aku habis untuk kau" Aryan masih dengan senyumannya. Pelik betul mamat ni. Duit habis pun dia suka.

"Jom lah, aku hantar kau balik"

Hai Mr Headprefect!Where stories live. Discover now