Bab 11

2.9K 41 2
                                    

Rajuk Hati.

Putih kuning pinggang diraut,

Mata memandang jiwa terpaut.

DENTING hujan seperti tidak pernah mahu berhenti. Bunyi rintik airnya bagai memberitahu ada resah di dada Chairil. Ada rusuh di dalam jiwa Sofeatulaishah.

Chairil dan Firdaus berlari-lari anak masuk ke kawasan pejalan kaki selepas meredah hujan. Di atas meja penjuru restoran, tiga gadis manis baru saja sampai sudah selesai membuat pesanan makanan. Biar dalam kabut dan kabur pandangan dek gerimis, mata nakal Chairil pantas menangkap kelibat Sofeatulaishah.

"Eh, kita nak duduk mana?" Chairil tidak menjawab. Terus melangkah ke sudut yang satu itu.

Firdaus yang masih tercari-cari meja kosong kehairanan. Mahu ke mana? Berkerut dia memandang bos yang seorang itu. Ruang makan Restoran Nasi Padang itu agak sesak di waktu tengah hari.

"Meja lain penuh, boleh kami duduk sini?" Tiba-tiba sahaja suaranya bertukar santun tatkala melewati meja Sofeatulaishah. Nisa dan Huda mendongak memandang. Sofeatulaishah tergamam. Tidak sempat dia mengesat bintik-bintik hujan yang masih berkaca di pipi dan dahinya.

"Boleh, kan?" Tanpa menunggu persetujuan, Chairil terus menggamit Firdaus di belakangnya. Dia kemudian tersenyum memandang Sofeatulaishah yang tampak menggelabah. Budak ni memang manis dengan muka yang masih basah-basah dek hujan.

Untuk beberapa ketika masing-masing seperti terkaku. Dalam riuh kedai itu, Chairil dan Sofeatulaishah seperti terpelanting dalam daerah sunyi. Nisa dengan Huda sudah saling menyiku. Firdaus beberapa kali menggaru dagu dan pipi.

"Dah order makanan?" tanya Chairil dengan seribu rasa kekok sebenarnya. Huh, kenapa tiba-tiba aku pula macam staf baru?

"Kami minta lauk hidang," balas Nisa sambil memandang keliling. Eh, ada kerusi dan meja kosong! Memang sengaja Chairil nak menyendeng di sini!

"Kita kongsilah, ya? Fir, pergi minta tambah lauk."

Firdaus terpinga-pinga seketika. Apa mimpi ni?

"Bos nak makan apa?" Firdaus bertanya.

Sofeatulaishah semakin terkedu.

Allah! Mujur saja dikawalkan diri. Hampir berderak bibir Sofeatulaishah.

"Sama macam Sofea pesan. Tambahkan aje lauknya." Berderau darah Sofeatulaishah. Amat aneh apabila Chairil sangat berhemah dan tertib. Haish, CR Cougar, anak harimau garang dah jadi kucing meow meow ke?

Sofeatulaishah serba tidak kena. Dia tahu sepasang mata tajam Chairil sering mencuri pandang wajahnya.

"Saya dah lama tak makan dekat sini." Chairil berbasa-basi biar dalam seribu kepayahan. Terasa diri seperti anak harimau hilang taring dan patah kuku. Dia sama terkaku berdepan dengan Sofeatulaishah. Kalau di pejabat, dialah raja segala harimau.

"Aha... Rasa dekat dua tahun bos tak datang sini, kan? Sebelum tu selalu juga nampak."

"Oh, awak ingat ya, Huda?"

"Mahu tak ingat, kadang-kadang saya kena tempah meja yang bos pesan. Di sudut tepi tingkap itu, kan? Bos dengan Syirah suka duduk situ."

Uppps! Nisa menekup mulutnya. Huda sudah terlunga. Allah! Kenapa aku lopong mulut? Nisa terasa mahu menampar mulut sendiri ketika itu.

Chairil tergamam. Oh, ya... Betul! Di situ. Di tepi jendela itu. Dia dan Syirah selalu makan tengah hari. Kisah dua tahun yang lalu.

"Hahaaa... Itu cerita lama. Dah simpan dalam peti besi. Dah jadi arwah dah!" Pantas Firdaus menyampuk menghilangkan rasa tegang.

Izinkan Aku Jadi SayapmuWhere stories live. Discover now