Bab 14

2.9K 36 2
                                    

Kembara Jiwa.

Resah pilu mengundang rawan,

Bagai hidup tiada berkawan.

Tatkala bunga lalang bercambah di ladang rumah tangga, kasih sayang nan ikhlas bagai terkuis pada sempadan yang terasing. Shaza ada ketika sedar, dia hidup melakar peta penuh tembok penjara yang berceracak kerikil dalam hubungannya dengan keluarga Haris. Namun rasa benci yang membara pada abang iparnya, Tuan Ramli sekeluarga memang tidak mampu ditepis.

Ah, hidup ini survival! Aku hidup bukan untuk menggembirakan orang lain! Untuk senang di dunia, hati kena kering! Pergi jahanam kalau ada yang kata aku selfish! Peduli apa kalau hati dan perasaan keluarga belah sana terluka. Yang penting duit gaji aku, aku punya suka nak buat apa. Cukup bulan, Haris hulur pada aku berapa yang aku mahu!

"Penat macam mana sekalipun, jangan sesekali makan di kedai. Masak untuk Haris. Yang penting masa cuci beras tu, jangan lupa baca apa yang patut! Seru nama dia. Biar hati dia tu lembut, ikut cakap Shaza." Macam biasa, macam selalu, Mak Yat tidak pernah jemu berpesan itu ini pada anak perempuannya. Shaza sendiri setiap kali ada peluang, pasti singgah balik ke rumah Mak Yat. Dapat berbual-bual, berkongsi kisah dengan ibunya, lega rasa jiwa.

"Haris tu kepala batu. Cakap dia saja yang betul. Salah sikit tahunya nak menengking aje!"

"Itu sebab Shaza kena masak sendiri. Biar apa yang jadi darah daging dia, air tangan Shaza aje. Kalau dah tak larat atau tak sempat sangat, goreng nasi dengan telur mata pun jadilah!"

"Mujarab ke?"

"Janganlah kosong masa masak tu! Sambil-sambil basuh beras tu, seru sikit nama dia. Tarik semangat dia! Hembus apa yang patut. Kalau dapat masa dia tidur tu, hembus pada ubun-ubun dia."

"Kosong macam mana?"

"Nanti mak ajar."

Terangkat kening Shaza mendengar ungkapan ibunya. Misi kena sukses! Haris tak boleh diberi muka berbaik-baik sangat dengan keluarga belahnya. Dosa? Peduli apa aku! Ada aku kesah? Alang-alang nak bersuami, biar pandai mencengkam. Alang-alang dah berkahwin, biar hidup senang lagi selesa dengan duit laki!

"Tak salah ke?"

"Kita nak suami berbaik-baik dengan keluarga kita. Nak senang sesama. Tak mahu dia meliar tempat lain. Yang penting niat kita. Esok lusa, yang senang kau orang juga. Biar mudah sikit Shaza nak berpakat dengan Haris."

"Dia selalu lagi ziarah rumah abang dengan kakak ipar dia?"

"Dah jarang. Kalau datang pun asyik nak bertegang urat."

"Hah! Baguslah tu... Lama-lama esok, biar Haris sendiri rasa benci nak balik rumah saudara-mara dia."

"Memang pun! Sebelum ni rimas Shaza. Sikit-sikit nak rujuk abang dia. Sikit-sikit nak minta pendapat saudara-mara. Ni bila dah renggang, baru rasa aman sikit hidup!"

"Jadi ke dia adik-beradik nak jual rumah pusaka emak abah dia orang tu?"

"Entahlah. Payah tu sebab abang dia tak setuju."

"Orang tua dah tak ada, nak simpan buat apa?"

"Nantilah... Shaza rasa kalau payah sangat, biar Shaza jumpa dengan abang dia."

"Kalau menghadap orang macam tu, ingat pesan mak. Biar berisi sikit, jangan jumpa tak bersedia apa-apa. Shaza kahwin dengan Haris pun macam main terjah. Tak kenal hati budi dia, tak tahu saudara-mara dia macam mana. Dah jumpa jodoh ikut Internet. Bila dah macam ni, Shaza sendiri kena bersiap sedia apa yang patut."

"Boleh, takat ni boleh diurus lagi."

"Bukan apa, kalau apa-apa jadi, Shaza tu perempuan. Kalau rasa dah boleh ikat dia, baru boleh tarik nafas lega sikit."

Izinkan Aku Jadi SayapmuWhere stories live. Discover now