Part 1

260 21 0
                                    

Bunyi loceng pada pintu kafe Park's Cafe menandakan ada pengunjung yang datang. Dari sebalik pintu yang ditolak, muncul seorang lelaki hensem dalam lingkungan 19 tahun.

"Jinhwan hyung !" suara kecil nyaring menjerit tatkala melihat jejaka itu masuk kedalam kafe. Dia terus berlari anak kearah lelaki itu sebelum memeluk kaki lelaki itu.

"Hai Hyuna !" pipi si gebu itu ditenyeh dengan pipi nya. Terkekek si kecil itu ketawa.

"Hyung.." seorang budak lelaki yang sebaya dengan Hyuna datang memeluk kaki Jinhwan jugak. Cepat-cepat Jinhwan mengambil sepasang kembar itu lalu didukung nya. Sorang disebelah kanan,sorang disebelah kiri.

"Seungmi dengan Hyuna buat apa ?" soal Jinhwan sambil melihat kembar itu bersilih ganti.

"Kitaorang main. Baru je lepas makan." jawab si kecil yang banyak mulut. Kalau perempuan memang tak lari dari suka bercakap banyak.

"Iya ? Ok. Noona Danhae ada tak ? Hyung nak jumpa." soal Jinhwan. Kepala sikembar itu menganggguk serentak. Dengan itu Jinhwan terus menurunkan mereka.

"Ni gula-gula untuk Hyuna dan Seungmi. Kongsi jangan berebut sampai bergaduh ok ?" pesan Jinhwan lalu memberi satu bekas kecil yang dipenuhi dengan pelbagai jenis gula-gula. Terus bersinar mata Hyuna dan Seungmi.

"Ok Hyung !" dengan serentak mereka berdua mengangkat tangan untuk menabik Jinhwan. Tiba-tiba bahu Hyuna ditolak perlahan oleh Seungmi.

"Hyuna patut panggil Jinhwan hyung oppa. Hyuna kan perempuan !" tegur Seungmi. Hyuna terus mencebik kan bibir nya.

"Tak apa lah. Noona Danhae pon Hyuna panggil Noona sedangkan kena pangggil Unnie. Tapi noona tak marah pon." balas Hyuna dengan jelingan tajam.

Jinhwan tertawa kecil melihat coletan si kembar. Walaupon selalu bergaduh mereka sentiasa melengkapi antara satu sama lain. Bila adik susah abang datang tolng, bila abang susah adik datang tolong tapi sambil membebel itu lah beza lelaki dan perempuan.

"Danhae." Jinhwan terus mengambil tempat dihadapan Danhae yang sedang menghadap buku kira-kira kafe. Danhae melihat Jinhwan lalu memberikan senyuman.

"Awak dah sedia ke nak masuk kolej ?" soal Jinhwan. Mendengar saja perkataan kolej membuatkan Danhae mengeluh kecil. Dia menutup buku kira-kira lalu meletakkan nya ditepi.

"Kenapa mengeluh ? Omma awak kata awak tak nak masuk kolej tu. Kenapa ?" soal Jinhwan lagi.

"Saya taknak menyusahkan omma saya Jinhwan. Kos kolej tu mahal tau. Bayar pendahuluan pastu bulanan, buku lagi. Kesian omma saya, adik-adik saya sekolah. Diaorang perlukan duit jugak." jawab Danhae memang itu yang dia risaukan sangat. Takut duit penbelanjaan habis dengan membayar untuk kolej dia.

"Jangan lah risau. Saya ada untuk tolong awak." kata Jinhwan cuba menenangkan Danhae. Danhae memandang Jinhwan lalu menongkat dagu nya dengan tangan kanan nya.

"Awak dari kecil banyak mengorban kan diri untuk tolong saya. Padahal saya tak pernah pon balas budi awak." kata Danhae. Bila melihat wajah kawan baik dari kecil membuatkan Danhae tenang. Lelaki ini yang menjaga dia dari kecil hingga besar. Dia cukup menghargai Jinhwan yang tak pernah pergi tinggalkan dia walaupon dia telah banyak menyusahkan Jinhwan.

"Saya bukan kawan yang meminta balasan. Saya ikhlas tolong awak berkawan dengan awak. Lagipon manusia memerlukan manusia yang lain untuk meneruskan hidup. Tak kan nak hidup sorang dirikan ?" kt Jinhwan sambil tersenyum. Danhae tertawa halus lalu bahu Jinhwan menjadi tempat dia memukul.

"Untung nya saya dapat kawan macam awak ! Untung nya Park Danhae dapat kawan macam Kim Jinhwan !" Danhae bersorak gembira. Jinhwan hanya menggelengkan kepala nya. Danhae kadang-kadang macam budak kecil walaupon diluar dia nampak sangat matang.

"Okey. Esok saya ambil awak tau. Siap awal-awal." pesan Jinhwan. Perkataan esok membuatkan Danhae menepuk dahi nya sendiri.

"Saya lupa yang esok hari pertama !" Danhae terjerit kecil. Dia menepuk dhi nya lagi sekali. Macam mana lah boleh lupa ? Mungkin terlalu sibuk menguruskan kafe.

"Muda-muda lagi dah nyanyok." Jinhwan ketawa kecil sebelum rambut Danhae diserabaikan.

"Tulah pasal. Tua dah saya ni." balas Danhae lalu ketawa jugak. Mengaku pon diri tu dah tua.

"Dahlah. Saya nak balik ni. Esok saya datang ambil ok ?" pelawa Jinhwan.

"Tak apalah. Saya naik bas je. Saya tak menyusahkan awak. Jangan risau, saya dah biasa naik bas." Danhae menyegehkan giginya sambil membuat 'peace'

Jinhwan ketawa lalu mengangguk. Danhae ni degil, bila dia kata dia mahu jadi dia tetap mahu. Itu sebab Jinhwan tidak terus memaksa Danhae menumpang nya.

"Saya pergi dulu." Jinhwan meminta diri untuk beredar. Danhae mengangguk dan menghantar Jinhwan dengan ekor mata nya.

*

Danhae berlari masuk kedalam Korea International Collage. Baru hari pertama dia sudah lambat. Ini semua salah bas, sebab sepatutnya bas sampai pukul 8 tapi dia sampai pukul 8 setengah dan sekarang dah pukul 9. Setengah jam dia lewat. Ah menyesal menolak perlawaan Jinhwan.

Danhae berlari laju, entah apalah nasib dia hari ni. Dah lah kena berkumpul didalam dewan. Jinhwan tolong saya !

Sampai sahaja dipersimpangan sebelum masuk kedewan, Danhae tiba-tiba telah berlanggaran dengan kuat. Tanpa keseimbangan tubuh Danhae terjatuh dan orang yang dia langgar jugak terjatuh sehingga terjatuh lebih jauh sedikit.

Tiba-tiba ada sesuatu yang berbentuk segi empat tepat berwarna putih melayang sehingga menarik perhatian Danhae.

Bunyi pecah mendesingkan telinga Danhae. Terus dia bangun untuk melihat apa yang melayang dan pecah itu.

Melihat sahaja obje itu mata Danhae perlahan-lahan membesar. Tangan nya menutup mulut nya sedikit ternganga.

Iphone ! Iphone mahal ! Iphone mahal pecah !

"Kat sini ada acara lumba lari eh ? Kalau ya pon nak lari jangan lari dekat sini. Pergi dekat padang lah !"
Lelaki yang berlanggaran dengan Danhae memarahi nya. Dengan perlahan-lahan Danhae memusing menghadap lelaki itu.

"Maaf." Danhae terus menundukkan tubuh nya berkali-kali. Tapi lelaki itu hanya merenungnya dengan tajam.

"Pikir dengan maaf kau tu iphone aku boleh kembali macam asal ke ?" soal lelaki itu lagi. Danhae memandang lelaki itu lalu menggeleng.

"Maaf lah. Saya dah lambat bukan sengaja nak langgar awak." balas Danhae. Takut-takut nak melihat wajah lelaki itu yang nampak cukup garang.

"Aku nak kau ganti balik iphone aku. Aku tak kira walau macam mana sekalipon. Aku bagi kau masa." lelaki itu terus beredar selepas mengambil iphone nya yang pecah.

Danhae melihat susuk tubuh lelaki itu pergi meninggalkan nya. Dia menepuk dahi nya. Sebab lambat dia berjumpa lelaki itu dan berlanggaran sehingga iphone lelaki itu pecah. Nampak nya kena lah dia kerah tenaga mencari duit untuk membayar iphone yang pecah itu. Aduh tambah lagi masalah.

Danhae berjalan menuju ke dewan melalui suara yang kedengaran. Dengan hati berat dia masuk juga kedalam dewan itu.

Dan dia menjadi tontonan ramai.

^^^^

First update, amacam? Ok?

◦◦ My Beloved Boy ◦◦ [KimMingyu]Where stories live. Discover now