Part 44

80 10 0
                                    

Danhae menolak kerusi roda nya sendiri, hari ni dia terlampau bosan sebab tak ada sorang pon datang melawat dia. Dia teringin nak berbual dengan Mingyu, jadi dia datang ke wad Mingyu.

"Hai." sapa Danhae yang baru saja melepasi pintu wad Mingyu. Mingyu yang sedang membelek majalah terus menoleh kearah Danhae.

Danhae menolak lagi kerusi roda nya sehingga rapat dengan katil Mingyu, gerak-geri Danhae hanya dipandang dengan wajah kosong, sikit pon tak ada niat mahu menegur.

"Buat apa? Suho oppa tak datang ke?" soal Danhae, cuba untuk berinteraksi dengan Mingyu. Mingyu memandang Danhae sekilas lalu meneruskan membelek majalah.

"Awak dah makan?" Soal Danhae lagi. Mingyu tak menjawab, geleng tidak, angguk pon tidak. Malah menoleh kearah Danhae pon tidak.

Danhae berasa serba-salah, suasana terus menjadi janggal dan dingin. Tak seperti selalu, Danhae menundukkan kepala nya, cuba untuk bertenang dan bersabar.

"Awak nak buah?" soal Danhae lagi, dia mencapai buah epal hijau yang berada diatas meja dan sebilah pisau. Dia membelah epal itu menjadi empat bahagian dan satu dihulurkan pada Mingyu.

"Tak nak." balas Mingyu tanpa melihat kearah nya. Danhae tersenyum kekok, epal itu terus dimasukkan kedalam mulut nya, buang masa saja dia potong epal tu.

"Saya, Park Danhae. Saya sengaja bagitahu nama saya sebab saya tahu awak tak ingat siapa saya." kata Danhae, senyuman palsu dilemparkan. Tipu lah kalau dia kata dia tak terluka.

"Saya rindu awak, itu lah saya datang. Tapi mesti awak tak rindu saya kan? Haha, saya terlampau berharap yang awak akan pulih secara tiba-tiba dan panggil saya Danhae sayang, saya betul-betul rindu kan nya." luah Danhae tanpa ragu-ragu, Mingyu memandang Danhae dengan kerutan dia dahi.

Danhae menyelak sedikit kolar baju nya, dia keluar kan seutas rantai yang tersarung dileher nya. Rantai silver yang bertulis love membuatkan dia kembali teringat malam Mingyu melamarnya untuk menjadi kekasih.

"Rantai ni, awak bagi saya masa tu kat kolej ada buat Prom night. Kita couple malam tu dan awak ada nyanyi kan lagu untuk saya. Pastu awak bawa saya ke padang." cerita Danhae. Dia mengusap perlahan rantai itu. Dia memandang Mingyu yang sedang terdiam. Mungkin masih keliru.

"Apa hubungan kita? Kenapa aku tak boleh ingat kau?" soal Mingyu. Dia betul-betul tak boleh ingat siapa Danhae walaupon dia sudah mencuba berkali-kali. Dia keliru.

"Saya tak nak bagitahu, biar awak ingat sendiri siapa saya bagi awak dan siapa awak bagi saya." balas Danhae. Ya, dia tak mahu memaksa Mingyu untuk mengingati nya, biar lah masa yang menentu kan. Lambat atau cepat kalau ada jodoh, Mingyu mesti akan ingat kembali.

****

Jinhwan menyimpan pakaian dan barang keperluan Danhae dalam beg, hari ni Danhae sudah boleh keluar hospital. Dia tak ada apa yang teruk, cuma luka dimuka dan tubuh saja masih tinggalkan kesan.

"Lepas ni kita pergi makan, awak order je apa yang awak nak." kata Jinhwan sambil itu dia menyusun pakaian Danhae dalam beg. Danhae hanya duduk diam diatas katil. Dia nak kemas tapi Jinhwan melarang.

"Saya nak makan awak je sekarang ni. Saya nak kemas barang saya sendiri. Kenapa awak mengada-ngada nak kemas kan?" rungut Danhae. Jinhwan tertawa lalu menjelir kan lidah nya.

"Saya kan baik." balas Jinhwan sambil tersenyum lebar hingga mata nya tidak kelihatan. Danhae tertawa halus. Suka tengok kawan baik nya ceria begini.

"Saya sebenarnya nak jemput awak semalam, tapi saya ada hal tiba-tiba pulak. Itulah yang saya baru datang hari ni." kata Jinhwan lagi.

"Hal apa?"

"Pasal awak ni lah, saya dah buat report.."

"Jinhwan! Kenapa buat macam tu?" terjerit te terus Danhae dibuat nya. Terus terdongak kepala Jinhwan sebab terkejut bila Danhae tiba-tiba menjerit.

"Apa? Saya buat report je.." Jinhwan kembali mengemas barang Danhae tanpa menghirau kan pandangan Danhae.

"Awak perlu berbincang dengan saya dulu lah Jinhwan. Saya tak nak buat report, saya dah okey ni." balas Danhae. Jinhwan terus mengeluh.

"Ni lah awak Danhae. Kenapa saya tak berbincang dengan awak dulu sebab saya tahu awak tak kan setuju. Habis takkan awak nak biarkan je diaorang buat macam ni? Dia sakit kan awak Danhae. Dia buat awak macam binatang, tak kan nak lepas kan macam tu je?" soal Jinhwan. Danhae terdiam, mata nya bertikam dengan mata Jinhwan.

"Tapi--"

"Awak boleh rela kan diaorang sakit kan awak, tapi saya tak rela. Saya yang buat report biar saya yang uruskan. Awak duduk diam-diam, tunggu diaorang dapat balasan setimpal." Jinhwan memotong kata Danhae. Selepas itu dia terus mengzip beg pakaian Danhae. Ya dia memang tak rela bila Danhae diperlakukan sebegitu. Kalau dia ada masa tu dia sanggup ganti nyawa dia dari Danhae terus dipukul.





----

◦◦ My Beloved Boy ◦◦ [KimMingyu]Where stories live. Discover now