Part 54

84 8 0
                                    

( Mingyu pov )

Aku meletakkan kembali handphone aku diatas meja, laptop dihadapan dipandang sekilas. Dah banyak kali aku call Danhae, tapi sekali pon dia tak angkat. Bukan tu je aku tak jumpa dia langsung dekat kolej tadi, rasa nya dia tak datang.

Aku tunggu dia, ingatkan nak bawa dia pergi tempat lain pula, semalam tak sempat nak pergi tempat lain sebab banyak habiskan masa dekat Namsan tower tu je.

Semalam masa nak balik dia asyik menangis tanpa suara. Aku pelik juga sebab air mata dia tak berhenti, aku cuba bersangka baik. Mana tahu dia terharu dengan aku sampai tak boleh berhenti menangis hahaha

Yang pelik juga, dia asyik peluk aku. Dia banyak cakap jaga diri dekat aku. Hey, aku lelaki, lelaki kan hebat. Hahaha

Aku kembali menghadap laptop, dan melihat isi yang ada pada laptop itu dan aku rasa tak best aku terus tutup laptop tu. Bosan jugak hari-hari nak hadap laptop tu. Yes, aku ada exam sebelum dapat ijazah selepas tu baru boleh kerja.

Mata aku melirik kearah Suho hyung yang baru saja masuk kedalam rumah. Awal-awal pagi dah keluar tinggal appa sorang-sorang dekat rumah. Nasib dia tak sibuk nak ganggu aku.

"Hyung pergi mana?" soal aku membuatkan Suho hyung memandang kearah aku. Dia tersenyum pendek lalu berjalan kearah aku.

"Dah makan ubat? Dah pergi appointment dengan doktor?" soal Suho hyung terus duduk disofa yang berhadapan dengan aku.

"Appointment mana ada hari ni.."

"Eh, ada kan? Check balik."

Aku mengerut kening melihat Suho hyung. Dia ni dah kenapa, tak kan lah terlupa? Selalu nya bab-bab macam dia yang tahu. Seminggu hanya 3 kali je appointment dengan doktor dan hari ni khamis, mana ada appointment.

"Hari ni hari khamis lah." kata aku.

"Ah. Mian Mian. Hyung terlupa." balas Suho hyung lalu menepuk dahi nya. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Hyung kenapa? Tak sihat ke? Ke ada masalah?" soal aku lagi.

"Tak ada apa lah. Hyung nak naik atas dulu. Appa ada kat atas ke? Hyung pergi dulu." balas Suho hyung lalu berjalan menuju ke tingkat atas. Aku melihat dia sehingga kelibatan dia hilang.

Pelik, tak pernah-pernah dia terlupa sesuatu. Dan hari ni dia nampak sedikit kusut. Macam ada sesuatu yang terjadi. Apa yang terjadi?

--

( Danhae pov )

"Noona." Seungmi mencuit lengan aku membuatkan aku memandang kearah nya. Dia memandang aku dengan wajah pelik.

"Kenapa?" soal aku.

"Kenapa kita tiba-tiba balik rumah heolmoni? Kan noona kat suka kawasan ni?" soal Seungmi.

Aku memeluk bahu Seungmi selepas itu aku mengusap rambut dia yang hampir menutup mata, dia suka gaya rambut tu.

"Noona nak cari ketenangan dekat sini. Lagipon heolmoni duduk dengan harabeoji kat sini berdua je. Tak kesian ke dekat diaorang?" soal aku pulak.

"Kesian.. Tapi kenapa noona dengan Seungmi je? Kenapa Omma dengan Hyuna tak ikut sekali?" soal Seungmi lagi. Semalam aku cakap dengan Omma aku nak balik rumah heolmoni, Omma mula-mula tak setuju tapi lepas aku merayu dia bagi, tapi dia suruh aku bawa Seungmi sekali sebagai peneman.

Sebenarnya heolmoni dan harabeoji tu Omma dan appa belah appa aku. Sejak kematian appa hubungan kitaorang tak berapa rapat sebab kitaorang jarang jeguk mereka.

"Sebab Seungmi kan hero noona." balas aku sambil tersenyum meleret. Wajah Seungmi terus berubah, dia tersenyum malu lalu menyembam kan muka nya pada lengan aku. Comel betul.

"Noona, semalam kan Seungmi ternampak noona balik dengan Mingyu hyung, tapi kenapa Mingyu hyung tak tegur Seungmi?" soalan Seungmi membuatkan aku terdiam sebentar. Kenapa nama Mingyu tiba-tiba muncul selepas aku cuba untuk menghilangkan nya dari kotak fikiran aku.

"Dia tak perasan kot, haha."

"Dia nampak lain, dia makin kacak. Seungmi nak suruh dia ajar macam mana nak jadi kacak macam dia." kata Seungmi sambil menekup kedua belah pipi comel dia.

Aku hanya tertawa halus, selepas itu aku mengalihkan pandangan kearah satu pantai yang terbentang luas dihadapan. Kampung ni memang cantik.

"Seungmi nak pergi pantai?" soal aku mengeluarkan idea.

"Boleh ke pergi pantai tu?" Seungmi menyoal aku kembali.

"Mesti lah boleh, Jom pergi?"

"Neh. Khaja!" Seungmi terus bangun. Dia menggapai tangan aku dan terus menarik tangan aku kearah pantai itu. Sebenarnya aku nak ke pantai tu untuk hilang kan wajah Mingyu yang sedang berlegar dalam kepala otak aku.

Short update. Mianhae

◦◦ My Beloved Boy ◦◦ [KimMingyu]Where stories live. Discover now