Part 24

106 10 0
                                    

"Mingyu?.."

Danhae memandang wajah Mingyu yang agak tegang, dia fokus drive sampai tak bercakap langsung walaupon sepatah.

"Mingyu.."

Danhae memanggil Mingyu lagi, kemain lagi Mingyu call pagi-pagi suruh siap cepat-cepat, dia nak datang jemput pergi kolej sama-sama, and last dalam kereta, Mingyu diam macam mulut nya baru lepas di gam.

"Mingyu awak okey?" soal Danhae, sungguh dia pelik melihat Mingyu. Muka keras, tak ada langsung secebit senyuman.

Mingyu hanya memandu tanpa melihat kearah Danhae. Sikit pon tak beralih wajah ke arah Danhae. Bukan tak suka, tapi dia tak ada mood. Dia tengah angin.

Danhae hanya memerhati Mingyu, tak bercakap. Bila soal, jawab pon tak. Kenapa dengan Mingyu sebenar nya? Itu yang bermain di otak Danhae.

Kereta Mingyu mula memasuki kawasan parking didalam kolej, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam itu hanya diisi dengan bunyi radio.

Danhae segera keluar dari kereta selepas Mingyu mematikan enjin kereta. Dia tak mahu lama-lama, kalau ada orang nampak, susah.

"Saya pergi dulu, kalau ada apa-apa call saya ye?" pesan Danhae sebelum dia menghilang kan diri. Mingyu hanya memerhati susuk tubuh Danhae yang kian menjauh, sedikit pon tak ada niat mahu memanggil dan membalas sesuatu.

Mingyu menyandarkan tubuh nya dikereta, sungguh tubuh nya berasa lemah. Fikiran nya mula bermain dengan kasar sehingga dia mula merasa sakit kepala.

"Mingyu!"

Suara perempuan yang cukup dikenali nya mula menusuk telinga. Tak lama kemudian, perempuan itu sudah berada dihadapan nya.

"Awak okey, Mingyu?"

"Kau nak apa, Sooyoung?"

Sooyoung hanya tersenyum sumbing. Dilihat wajah Mingyu yang mula berubah pucat dan peluh mula menitik.

"Awak demam ke, Mingyu?"  soal Sooyoung, tangan nya laju menyentuh dahi Mingyu untuk merasa suhu lelaki itu. Tapi cepat-cepat Mingyu menepis.

"Awak tak panas, tapi awak nampak tak sihat, jomlah saya tolong awak pergi kelas.." ajak Sooyoung. Tapi dibalas dengan gelenggan kepala.

"Aku boleh pergi sendiri.."balas Mingyu, dia mula mengambil langkah untuk meninggalkan kawasan parking tu.

"Minum hot chocolate dulu? Hot chocolate sesuai untuk orang yang berasa tak sedap badan. Saya boleh belikan, awak tunggu sini?" pelawa Sooyoung, dia berjalan beriringan dengan Mingyu.

Kepala Mingyu mula berasa makin sakit, mungkin terlalu banyak berfikir membuatkan dia makin sakit kepala. Kaki nya tiba-tiba lemah membuatkan dia hampir mahu tersungkur.

"Mingyu!" Sooyoung dengan segera menahan tubuh Mingyu dari terus tersungkur dilantai. Mingyu memegang kepala nya, entah kenapa sakit tu makin kuat.

"Kejap-kejap, saya mesej kawan awak, saya tak larat bawa awak pergi gelanggang. Awak tak payah masuk kelas, awak rehat dekat gelanggang je.." kata Sooyoung sambil mengeluarkan telefon bimbit nya dan mula menaip mesej.

"Jangan nak buat-buat baik Choi Sooyoung.." walaupon suara Mingyu sedikit lemah tapi cara dia bercakap sudah menunjukkan dia betul-betul meluat dengan Sooyoung.

Sooyoung hanya memberikan senyuman kelat, walaupon Mingyu selalu menunjukkan reaksi meluat tapi dia hanya buat-buat tak tahu, dia tak kira, kalau dia mahu, dia tetap mahu.

***

"Sejak bila kau sakit kepala ni?" soal Wonwoo sambil memicit perlahan kepala Mingyu yang sedang berbaring dihadapan nya.

"Pagi lagi, sebelum datang. Tapi mula okey je last-last makin sakit pulak.." balas Mingyu. Mata nya tertutup hanya mulut saja bercakap.

"Disebabkan kau kitaorang tak masuk kelas," runout Hoshi sambil memukul paha Mingyu menggunakan towel yang digunakan untuk mengelap peluh.

"Sejak bila kau rajin nak masuk kelas Hoshi?" soal Wonwoo kepelikkan. Wajah Hoshi dipandang dengan wajah tidak percaya. Hoshi rajin masuk kelas? Macam pelik je bunyi.

"Sejak nama Umji mula bertentang dalam hati.." balas dari Hoshi hampir menyedak kan Wonwoo dan Mingyu. Hoshi sudah tersengih sambil menarik-narik hujung baju nya sendiri.

"Wahh. Sorang Danhae, sorang Umji. Habis aku? Hana? Hah elok lah tu.." kata Wonwoo dengan rasa ketidakpuas hati. Semua nak bercinta pon tak boleh jugak.

"Eh, Hana lawa apa.." Mingyu yang baring terus bangun dan duduk bersila. Wonwoo memandang Mingyu sambil mencebik sebelum kepala Mingyu diketuk perlahan.

"Kau sakit buat cara sakit, aku tambah kang.." ugut Wonwoo. Mingyu mencebik sebelum dia kembali berbaring. Baru nak menyibuk tapi kena marah pulak.

"Oklah tu, Mingyu Danhae, aku Umji kau Hana. Diaorang tiga kawan, kita tiga pon kawan. Kan bagus begitu. Betul tak Mingyu?" soal Hoshi meminta pendapat Mingyu. Mingyu sekadar mengangguk kan kepala nya. Bagus juga cadangan Hoshi.

"Ala, kau single, Hana single. Pergi lah pikat dia. Mesti dia nak punya, yelah rugi kot tolak kau, kau kan hensem, penyayang, kaya, good lis--"

"Hai. Ko.. rang."

Pujian Hoshi pada Wonwoo terhenti bila ada seorang perempuan masuk kedalam gelanggang yang hanya ada mereka bertiga. Mereka terus memandang perempuan itu sehingga Mingyu mengeluh kecil.

"Saya nak jumpa Mingyu oppa.."

Hoshi dan Wonwoo memandang Mingyu. Riak wajah Mingyu sudah berubah sedikit. Dia memang tak suka orang datang menganggu nya.

***

"Danhae, bagi sini buku kau. Aku nak tiru.." Umji menadah tangan meminta buku dari Danhae. Danhae memandang Umji pelik sebelum dia memukul tangan Umji perlahan.

"Tak siap nak meniru je kerja." balas Danhae sambil tertawa kecil. Umji mencebik sebelum dia menadah tangan nya lagi.

"Tak payah bagi.." sampuk Hana selamba. Dia dari tadi tak lepas dari bermain game ditelefon bimbit nya. Game yang dimainkan bukan game yang mencabar tapi game budak-budak. Dentist game.

"Diam lah kau, cepat lah Danhae.." Umji merengek perlahan sambil mengoncang tubuh Danhae.

"Pergi minta dekat Hoshi tu.." balas Danhae menyentakkan Umji dan Hana. Hana memandang Danhae dan Umji sebelum dia ketawa melihat wajah Umji yang sudah merah padam.

"Kau! Kau tu Mingyu! Mingyu! Mingyu! Mingyu!" jerit Umji tidak puas hati. Danhae dan Hana sudah ketawa hampir pecah perut melihat Umji yang sudah memuncungkan bibir nya.

"Okey-okey.." Danhae terus membelek beg nya dan mencari buku yang diminta Umji. Kesian pula tengok Umji yang sudah bermulut itik tu.

"Tak malu ke?"

Danhae, Umji dan Hana tersentak bila tiba-tiba ada suara menyampuk dari belakang. Mereka dari tadi duduk ditaman. Tak ada orang dan hanya mereka bertiga saja.

"Sebut-sebut nama Boyfriend orang?"

Danhae, Umji dan Hana memandang sesama sendiri. Wajah senior perempuan yang sedang tersenyum sinis tu dipandang dengan wajah pelik.

"Danhae. Kau perampas! Perampas!"

Dia menjerit marah, Danhae sudah tersentak bila dia tiba-tiba dituduh perampas. Hana dan Umji sudah tergamam.



^^^^

◦◦ My Beloved Boy ◦◦ [KimMingyu]Where stories live. Discover now