Part 45

76 9 0
                                    

(Sooyoung pov)

Aku membuka cermin mata hitam aku, handbag aku dibetulkan. Aku membetulkan topi yang aku pakai. Aku memerhati sekeliling. Dah hampir 2 minggu aku jadi buruan, setiap kali aku keluar aku kena bertutup-likup. Tu semua sebab si tak guna Kim Jinhwan dan Kim Suho.

Dua-dua buat report, seorang untuk Mingyu dan sorang lagi untuk perempuan tak guna tu. Aish, aku memang tak puas hati betul. Pikir aku takut lah dengan korang?

Aku memakai cermin mata hitam aku semula selepas nampak satu susuk tubuh sedang berjalan kearah aku. Dah berkebas punggung aku duduk dekat sini tunggu dia.

"Hoi bodoh. Kau tak boleh lambat lagi ke?"

Dia tersenyum sinis sambil memasukkan tangan nya dalam poket seluar.

"Aku bunuh anak orang dulu baru aku datang sini. Bersyukur ah sikit aku datang." balas Tao.

"Lantak kau, sekarang ni bawak aku pergi." ajak aku, aku dah tak tahan duduk sini. Dah lah kena buru pastu pihak polis selalu kacau ketenteraman aku dekat rumah. Heh, kalau ikut kan hati aku nak je aku bunuh semua polis yang datang tu.

"Apa ni, kau dah 'makan' orang pastu nak lari? Chill lah, kau kan budak psycho." kata Tao sambil tertawa sinis. Shit

"Diam lah bodoh. Kau tak tahu apa-apa kau diam." balas aku sambil menjeling nya. Tak guna, nak cakap banyak pulak.

"okey-okey, kecoh ah." Tao segera mengambil beg bagasi aku. Aku pon ikut langkah dia untuk pergi. Yes, aku perlu hilangkan diri untuk sekian lama dan biar Jerin si perempuan bodoh tu tanggung semua nya. Canada, we meet again.

***

Chesee.

Bunyi laga gelas membingitkan kedai makan itu, selepas itu mereka mula ketawa dan minum. Hari ni mereka menyambut hari kepulangan Danhae. Sedang kan sudah 4 hari Danhae keluar dari hospital.

Danhae hanya memerhati mereka dihadapan nya, ni semua idea Hana, Umji, Wonwoo dan Hoshi. Mereka berempat berpakat untuk membuat kejutan untuk Danhae. Pada mula nya Danhae suka tapi suka nya hilang bila Yunhyeong muncul bersama Jiyoon. Entah kenapa dia betul-betul jadi sebal bila ada Jiyoon. Dia pernah terluka disebabkan rahsia Mingyu bersama Jiyoon. Dia jadi fobia.

"Minum lah Danhae." Hana mula menuang soju kedalam gelas Danhae tapi terus Jinhwan menghalang. Dia menggelengkan kepala nya beberapa kali.

"No no no! Danhae tak reti minum dan dia tak boleh minum." balas Jinhwan. Hana mencebik lalu meletakkan kembali botol soju itu.

"Danhae kena minum. Dia terlampau banyak berfikir, dia kena release kan semua tension dia." Yunhyeong berkata, dia turut mahu menuangkan soju ke dalam gelas Danhae tapi Danhae terus menarik gelas nya.

"Korang minum jelah, saya nak keluar kejap." kata Danhae, dia tak ada mood untuk berlepak ramai-ramai, dia tak de mood untuk menghadap muka orang.

"Danhae.." Jinhwan memanggil seraya menarik lembut tangan Danhae supaya Danhae duduk kembali.

"Tak apa. Awak duduk je, saya duduk kat luar tu kejap je. Nanti saya masuk balik." kata Danhae, ditepis perlahan tangan Jinhwan lalu dia terus melangkah kaki nya untuk keluar dari kedai makan tu.

Danhae mengambil tempat dibangku kosong yang menghadap jalan yang dipenuhi dengan kenderaan dan manusia. Cuaca yang baik buat manusia ramai yang keluar untuk berjalan-jalan hari ni.

Danhae mengeluh kecil sebelum dia menoleh kesebelah kanan. Tiba-tiba ada satu tubuh melanggar nya sehingga dia terbaring mengiring dibangku.

"Yah!"

"Yah!"

Danhae turut menjerit bila lelaki yang melanggar nya tu menjerit. Lelaki itu bangun dan melihat sekeliling, nampak saja lelaki yang sedang berdiri 1 meter didepan nya membuatkan dia mengetap bibir.

"Pinjam." lelaki itu segera mengambil handbag Danhae tanpa sempat Danhae merampas kembali. Terkejut Danhae dibuat nya.

"Yah! Bagi balik lah!"

"Pinjam!!"

"Tak boleh!!"

"Lantak kau lah!!"

"Woi!!"

Danhae menghentak kaki geram, segera dia mengambil langkah lalu mengejar lelaki yang meminjam handbag nya. Apa lah handbag pon nak pinjam?

Danhae mengikuti lelaki itu sehingga lelaki itu masuk kedalam salah satu lorong, handbag Danhae dibaling tepat terkena kepala lelaki lagi satu. Lagi geram Danhae dibuat nya.

"Bagi balik top up aku lah bodoh!" lelaki itu mendekati lelaki lagi seorang yang sedang mengosok belakang kepala nya. Cer bayang kan beg jenama gucci tu dibaling tepat kat kepala. Uish.

"Alamak, top up berapa sen pon nak kecoh. Ambil lah, ambil!" lelaki itu mengeluarkan kad top up lalu mencampak pada lelaki tu. Dia terus bangun dan melarikan diri sebelum dia mendapat habuan lagi.

"Tahu pon berapa sen, asal nak curi jugak gila!" balas lelaki itu segera dia mengores kad top up nya dan mula mengisi top up di telefon bimbit.

"Bagi lah balik handbag tu." tegur Danhae yang dari tadi memerhati saja tindakan lelaki tu. Lelaki itu memandang Danhae lalu mengambil handbag Danhae yang dijadikan senjata.

Danhae mengambil handbag nya lalu menjeling lelaki itu tajam, dia terus memusingkan kaki nya untuk pergi. Apalah pinjam handbag untuk dijadikan senjata? Ergh, jalan laju-laju!

"Terima kasih ye, sayang!"

Danhae tersedak air liur nya sendiri. Terbatuk-batuk dia. Dia mengusap dada nya. Dia tak salah dengar? Lelaki tu ke yang cakap?

Danhae memusingkan tubuhnya, dia melihat lelaki itu sedang sengih comel kearah saya sambil melambai kan tangan nya. Wajah Danhae sudah berubah seperti tertelan ubat gegat.

"Terima lah kasih saya, sayang."

Ei. Lelaki tu kenapa? Sihat ke? Sakit jiwa? Gila? Tak betul? Terlebih dos?

◦◦ My Beloved Boy ◦◦ [KimMingyu]Where stories live. Discover now