LANGKAH Hani Suraya terhenti tatkala beberapa orang pelajar wanita menghadang perjalanannya. Hari itu dia sendirian tanpa Liza. Sahabatnya itu tidak hadir ke sekolah kerana demam campak.
"Ada apa?" Entah pada siapa ditujukan soalan tersebut tetapi satu persatu wajah yang pelbagai reaksi di depannya diteliti dengan kening berkerut.
Siapa yang tidak kenal dengan Nurlily Dato' Hamdan and the gang di sekolah ini? Gangster perempuan yang juga digeruni pelajar lelaki. Tetapi persoalannya, kenapa Nurlily tiba-tiba menghadang langkahnya dengan wajah seribu kebencian?
"Aku tak nak cerita banyak dan tak minat nak cakap banyak kali. Aku nak kau dengar baik-baik." Nurlily hentikan bicaranya di situ. Wajahnya didekatkan ke wajah Hani sehingga gadis itu terpaksa melarikan kepalanya ke belakang.
"Hazril tu hak milik kekal aku dan kau jangan sesekali bermimpi untuk merampasnya. Apa saja yang berkaitan dengan dia tidak layak sama sekali untuk kau puja termasuklah gambarnya." Nada perlahan tetapi penuh amaran keluar dari bibir mungil Nurlily.
Saat itu, Hani rasa wajahnya sudah tidak berdarah. Secepat inikah berita tersebar? Rasanya, baru petang semalam dia dimalukan di depan rakan sekelas 5A1 oleh Hazril Redza dan hari ini, Nurlily and the gang sudah mengetahuinya. Dia percaya, kalau beberapa wajah di depannya ini sudah tahu, bermakna seluruh pelajar sekolah ini juga pastinya sudah tahu. Sungguh memalukan.
Sekali lagi Hani memanggung kepala, memandang empat lagi wajah lain yang bersama Nurlily itu. Semuanya tersenyum sinis dan berbisik sesama sendiri.
"Lily, aku rasa baik kau beli cermin besar-besar bagi budak ni. Biar dia cermin diri dia dulu sebelum bermimpi nak ada hati pada Hazril. Mungkin lepas tengok cermin tu dia akan jadi sedar diri." Saranan salah seorang dari teman Nurlily yang berada di situ disambut oleh semua orang termasuklah Nurlily dengan gelak besar.
Sungguh! Saat itu dia rasa terhina sekali. Buruk sangatkah dia sehingga harus diberi cermin untuk menilik diri sendiri? Dia seperti ingin mencari Hazril dan memaki lelaki itu cukup-cukup. Kalau bukan kerana lelaki itu, pastinya semua orang tidak akan tahu.
Memang Hazril itu sangat kacak dan menjadi pujaan ramai pelajar wanita di sekolah ini. Memang juga Nurlily itu cantik dan dikatakan sangat sepadan dengan Hazril. Mereka juga sering dilihat sentiasa bersama ke mana-mana saja.
Tetapi, kalau semua yang cantik pasangannya adalah yang kacak, bagaimana pula dengan yang kurang cantik sepertinya?
Ah! Memang dia sedar diri. Dia tidak langsungberniat untuk merampas Hazril dari Nurlily. Hatinya saja yang sudah terlanjurjatuh suka dan sering memuja. Namun, mulai saat ini, dia akan cuba menanambenih benci untuk lelaki itu.
YOU ARE READING
YANG BERNAMA CINTA
Romance"Aku cuma nak kau tahu. Aku memang sayang kau..." Hazril Redza "Simpan saja sayang kau tu dalam laci dan pastikan laci yang berkunci sebab aku tak berminat untuk melihatnya." - Hani Suraya Kisah lalu yang menyakitkan, sudah lama Hani bungkus kemas...