Bab 4

3.9K 79 18
                                    

SEAWAL pagi, sesudah subuh Hani sudah berkemas untuk kembali ke Kuala Lumpur. Sesuatu yang belum pernah dia lakukan sebelum ini tatkala pulang bercuti tetapi terpaksa dia lakukan hanya kerana ingin mengelak dari bersua muka dengan lelaki tersebut.

"Macamlah Kuala Lumpur tu nak lari." Puan Faridah membebel sambil mengekor belakang si anak yang menjinjing beg pakaian menuju ke kereta. Tangannya pula menjinjing recyle bag yang penuh dengan pelbagai makanan untuk dibekalkan pada Hani.

"Orang ada kerja sikit la mak." Itu hanya sekadar alasan. Kebenarannya, hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. Sungguh, dia memang tak mahu bersua dengan lelaki itu lagi. Cukuplah pertemuan semalam. Itupun sudah membuatkan dia sukar melelapkan mata.

"Masak lemak ikan keli tu, sampai sana terus hangatkan. Kalau tak, nanti basi," pesan Puan Faridah sambil menghulurkan bekalan di tangannya setelah Hani meletakkan beg pakaian ke dalam but kereta.

"Apa ni mak, berat sangat." Hani mengintai ke dalam beg.

"Macam-macamlah. Timun, cili, kacang...."

"Mak ni... macamlah Kuala Lumpur tu kurang makanan." Hani sudah tergelak mendengar emaknya menyebut satu persatu apa yang dibekalkan.

Setiap kali dia pulang, tak pernah tak ada 'bekal makanan' yang dibekalkan. Kalau dah tak ada sangat benda yang nak dibekalkan, sambal ikan bilis pun dibungkusnya. Mak tak tahu yang anak dia ni jarang sangat makan di rumah. Yang selalu menghabiskan semua bekal tu ialah Yatie dan juga Ina, rakan serumahnya.

Sedang Hani sibuk menyusun barang-barang yang bersepah di but keretanya, telinganya menangkap suara orang bercakap-cakap. Pantas dia mendongak dan tidak jauh dari situ kelihatan dua lembaga manusia berbaju melayu dan berkain pelekat bersama songkok di kepala sedang melangkah makin menghampirinya.

Hani terus tahan nafas. Nak lari, memang dah tak sempat kerana mereka berdua itu sudah terperasan akan dirinya. Lagi pun, kalau dia lari sudah tentu emaknya yang masih berdiri di situ akan menjadi pelik. Sudahnya, dia buat-buat sibukkan diri mengemas lagi but keretanya.

"Awalnya kak, takkan dah nak bertolak kut?" Azrul menegur.

Seorang lagi yang berjalan seiring dengan adiknya itu turut berhenti dan berdiri di tepi kereta. Mata tepat menuntas ke arahnya.

"Ha'ah. Kuala Lumpur tu kalau akak tak ada, cuacanya jadi jerebu." Hani balas dengan seloroh.

"Pooorrrahhh!!! Bukan Kuala Lumpur tu selalu jerebu sebab akak yang menyemak kat sana ke?" balas Azrul, kembali mengenakan Hani. Mereka berdua memang selalu begitu, saling mengena antara satu sama lain.

Sebelum sempat Hani membalas, kelihatan Penghulu Haji Kassim berjalan seiring dengan ayahnya dan di belakang mereka berdua ialah Mak Cik Bibah yang masih berbungkus telekung. Pastinya juga baru pulang dari berjemaah subuh di surau.

Selalunya emaknya juga akan pergi bersama tetapi disebabkan 'penyakit perempuan', terpaksalah duduk di rumah. Dia tak usah cakap, memang malas bangkit pagi untuk ke surau yang hanya beberapa langkah dari rumah.

"Dah nak balik Kuala Lumpur ke Hani? Sekejap sangat baliknya." Tegur Mak Cik Bibah, ibu pada lelaki yang masih terpacak tidak jauh dari situ.

Eh! Kenapa dia masih terpacak kat sini? Tak nampak jalan balik ke rumah ke? Tapi serius, Hazril di dalam pakaian baju melayu sangat kacak. Berkali-kali dia melarang mata agar jangan memandang tetapi memang mata ni tak ada telinga. Asyik menjeling mencuri pandang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YANG BERNAMA CINTAWhere stories live. Discover now