21

473 47 1
                                    

Day 21

Dahi Jisun berkerut apabila Yoongi langsung tidak menyapanya.Biasanya,ada sahaja ayat merepek keluar dari kilang minda lelaki itu,tapi hari ni,senyum pun tidak.

"Awak,ada shaker tak?" sengaja Jisun bertanya untuk memecahkan kesunyian.

"Tak ada"

"Oh,okay" mereka berdua kembali senyap.Kalau dulu,Jisun yang berwajah masam,sekarang giliran Yoongi pula untuk memasamkan muka macam dah telan 1 biji lemon.

Dan hari itu berterusan dengan Yoongi dan Jisun tidak bertegur sapa.

"Eyyyy Jisunnnieee" Taehyung merangkul leher kawan perempuannya itu manakala Jungkook pula menghisap lolipop strawberi.

"Apahal dok?Muka masam semacam" tegur Jungkook.

"Yoongi tak tegur aku" jelas sekali ton kecewa milik Jisun kedengaran.

"Aik?Kecewa sangat kenapa?Kau dah sukakan klorok tu ke?" Soal Taehyung curiga.

"Taklah.Macam pelik lah kan.Biasanya,dia tu hyper lebih hari ni,Namjoon terpatahkan pensil kayu dia pun mengamuk tak tentu arah"

"Namjoon?Siapa tu weyh?" Jisun mengangkat bahu.Dia tak kenal Namjoon,hanya kenal nama dan muka sahaja.

"Relaks ah Jisun,kitaorang kan ada.Kalau kau sunyi sangat,kitaorang boleh gembirakan kau" Jungkook menepuk-nepuk kepala Jisun,"Tapi korang lain" Jisun terus berlalu pergi meninggalkan Taehyung dan Jungkook.

"Hek eleh.Dia kenal Yoongi 1 bulan lebih,dia kenal kita 1 tahun lebih.Boleh pulak dia kata kita lain?" umpat Taehyung,dia bercekak pinggang sambil memerhatikan susuk tubuh Jisun yang berlalu pergi.

-----

Apa yang aku merepek ni 😱

TABLEMATE || MYG [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang