Bab 7 : Orang Baru

47 4 1
                                    

Sepanjang dia melangkah, Chester mampu mendengar pelbagai bisikan menemani dirinya. Setiap wajah asing ditenung oleh Chester sebelum meneruskan langkahnya di dalam dewan makam tersebut. Chester hanya memakai sehelai baju sukan berwarna putih yang bersulam huruf I yang berona hitam pada dadanya.

Tiada langsung kelibat Zakwan kelihatan di dalam dewan berkenaan. Chester ditinggalkan oleh Zakwan sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke tempat ini. Chester tidak mempersoalkan tindakan Zakwan kerana beranggapan bahawa mereka tidaklah terlalu rapat sehingga dia perlu sentiasa berkepit dengan Zakwan.

Aku boleh saja hidup keseorangan sebelum ini. Kenapa perlu ubah hidup aku sekarang? Semua orang sama sahaja walau di mana aku berada. Plastik. Pathetic.

Bisik Chester sambil cuba untuk menenangkan hatinya. Chester cuba menjengah dan mencari kelibat Marcus, sahabat baiknya pula. Dia menghelakan nafas dengan lega apabila melihat Marcus yang sedang tersengih sambil berjalan menuju ke arahnya.

"Yo, miss me already?"

Soal Marcus sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Chester. Enggan melayan persoalan yang dilemparkan oleh Marcus, Chester hanya membawa sudu ke arah mulutnya dan mula menyuap makanan. Dia mengunyah makanan tersebut selama 10 saat sebelum menelan hasil kunyahannya terus ke dalam kerongkong.

"Whoa, dah sombong dah kawan aku ni sekarang. Baru sehari kau duduk sini, kau dah buat perangai kerek kau tu, eh?"

Soal Marcus sambil menumbuk lembut rusuk Chester. Terkejut dengan tumbukan yang tiba-tiba dilayangkan, makanan yang sedang ditelan tersekat pada esofagus Chester.

"UHUK!! UHUKK!!!"

Tekaknya terasa seperti terbakar kerana tiada bekalan oksigen yang mampu menembusi gumpalan makanan yang tersekat pada kerongkongnya. Chester memukul-mukul dadanya dengan harapan agar makanan yang tersekat tersebut bakal ditelan dengan lancar semula.

"Sorry, sorry! Nah air kau."

Ujar Marcus dengan cemas sambil mengurut belakang Chester. Huluran air daripada Marcus disambar sepantas kilat oleh Chester. Rengkungnya mula tenang apabila terdapat aliran air yang membantu melincirkan pergerakan makanan yang tersekat sebentar tadi.

"Celaka, Marcus! Kalau aku mati, apa yang kau nak buat, hah?"

Soal Chester sambil mengerutkan dahinya, tanda tidak suka dengan tindakan Marcus yang menganggu waktu makannya sebentar tadi. Nasib baik dia masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup. Jika dia mati? Adakah dia akan terus berjumpa dengan Tuhannya?

Tuhan?

Chester hanya menggelengkan kepalanya. Sukar untuk dia menafikan kewujudan Tuhan setelah diasuh sejak sekian lama mengenai kuasa yang Hakiki tersebut. Entiti yang mentadbir alam tanpa cela. Kuasa yang mampu mencipta dan memusnahkan atas kehendakNya.

Terus, kenapa Chester tidak dibantu walaupun dirinya telah mengabdikan diri pada Tuhan?

Ah! Buang masa aku saja berfikir pasal benda ini. Sudahlah.

Chester menggelengkan kepalanya dan meneruskan suapan. Marcus hanya diam menemani Chester menjamu selera. Rasa bersalah terhadap Chester menggunung dalam dirinya. Oleh sebab itu, Marcus menanti Chester untuk menghabiskan hidangan tengah harinya sebelum bergurau seperti biasa. Marcus enggan kehilangan Chester, sahabat baiknya.

Setelah Chester menelan suapan yang terakhir, Marcus cuba memulakan perbualan di antara mereka,

"Chester. Kau perasan tak?"

"Apa benda?"

"Budak-budak ini semua sedang bercakap mengenai kau."

"Lantak mereka. Selagi namanya manusia, mereka tidak akan berhenti bercakap mengenai manusia lain atau dalam erti kata lain, mengumpat. Sudah tidak ada kerja lain agaknya, selain bercakap mengenai perihal orang lain."

UnitIWhere stories live. Discover now