kepala jimin terasa sakit dan terdengar suara minah meminta tolong
" minah... " kata jimin perlahan
jimin terus bangun manakala yg lain semua hairan memandang jimin
" kau nak pergi mana? " tanya jhope
" aku nak cari minah " jawab jimin yg sudah berdiri
" kitorang ikut " kata hyeri
ahli bts dan rakan perempuan mereka terus naik ke atas untuk mencari minah, sewaktu jimin berjalan jimin tersepak botol di lantai, jimin kenal botol tersebut lalu jimin terlihat pintu gelanggang pingpong itu terbuka sedikit
lalu jimin memanggil rakan-rakannya yg lain untuk mengikuti dirinya
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
leo mula mencium-cium seluruh wajah minah, minah hanya menangis kerana ketakutan
' jimin tolong aku... ' desis hati minah sambil berenang air mata
tiba-tiba pintu gelanggang pingpong itu di tendang kuat oleh seseorang dari luar
bam!!!!!!!!
jimin menarik badan leo dari belakang dengan kuat, lalu jimin terus melepaskan tumbukan yang padu pada wajah leo sehingga leo terbaring di atas lantai, rapmon dengan jhope yg terus pergi ke arah leo dan menahan lengan leo daripada terlepas
minah terus bangun daripada pembaringan dan terduduk di lantai kerana kakinya terasa lemah sambil menangis
" minah! " jerit joy sambil berlari kearah minah di ikuti rakan perempuan yg lain
jimin berasa marah yg teramat sangat sehingga dirinya hampir bertukar menjadi vampire, jungkook perasan dengan pertukaran matanya yg semakin merah dan kulitnya yg semakin pucat dan bibirnya mula berwarna merah delima itu terus menegur
" hyung!! kawal hyung kawal!!! " jerit jungkook
nafas jimin menjadi tidak teratur, jimin memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan jiwanya daripada bertukar menjadi vampire, selepas itu jimin pun membuka matanya
" chim lelaki ni biar aku settle " kata suga
lalu suga pergi kearah leo itu dan mencengkam wajah leo, jimin terus pergi ke arah minah yg sudah di kelompok dengan rakan perempuan bts yg lain
jimin melutut di depan minah rakan perempuan bts memberi ruang pada jimin untuk menenangkan minah lalu tangan jimin memegang kedua belah pipi minah, wajah jimin jelas penuh dengan kerisauan
" kau tahu tak aku risau! " jimin sedikit marah kerana risau dengan minah sambil ibu jarinya mengusap pipi minah
minah memandang tepat wajah jimin, air matanya mengalir
" jimin....huk huk aku takut...aku takut..." minah terus memeluk jimin dengan erat sambil menangis teresak-esak di dada jimin
jimin membalas pelukan minah sambil mengusap kepala minah, wajah minah jelas penuh dengan ketakutan sehingga tgnnya sejuk, badannya menggigil
" bagus lah kau tak apa-apa " kata min ah lega
di situ terdengar suara ahli bts bising-bising
" kau tahu tak kau dah malu kan kaum lelaki! " marah suga
" kenapa kau buat minah macam tu jawab!! " marah rapmon yg sedang menahan lengan leo
leo hanya diam tidak menjawab
" ouh kau tak nak jawab yea! " lalu suga menumbuk wajah leo beberapa kali sehingga lebam
" baik kau cakap apa sebab kau buat dia macam tu!! " marah jungkook pula

YOU ARE READING
You're Such Vampire! I Hate You Chim!
Wampiry***Pencapaian : Ranking #1 in Vampire (27/12/2016) " jimin! tolong jangan buat aku macam ni jimin! kau janji kau takkan tinggalkan aku kan? " mengalir airmata minah melihat suaminya muntah darah di pangkuannya setelah terkena serangan daripada vamp...