Chap 44

2K 140 18
                                        

jimin tergamam manakala yang lain menjadi gerun melihat perubahan kris

" argh!!!!!!! "

gelombang jeritannya menghasilkan gegaran kecil tatkala menjadi sunyi seketika dan hanya angin yang bermain di udara

anakmata di dahi kris bergerak-gerak melihat keliling

jimin cuba ingin membaca fikiran kris tetapi entah kenapa, langsung tidak terlintas apa-apa di fikiran kris, kosong

' apa yang kau cuba buat kris! ' desis jimin

tiba-tiba kris dihadapan tiada

bam!!!!

lantas jimin memaling ke belakang, bila di lihat ahli bts dan yang lain semua sudah terhempas ke dinding istana sehingga pecah, manakala rakan perempuan bts jelas sekali menahan kesakitan yang teramat, mungkin tubuhnya terhentak kuat pada batu bata istana

" minah! "

jimin berganjak ke depan, serta merta perasaan takut terjadi apa-apa pada minah mula terasa

' jimin! '

suara gong yoo bermain di dalam kepala jimin, kaki jimin terhenti untuk berjalan

' abaikan yang lain! cari kris di mana dia berada sekarang!! '

' tapi... '

' abaikan! misi kamu sekarang adalah pada kris bukan pada keluarga, isteri atau yang lain! adakah kamu lupa mengapa kamu di bangkitkan semula? '

mata jimin berkaca, hampir-hampir sahaja menitiskan airmata bila gong yoo mengingatkan tentang hal itu

jimin melihat sekeliling untuk mengesan kris

" dush! "

" buk! "

hentakan kuat daripada belakang kepala jimin sehingga jimin tersembam ke tanah

penglihatan mata jimin pusar-pusar kepeningan, tubuhnya di bangkitkan jua untuk berdiri, kelihatan kris berada dihadapan, jimin berlari ke arahnya, satu tumbukan padu ke arah wajah kris

tiba-tiba tumbukan jimin itu seperti ada pendinding, wajah jimin berubah begitu terkejut, anakmata di dahi kris memandang ke arah jimin

" bam!! "

jimin terhempas jauh kebelakang, untuk mengimbangkan badan, jimin meletakkan telapak tangan pada permukaan tanah menyebabkan tangannya terseret

' tak guna! ' gumam jimin di dalam hati

tanpa jimin sedar kris berada di belakang

" dush! "

satu sepakan tepat pada kepala jimin menyebabkan jimin tersembam ke tanah

tangan kanan kris di depakan ke depan, satu batang berwarna hitam dan agak panjang keluar daripada permukaan telapak tangan lalu kris mematahkan batang tersebut

kris berganjak sedikit di paras pinggang jimin yang baring meniarap

" task! "

" ergh!! "

apa yang kris buat adalah, batang hitam tersebut di tusuk pada tangan kanan jimin sehingga tembus ke tanah, lalu kris membuat perkara yang sama pada tangan kiri jimin

'' huk! "

' kenapa? kenapa badan aku semakin lemah? adakah benda ni menyedut seluruh tenaga dan kuasa yang aku ada? ' desis jimin

tubuh jimin semakin tidak berdaya untuk bergerak

" task! "

satu lagi batang hitam itu menusuk ke badan jimin

You're Such Vampire! I Hate You Chim!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang