sebulan kemudian
rapmon dan sulli bertukus-lumus mencari jawapan untuk keamanan, sehingga hampir makan sebulan mereka masih belum menjumpai jawapan
sulli dan rapmon mula serabut di perpustakaan vampire
" banyak perbezaan buku tribe dengan buku orvyes, tapi yg aku pelik kenapa buku tribe ni kisah dia sama dengan buku orvyes? " sulli mula keliru dengan kedua-dua buku itu
buku orvyes ialah buku kepercayaan di dunia vampire, buku orvyes menceritakan kisah peperangan yang pernah berlaku di antara vampire dan serigala seterusnya setelah muncul puak vampmon, vampire dan serigala bergabung untuk menentang puak vampmon, kisah tongkat sakti yg dirampas oleh kris juga turut di ceritakan tetapi kelemahan tongkat itu tiada di nyatakan, kisah pemilik cakra hitam turut di nyatakan berserta syarat untuk membuka kunci cakra tersebut, begitu juga buku tribe banyak persamaan dengan buku orvyes
bezanya yg membuatkan rapmon dan sulli keliru, syarat ingin membuka cakra hitam tak sama dengan syarat buku orvyes, buku tribe juga menyatakan bahawa akan berlakunya kematian pada seseorang yg memiliki cakra hitam sewaktu berperang pada kehancuran akan datang tetapi buku orvyes tiada pula menyatakan tentang kehancuran akan datang
" aku rasa kita kena ambil masa lebih sikit sulli " rapmon masih tidak berpuas hati dengan apa yg dia kaji
" aku yakin mesti ada seseorang yg gubah salah satu buku ni, cuma kita tak tahu buku yg mana " kata rapmon lagi
" rapmon kau balik la dulu dah pukul 5:45 pagi dah ni, lagi pun kau sekolah kan " ujar sulli setelah melihat jam di tangannya
" errk! warg! " rapmon mengeliat sambil menguap kerana tidak tidur satu malam
" nanti kalau ada pape aku roger kat kau " kata sulli lagi
" ha ye lah, aku balik dulu " rapmon pun bangun dan pergi ke dunia manusia
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
minah membuka matanya lalu melihat jam di telefon menunjukkan pukul 5:50 pagi, minah bangun daripada pembaringan tekaknya tiba-tiba terasa mual dan loya
" uwerk! " minah ingin termuntah, dengan pantas minah turun daripada katil dan pergi ke bilik air
" uwerk!!! werk!! " minah muntah di sinki, isi di dalam perut semua habis keluar
jimin yg sedang tidur tercelik setelah mendengar orang muntah-muntah dalam bilik air
jimin turun daripada katil lalu menuju ke bilik air ternampak minah sedang muntah-muntah di sinki
" uwerk! "
" minah kau okay tak ni? " risau jimin di buatnya tiba-tiba sahaja minah muntah-muntah
" uwerk! " minah membasuh mulutnya, muntah di dalam sinki di bilas dengan air
" okay cuma tadi bila aku bangun tidur tekak aku rasa mual " kata minah
" ke kau demam? " belakang tapak jimin di letakkan pada dahi minah
" mana ada, dah la aku nak mandi pastu nak buat breakfast lagi " kata minah sambil matanya seperti menahan mengantuk
" betul ni kau okay? kalau tak okay tak payah lah sekolah " risau jimin pada minah kerana takut terjadi apa-apa pada minah
" iye aku okay " jawab minah dengan tenang
" kalau macam tu aku keluar dulu, mandi jgn lama-lama " arah jimin sambil menapah keluar daripada bilik air
dalam beberapa minit minah selesai mandi dan giliran jimin pula membersihkan badan, minah lengkap dengan uniform sekolah, rambutnya di ikat seperti ekor kuda supaya kelihatan kemas dan rapi

YOU ARE READING
You're Such Vampire! I Hate You Chim!
Wampiry***Pencapaian : Ranking #1 in Vampire (27/12/2016) " jimin! tolong jangan buat aku macam ni jimin! kau janji kau takkan tinggalkan aku kan? " mengalir airmata minah melihat suaminya muntah darah di pangkuannya setelah terkena serangan daripada vamp...