Chap 24

2.4K 123 1
                                    

mereka berdua duduk di bangku di kawasan taman permainan berdekatan pantai

" kau buat apa datang sini sorang² " tanya jimin dengan nada lembut

" aku rindu dengan omma appa aku " jawab minah

" kau tu perempuan pastu jalan sorang² kan bahaya mujur ada aku kalau tak ada? " kata jimin dengan nada risau

" tadi aku jumpa hyomin... " kata jimin mahu membuka cerita tentang kejadian dia terserempak dengan hyomin

" habistu kau cakap apa kat dia? " tanya minah

" hm macam kau tak kenal aku, hati aku masih sakit bila tengok muka dia, bila aku pandang muka dia, aku teringat apa yg dia dah buat dekat aku, aku susah nak lupa tu semua, sampaikan aku jadi takut nk bercinta " kata jimin sambil memandang langit

' tak sangka jimin ni seorang yg makan dalam ' desis hati minah sambil memandang jimin di sebelah

" dia minta aku berbalik pada dia, memang tak lah, tadi jumpa pun dengan lelaki lain " kata jimin

" wow " kata minah pendek

" cuma aku hairan kalau kau rindu omma dengan appa kau apa motif kau pergi pantai? kalau cari ketenangan tu aku faham lah " kata jimin sambil memandang wajah minah di sebelah nya

" waktu omma dengan appa aku hidup, appa dengan omma aku selalu bawa aku pergi pantai tengok bulan waktu malam " kata minah membuka cerita kerana dia berasa rindu akan omma dan appanya pandangan matanya mula sayu

jimin mengeluarkan kotak berwarna susu keemasan daripada poket seluar tidur adidas miliknya

" okay lah aku pergi dulu " kata minah sudah berdiri

tapi lengan minah sempat di tahan oleh jimin

" minah " panggil jimin sambil memalingkan badan minah supaya menghadap dengan dirinya, lalu jimin menghulurkan kotak tersebut

" apa ni? " tanya minah hairan sambil memandang jimin di hadapannya

" aku nak lamar kau jadi isteri aku " kata jimin sambil memandang mata minah dengan nada selumber

wajah minah penuh dengan kejutan lidahnya menjadi kelu seribu bahasa

" aku tak nak paksa kau untuk jadi isteri aku, keputusan semua di tangan kau " kata jimin lagi

jimin mengambil tangan minah lalu meletakkan kotak kecil itu kedalam tapak tangan minah

" aku tahu kau tak cintakan aku dan aku pun tak cintakan kau, tapi kalau kau terima lamaran aku mungkin kita boleh kenal isi hati masing-masing, kalau kau tak terima, aku hormat keputusan kau sebab tu semua pilihan kau " kata jimin

minah tidak berkata apa-apa tetapi hatinya menjadi tidak keruan perasaan yang dia alami lain daripada sebelum ini

" aku bagi kau masa sampai waktu buka sekolah nanti " kata jimin

jimin berdiri lalu beredar meninggalkan minah seorang

" tapi kenapa aku yg kau pilih? " kata minah perlahan matanya seperti ingin menitiskan airmata kerana dia menjadi terlalu keliru dengan perasaannya sekarang

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

" kau mungkin ada pengalaman mencintai seseorang tapi hati kau boleh ke mencintai minah? " kata jimin pada dirinya sendiri sambil berjalan menuju ke kedai runcit

terdapat seorang perempuan tua memakai baju lusuh dan koyak sedang tidur di atas lantai di hadapan kedai runcit, tangannya menggenggam bekas yg berisi duit syiling, jimin berasa kasihan namun dia hanya membiarkan sahaja perempuan itu tidur, jimin pun masuk kedalam

You're Such Vampire! I Hate You Chim!Where stories live. Discover now