Pencarian

1.5K 78 0
                                    

Aku terjaga pagi itu dalam keadaan yang lemah. Bersiap dan terus ke pejabat dengan keadaan yang pucat lesi dan tak terurus. Fikiranku kusut. Haruskah aku menolong Samsul?

"Aii. Pucat betul kau ni. Baru lepas jumpa hantu ke. Hahahaha." Tegur Abang Man yang memang semua orang tahu dia ni spesis yang tak sayang mulut.

"Ye bang Man. Samsul cari aku." balasku tanpa berfikir panjang.

Serental itu aku lihat air muka Abang Man berubah. Dia kelihatan kurang selesa lalu menarik aku ke suatu sudut yang sunyi.

"Betul ke apa kau cakap ni Kamal..?"

"Betul bang. Takkan aku nak tipu. Dah 3 hari aku kena ganggu. Dia mintak aku cari tangan dia."

"Ya Allah. Kenapa kau tak bagitahu. Kau tau tak. Ramai dah orang kecoh kat tempat Samsul eksiden tu, asal tengah malam je ada lelaki takde tangan jalan kat area situ macam tengah cari something..."

Aku terdiam. Betul lah apa yang aku dengar tu agaknya. Aku mengajak Abang Man untuk teman aku waktu rehat tengah hari itu juga. Aku mesti selesaikan semua ini. Aku akan pastikan semua ini berakhir segera.

"Aku tolong kau Samsul!" getus hatiku.

Kami tiba di lokasi dimana Samsul kemalangan tempoh hari. Aku dan Abang Man, cuma kami berdua yang pergi mencari dan turun ke dalam gaung yang dalam itu kerana apabila minta pertolongan rakan pejabat yang lain tak mahu turut serta dan mengatakan bahawa kami berdua sudah gila dan hilang akal. Sudah lebih dua jam aku dan Abang Man mencari. Namun, hasilnya amat mengecewakan.

Sewaktu kami sudah kecewa dan hampir pulang. Abang Man memberikan isyarat tangan kepada aku supaya mengangkat dahan kayu yang sepertinya melindungi sesuatu. Ternyata benar kami menjumpai sesuatu yang berbentuk tangan manusia namun sudah hampir hancur kerana digigit serangga. Namun itu baru sebelah. Aku masih gagal menjumpai tangan yang memegang cincin seperti yang dikatakan jelmaan Samsul itu.

"Bang Man, kita buat report je la. Biar polis guna khidmat anjing pengesan. Cepat sikit jumpa, lagipun kita dah ada bukti sebelah tangan ni."

"Betul tu. Hari pun dah makin petang. Nanti gelap susah juga kita."

Setelah membuat laporan polis lalu mencari bersama beberapa anggota dan anjing pengesan akhirnya kami berjaya menemui sebelah lagi tangan milik Samsul. Tangan itu menggenggam erat sebentuk cincin.

"Cincin tunang..." bisik hatiku.

Hatiku menjadi sebak. Aku hampir gagal mengawal perasaan. Tak sangka begitu cepat dia pergi meninggalkan kami dan orang yg dia sayang. Namun aku bersyukur kerana pencarian ini tak sia sia. Aku berjaya mengotakan janji aku dan membantu Samsul menunaikan permintaan terakhirnya. Selesai susah semua. Keluarga Samsul juga telah dimaklumkan perkara itu.

Aku pulang ke rumah dengan hati yang senang. Ternyata betul. Tiada lagi kelibat Samsul menunggu di hadapan pintu. Malam itu aku berasa selesa sekali walaupun sebentar tadi aku lihat kelibat Samsul berdiri di hadapan rumah tersenyum memandangku. Mulutnya juga seperti mengucapkan sesuatu. Mungkin ucapan terima kasih kepadaku yang telah menyempurnakan hajatnya itu.

Namun tak seindah yang disangka. Pukul 3 pagi itu aku terjaga kerana terdengar bunyi pintu tertutup kuat seperti dihempas. Televisyen di ruang tamu juga terbuka sendiri disusuli gelak tawa. Aku kenal benar suara itu. Itu suara Samsul! Malam itu sekali lagi aku tak dapat tidur dengan lena. Telinga aku kadang kadang diusik. Selimut ditarik. Bunyi seperti almari digeledah. Hilaian tawa yang menyeramkan. Namaku dipanggil mendayu dayu. Aku semakin hilang pedoman!

HOUSEMATETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang