Bersama Menanti

1.8K 101 31
                                    

Pagi itu aku bingkas bangun ke pejabat. Kerja aku tidak terusik. Aku amat terganggu, fikiran bercelaru kacau bilau memikirkan apa lagi yang Samsul mahu dengan aku. Aku ceritakan kepada Abang Man semuanya.

"Jangan ikut hati. Itu Syaitan tu. Kau pergi berubat eh?" nasihat Abang Man kepada aku.

Aku cuma berdiam diri.

"Balik nanti kau kemas barang. Kau duduk rumah Abang. Rumah abang pun tak ada orang." tambah Abang Man lagi.

Aku cuma menggangguk lemah.

Petang itu aku dan Abang Man keluar awal. Terus menuju ke rumahku. Keadaan rumah begitu menakutkan. Sampah yang bersepah. Bau seperti bangkai diikuti kesan tanah dan tompokan darah di katil Samsul sangat mengganggu. Abang Man hanya mampu menggelengkan kepala sambil membantu aku mengemas barang. Kami terus berlalu pergi. Aku mengekori kereta Abang Man dari belakang dengan motorsikalku. Sengaja aku biarkan pintu rumah tidak berkunci supaya 'Samsul' tidak datang mencari aku lagi dengan alasan nak mintak kunci untuk masuk ke dalam rumah walaupun dia tu sebenarnya hantu yang tak perlukan kunci!

Selesai makan malam bersama Abang Man. Aku masuk ke dalam bilik. Badan aku rasa letih sekali. Aku lihat Abang Man masih di luar rumah menghisap rokok sambil bercakap di dalam telefon. Mata aku mula terpejam perlahan. Tiba tiba aku dengar tingkap bilik aku duduk diketuk. Aku lihat kelibat yang sangat biasa aku lihat itu.

"Ah sial. Dia lagi! Apa yang dia nak!" bentak hatiku.

Bunyi ketukan semakin kuat namun aku abaikan sahaja. Aku tak mahu mengganggu Abang Man yang asyik bercakap di dalam telefon itu. Aku berselimut lalu berpusing ke sebelah kiri. Serentak itu juga aku lihat 'Samsul' baring di sebelah sambil menyeringai ke arahku. Aku terkejut lalu menjerit.

"Apa lagi yang kau nak hah !" jeritku.

"Mana kau nak pergi Mal...aku ikut kau. Kita kan Housemate." kata Samsul sambil tersenyum ke arahku.

Kali ini aku betul betul hilang arah seperti orang gila. Aku bingkas bangun menyarung baju lalu mengambil kunci motor 125z aku. Aku berlari keluar rumah. Abang Man ketika itu meluru kearah aku kerana terkejut mendengar aku menjerit. Aku dapat lihat Abang Man di dalam rumah manakala beberapa orang lelaki berkopiah dan berjubah di luar rumah. Rupanya dia menelefon orang masjid untuk membantuku. Namun semuanya sudah terlambat. Aku sudah pun hilang pedoman. Tanpa lengah lagi aku dengan pantas menghidupkan enjin motor lalu berlalu pergi. Kemana harus ku tuju juga aku tak tahu.

"Kamal!!!!! Jangan ikut kata Syaitan tu!"

Sayup aku mendengar suara Abang Man. Namun aku sudah jauh dihadapan memasuki jalan besar. Suara Samsul ketawa semakin kuat aku dengar di cuping telinga. 140kmh. Dan semakin laju aku memulas minyak untuk pergi lebih jauh. Sehingga lah aku sampai di satu selekoh. Aku lihat Samsul berdiri di atas jalan memandang tepat ke arahku.

Motorsikal yang aku tunggang hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan. Aku lihat satu cahaya yang sangat terang disertai bunyi hon yang sangat kuat san panjang. Mungkin bas. Mungkin juga lori. Namun apakan daya, dengan kelajuan motorsikalku dan jarak yang tak sampai beberapa meter sahaja mustahil untuk aku mengelak apatah lagi untuk menghentikan motorsikalku.

Dentuman kuat kedengaran.
Tak ada apa yang aku rasa kecuali keskitan yang tak dapat digambarkan.
Pandangan aku juga kelam diliputi darah. Akhirnya terpejam rapat mata aku.

Apabila aku tersedar. Aku masih berdiri di situ. Aku lihat Abang Man menangis sambil memangku sebentuk jasad yang tidak bernyawa. Orang orang masjid juga ada disitu. Aku lihat motorsikal milikku hancur tiada rupa.

Oh...itu jasadku....
Jadi apakan aku sekarang? Bukan lagi berpijak sama di dunia seperti Abang Man. Kami sudah terpisah jauh. Sebak. Takut. Semua perasaan bercampur baur. Aku menoleh ke belakang. Ku lihat Samsul melambai sambil memanggilku.

"Kita kan Housemate!" kata Samsul sambil tersenyum walaupun mukanya hancur tiada rahang.

Aku mengikut Samsul. Aku sedar kini aku berada di dunia yang sama dengannya. Kini kami pulang ke rumah usang hujung kampung. Ya. Rumah yang pernah kami tinggal bersama dahulu. Aku rasa selesa. Samsul juga begitu kerana dia tidak lagi keseorangan.

Kini kami tinggal berdua di rumah usang hujung kampung ini. Kami menunggu kepulangan Housemate yang lain untuk mengajak mereka bersama menyertai kami.

Aku dan Samsul duduk di luar rumah sambil tersenyum.
Kami bersama menanti. Housemate.

- TAMAT -

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now