Part I

1.7K 37 2
                                    

Motherfucker - a person (normally someone we used to love) who admit they love us and want to be with us for the rest of our life, but finally breaks our heart and makes us sad and fucked up. They dumped us and go find another love. Usually, 'they' were called 'ex-boyfriend/girlfriend.' Mother-f'ers.
















-MOTHERFUCKER-
















MALAM tu, aku dan Dila, teman wanita aku bercadang hendak ke parti hari jadi rakan sepejabat dia, Naim. Ya, lelaki.

Dila ni memang banyak kawan lelaki dan mempunyai kawan perempuan yang kurang. Aku pernah tanya dia, kenapa dia suka sangat kawan dengan lelaki berbanding perempuan seperti kebiasaannya dan jawapan Dila ialah,

"Sebab I ni lain dari perempuan-perempuan kat luar sana. Itu yang membezakan Nurul Adila dan wanita-wanita lain yang ada di muka bumi ini."

Kata-katanya itu diakhiri dengan seukir senyuman di bibirnya. Ya, itu balasan Dila (aku lagi prefer panggil dia Dila). Dan aku faham, kenapa dia lebih memilih untuk berkawan dengan lelaki. Kerana

1. Bagi Dila, lelaki ini jenis hati 'sado' dan kental. Boleh dibuat gurau dan boleh melawak. Nak berlawak kasar dengan diorang pun, diorang tak kisah. Tak adalah cepat sentap macam setengah perempuan.

2. Kawan dengan lelaki ni lebih 'selamat' berbanding perempuan. Ini kerana, berkawan dengan lelaki, mereka jenis yang berterus terang dan tidak simpan dalam hati. Mereka tidak menggunakan kawan mereka sendiri. Senang cite, mereka tidak FAKE. Depan lain belakang lain.

3. Dila dari dulu lagi satu-satunya anak perempuan tunggal dalam family dia. Adik beradik dia ada 5 termasuk dia 6. 5 adik beradik dia semua lelaki. Dia yang last, ke 6. And she's the only girl in the family. So, dia dah biasa kawan dengan lelaki dan disebabkan itulah dia lagi suka mempunyai kenalan lelaki berbanding perempuan.

Tapi harus diingat, Dila bukan tomboy ye? Dia bukan seorang pengkid tapi sama seperti wanita lain. Berpakaian seperti wanita biasa cuma perwatakannya agak kasar.

Itu jelah pasal Dila yang aku tahu.

Aku dan Dila sudah 5 bulan bersama. Aku sendiri tak sangka bahawa pertemuan di Mc'Donalds 5 bulan yang lalu menjadi bibit-bibit percintaan kami. Lepas 10 kali berjumpa dan sebulan berkawan, akhirnya, Nurul Adila sah menjadi teman wanita aku.

Ceit! Acah-acah macam Dila ni dah jadi bini aku je nak ber'sah' bagai....

"You, betul ke ni kawasan nak ke rumah Naim tu?" Soalku disaat Honda CR-Z aku ini dipandu memasuki sebuah taman perumahan yang agak suram dan jauh dari bandar.

"Yelah. Ni haa dia tulis, Taman Indah Residence." Jawab Dila sambil menunjukkan skrin telefonnya kepadaku yang tertera alamat rumah Naim.

Aku hanya diam dan meneruskan pemanduan. "Dia duduk kat rumah banglo ke teres?"

MotherfuckerWhere stories live. Discover now