Part II

1.2K 41 13
                                    


"YOU? You! Mohamad Isyraf..."

"Yes... What's the matter?" Teriakan dari Dila menyedarkan aku dari lamunanku yang panjang itu. Panjang dan menyakitkan. Kenapalah aku boleh teringat kembali peristiwa bodoh itu? Tak pasal-pasal teringat kenangan lama. Antara aku dan...

"You nak minum apa? Air gas or jus? Nak I ambilkan tak? You nak makan? Nak kek or just snacks?" Soal Dila lancar. Tangannya melingkar di leherku dan wajahku direnungnya.

"Hmm...apa-apa pun boleh. I tak kisah you ambilkan jelah." Jawabku dengan senyuman di bibir.

"Okay, no big deal. Tunggu kejap eh?"

Aku mengangguk selepas mendengar balasan dari Dila itu. Kemudiannya, belum pun sempat aku mahu berbuat apa-apa, aku didatangi Naim. Teman lelaki Anis.

"Kau okey? Tak minum ke? Nak makan pun ada tu haa...alah. Ambil je. Makan je macam biasa. Buat macam kat rumah sendiri." Ucap Naim sebagai pembuka kata.

Aku hanya senyum dan mengangguk. "Dah, aku dah minta tolong Dila suruh ambilkan tadi." Balasku. "Anyway, thanks for inviting me to your party."

Naim tersenyum kemudian meneguk air di cawannya sebelum bersuara. "No hal-lah, bro. Small matter jelah." Sesudah airnya habis diteguk, cawan yang kosong diletakkan di atas meja.

"So, kau dah lama dengan Dila?" Soal Naim memecah suasana buntu antara kami berdua itu.

"Bolehlah. Dalam...a couple of months macam tu. Kira...baru jugalah kitorang ni couple." Jawabku bersahaja.

"First of all, aku nak ucap tahniahlah dekat kau."

Aku menoleh Naim seraya menaikkan kedua belah kening. "Kenapa?"

"Sebab kaulah satu-satunya lelaki yang berjaya merebut tempat dalam hati Dila. Sebelum ni, dia mana pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Tapi dengan kau, aku tengok dia serius semacam. Macam...dia betul-betul jatuh cinta dengan kau. Kira beruntunglah kau tahu tak." Jelas Naim panjang.

Aku pula hanya mampu mengukir senyuman. Tak tahu hendak apa dibalas setelah mendengar penjelasan dari lelaki yang satu ketika dahulu pernah menjadi punca keretakan hubungan aku dan Anis serta kini menjadi teman lelaki kepada perempuan itu.

"Kau pula dengan Anis. Berapa lama dah?" Soalku pula sekadar mahu berbasa-basi. Walaupun aku sendiri tahu akan jawapan kepada soalan aku tadi namun, lebih baik aku soal sendiri pada tuan punya badan. Mestilah jawapan yang diberi lebih tepat dari apa yang aku pernah terima dahulu.

"Lama jugalah. Nak masuk 2 tahun macam tu." Jawab Naim dengan tenang.

Aku hanya mengangguk. Wajahku cuba dibiarkan tenang sebaik mungkin. Sebolehnya aku cuba untuk bersabar selagi aku mampu. Dan rasanya setakat ni, keadaan masih terkawal rasanya.

"Kau jagalah Dila tu elok-elok. She's nice actually. Memang perangai dia kasar sikit. Tapi deep inside, dia masih lagi memilik sifat semulajadi wanita. Sopan. Aku kenal dia dah lama. Sejak dari zaman universiti lagi dan aku rasa, perangai dia sama sahaja macam dulu. Yang paling penting, dia baik, cantik dan cerdik. You such a lucky man to have her as your girlfriend." Puji Naim lagi.

Sekali lagi aku hanya tersenyum dan tak lama kemudian, Dila tiba bersama beberapa potong kek dan air jus oren. Diletaknya cawan dan pinggan plastik itu di atas meja sebelum duduk di sebelahku.

"Hah. Kau sembang apa dengan Isyraf, hah? Kau orang bergosip pasal aku eh? Ha...you?" Dila bersuara memandang aku dan Naim bersilih ganti.

"Haah. Aku memang ada gosip pasal kau pun. Aku cakap kat Isyraf yang kau tu gemuk. Pastu kuat makan. Plus, suka meroyan!" Kutuk Naim spontan.

MotherfuckerWhere stories live. Discover now