Part 2

165 11 2
                                    

" Kenapa macam ni??.. " Rintih Meera.

" Meera tabahlah.." pujuk Clara sambil menepuk bahu Meera.

" sepatutnya saya berdiam diri. Tak patut menjawab. Sekarang tengoklah, Zara dah pergi jauh. Jauh dari kita dan saya pula akan jadi sasaran The Angels.😔" Sayu nada Meera.

" sabarlah.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya."

√√√

" oh shit! Budak tu memang tak guna! Ada ke cakap kita semua ni kiddo?" gerutu Fara. Mulutnya juga sudah muncung macam mulut itik. Hilang habis kecantikannya.

" Chill babe.. Chill.." ujar Sara.

" kita tak boleh berdiam diri! Pertama kali dalam sejarah! Sejarah girls?! Ada pelajar form 5 menjawab dengan kita! Ini memang tak boleh jadi!" Kata Diana dengan amarah yang masih bersisa.

" girls.. I think.. I have an idea untuk balas pada dia." ujar Rien separa berbisik. Masing masing menunjukkan minat. Pantas Rien mencarik sedikit kertas dan menulis.

# projek pembulian kejam buat pertama kalinya dalam rekod The Angels.

" wow! Hebat! Great! You are clever Rien! I like this idea." puji Diana. Siap main tepuk bahu lagi.

" so, bila kita boleh mula?" soalan Yana dibalas senyum senget oleh Rien dan Diana.

" hari ni kita rangka, esok dah boleh mula!"

√√√

# pembulian kejam The Angels bermula #

Meera berjalan dengan senang hati. Insiden semalam masih lagi bermain di mata namun sudah hampir masuk ke dalam memori hitamnya. Dia melanglah masuk ke kelas dengan hati yang senang. Baru sahaja kakinya menjejak lantai kelas...

Dum!

" Aduhh!!" rintih Meera. Dia cuba bangun nun tergelincir lagi. Seisi kelas sudah sepakat mentertawakannya. Termasuklah Zara. Kuat mereka gelak. Merah jadi muka Meera. Malu dan geram. Dia bingkas bangun namun sekali lagi terjatuh kembali. Lantas dia melihat ke bawah.

Minyak??

Patutla setiap kali nak bangun asyik jatuh. Rupa rupanya ada minyak kat lantai. Oo... Ehh.. Wait! Minyak kan? It means...

Dia melihat baju sekolahnya. Habis kotor dengan minyak. Mukanya juga sudah kotor. Meera bangun perlahan lahan dan menuju ke tempat duduknya. Habis merah muka apabila jadi tumpuan kelas. Letak saja beg, pantas dia berjalan keluar. Namun sekali lagi malang tidak berbau, dia berlanggar dengan Clara di tempat tumpahnya minyak. Mereka berdua sama sama bergolek macam nangka busuk. Seisi kelas sepakat lagi mentertawakannya.

"hahahhahahhahahhahahahahahahha!!!!!"

Meera bangun untuk membantu Clara. Mereka berdua pantas keluar dari kelas.

" Meera? What happen? Kenapa ada minyak dalam kelas?" soalan Clara bertubi tubi membuatkan Meera stress.

" aku tak tahu!!" Meera berlari meninggalkan Clara.

The Angels ketawa terbahak bahak melihat adegan itu. Padan muka. Pembulian seterusnya menanti ya..

√√√

" Meera! Bangun!" jerit Puan Sha.

Meera terpisat pisat membuka mata. Semua mata memandang ke arahnya.

" ooo.. Berani ya awak tidur dalam kelas saya? Sekarang pergi jalan itik di bangunan ini! Sekarang!!" Jerkah luan Sha lagi. Garang.

Maka Meera yang tak faham keadaan melakukan apa yang disuruh. Mukanya juga merah. Dia berjalan itik melintasi bangunan Mawar. Sudahlah bangunan Mawar paling besar antara bangunan yang lain. Makin malu apabila ada yang mengejeknya semasa melintasi kelas.

" eh ada itiklah!!"

" kuek! Kuek! Kuek! "

" kesian kat itik.. Kenapa round bangunan ni? Bukan ke patut ada kat kolam? Berkubang dengan lumpur." Meera menoleh. The Angels!

" serve your right Meera! Pandai sangat cari fasal!" Diana menjerit lantang. Sekarang tahulah Meera bahawa ini semua rancangan The Angels. Cis! Kejam sungguh!

" guys, sila bawa benda tu!" Jerit Diana. Fara dan Yana membawa sebakul lumpur ke arah Meera.

" one, two three!! Simbur!!"

Splashhh!!

Lumpur mengena badan Meera. Habis kotor baju sekolahnya. Meera menangis.

" padan muka!"

" rasakan!"

" the Angels memang terbaik!"

Sampai begini sekali dia dibuli hanya kerana kesalahan kecil. Perlahan lahan air jernih keluar dari tubir matanya.

√√√

" kenapa aku???" rintihnya kesedihan.

Dari jauh dia dapat melihat kelibat The Angels menghampiri. Pucat seketika wajahnya. Mata segera dialihkan. Mencari kelibat Clara yang beratur untuk membeli makanan.

' clara, cepatlah datang! ' bisiknya penuh harapan.

" hei pompuan! " sergah Diana. Terjengket bahunya. Terkejut apabila disergah macam tu. Haih...

" kau pergi belikan makanan untuk kami sekarang!" arah Yana pulak. Hesy! Taj de adab langsung minah minah gedik nim. Eh? Gelaran baru! Yes!

" apa kata kalau saya cakap tak nak?" wahhh!! Beraninya Meera ni! Sudah pandai menjawab.

" say again!" aigoo... Minah Sara pula pergi jerit. Dahla depan muka aku. Agak agaklah nak menjerit pun. Ni tak, sampai tersembur air liur. Baunya, Ya Allah, masam nak mampus!

" tak kira kau nak atau tak. Sekarang pergi cepat!!" amboi! Minah Rien dan Fara pula siap main tolak tolak lagi! Ni dah lebihd ah ni!

Diana pula melihat dari jauh sambil tersenyum. Heh! Ingat lawa sangat senyuman dia. Heh! 😒

Perlahan lahan Meera menyusun langkah menuju ke kaunter yang tengah sesak dengan orang ramai. Haih, satu hal lagi.. Kene beratur. Masa tengah syok beratur, Meera terlupa. Dia kene beli apa ye?? Ahh lantaklah! Asalkan beli! Jangan tak beli. Hehe..

Setelah berhempas pulas beratur, akhirnya lima cupcake bentuk hati yang penuh krim selamat tiba di meja The Angels. Ikutkan hati nak aje dia beli nasi lemak, biar bertambah lemak kat badan Angels. Tapi takut nasi tu pula pi ' terbang ' kene kat dia. Memang naya. Dahla baunya kuat. Akhirnya dia beli cupcake. Habis cerita. Bukan senang nak boleh cupcake heart shape ni. Kene beratur macam. Al maklumlah, cupcake mak cik kantin memang terbaik argh! Limited edition! Tak mampu didapati di mana mana kedai kek. Hanya mampu didapati di Dahlia highschool. Noted.

" hoi! Pehal lembab sangat hah? Berjam jam kami tunggu!" bebel Fara. Siap belek jam lagi. Amboi! Jam mahal. Jenama LV. Cayalah!

" maaf, tadi ramai beratur. Tu yang lambat a.k.a lembab." jawab Meera. Selamba. Entah kenapa dia jadi selamba dengan The Angels. Satu sifat yang tetiba muncul.

" ouh! Menjawab ya? Rasakan!!" cupcake yang elok terletak di atas meja pantas dibaling ke arah Meera. Tepat kena di dahi. The Angels ketawa terbahak bahak.

" padan muka! Menjawab lagi!" Meera berlalu dengan hati yang sebal. Siap kau The Angels! Ni cara baik lagi yang kau bagi. Kalau tiba masa kau buat cara teruk. Siap kau! Penumbuk digenggam. Dia tekad untuk membalas dendam.

Dengan hati yang bengkak dia bergerak ke tandas. Tapi sebelum tu kene pintas pelajar kat kantin ni. Haih.. Naik lagilah gamaknya resputasi dirinya. Adoyai!

Clara mungkin baru perasan akan Meera yang tengah jadi bahan lawak semua pantas bergegas menuju ke arah Meera. Meera di temani Clara berjalan menuju ke tandas. Sambil itu tak habis habis Clara memujuk. Memang Meera terharu ada sahabat macam Clara. Sentiasa ada pada susah dan senangnya.

PyschoWhere stories live. Discover now