" Mmee..ra "
Meera memandang ke arah Diana. Dia menikam badan Diana.
Diana mengaduh kesakitan.
" heh! Kau tak mati lagi yea?" Meera mengangkat pisau pemotong daging tinggi tinggi. Baru sahaja dia ingin membenamkan pisau itu di kepala Diana ada satu tangan yang muncul menarik tangannya.
" Meera!" Jerit suara itu. Meera menoleh.
" Cla.. Clara?!"
Mata Clara kelihatan sayu melihat keadaan Meera. Meera dah jauh berubah.
" Clara.. I.. I miss you so much!" Air mata Meera mengalir. Dia memeluk Clara. Dia rindu sangat akan Clara. Clara tak membalas pelukannya. Dia hairan.
" Clara?? Why?" Soal Meera.
" Meera.. awak dah banyak berubah 😔." Sayu wajah Clara ketika itu. Kening Meera bertaut rapat.
" dulu.. awak tak pandai simpan dendam. Tapi sekarang awak dah teruk. Sampai tahap membunuh." Ujar Clara kesedihan.
" Meera!! Maafkan aku Meera.." rayu Diana walaupun keadaannya dah parah. Masih lagi ingin meminta belas kasihan Meera. Ingin memohon keampunan Meera.
Meera hanya terdiam. Sedikit sebanyak api dendamnya terpadam.
" tapi Clara. Saya buat semua ni demi untuk membalas dendam atas kematian awak!" Ujar Meera tegas. Clara menggeleng.
" cara yang awak buat ni salah." Air mata Clara mengalir. Meera turut mengalirkan air mata.
" Meera.." nama Meera dipanggil dari belakang.
" maafkan kami semua.. kami dah dapat balasan yang setimpal." Ujar ahli The Angels. Iaitu Rien, Sara, Farra dan Yana. Diana turut berlutut pada Meera.
" Meera. Kali ni saya benar benar menyesal. Tolong.. maafkan saya." Ujar Diana memeluk lutut Meera. The Angels yang dah mati pun turut memeluk lutut Meera.
" Maafkan kami.." ujar The Angels.
Akhirnya Meera mengangguk. Clara tersenyum. Begitu juga The Angels. Akhirnya Meera dah memaafkan mereka.
" saya pun nak minta maaf juga. Disebabkan saya The Angels mati. Diana cedera parah. " Ujar Meera sebak. Mula menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.
" kami semua okey. Asalkan awak dah maafkan kami." Ujar Rien mewakili The Angels yang lain. The Angels pula mengangguk. Meera memandang Diana. Diana juga turut mengangguk. Meera tersenyum. Dia membantu Diana untuk bangun.
" Diana.. maafkan saya." Ujar meera. Mula berasa serba salah apabila melihat Diana yang cedera parah.
" sepatutnya saya yang patut minta maaf dekat korang semua. Disebabkan saya The Angels yang lain mati. Clara mati. Dan saya terima nasib saya macam ni." Suara Diana bergetar. Meera memeluk bahu Diana.
" Meera. Sudah sampai masanya untuk kami pergi." Ujar Clara. Meera memandang Clara. Air matanya gugur lagi. Sesungguhnya dia tak sanggup untuk berpisah dengan Clara buat kali kedua.
" Clara. Please.. jangan pergi.." ujar Meera. Dia memegang tangan Clara. Sejuk.
" tugas saya dah selesai Meera. Saya tetap kena pergi. Tempat saya bukan lagi disini." Ujar Clara. Juga sebak. Tak sanggup untuk melihat muka Meera.
" Di.. kami pergi dulu Di. Jaga diri baik baik." Pesan Yana pada Diana. Diana menangis. Jarang dia menangis di hadapan orang ramai.
" saya menyesal! Disebabkan kesalahan saya sebelum ni. Awak semua mati. Kalaulah kejadian tu tak berlaku. Pasti awak semua masih hidup." Air mata Diana mengalir. Lebat.
" Clara.. saya nak ikut awak. Tiada siapa yang perlukan saya di dunia ni.. mama saya dah buang saya!" Jerit Meera. Clara menggeleng sambil tersenyum.
" Meera. Masa awak belum tiba lagi."
" kami pergi dulu Diana. Meera. Terima kasih sebab masih maafkan kami. Walaupun kesalahan yang kami lakukan berat. Sampai tahap membunuh. Terima kasih dan jumpa lagi. Di alam sana." Clara dan The Angels yang lain melambai tangan ke arah Meera dan Diana.
Perlahan lahan muncul cahaya dan membawa mereka berlima pergi.
" Clara!!!!!!" Jerit Meera sedih. Diana turut menangis. Kini kawan kawannya sudah tiada. baru dia faham perasaan Meera macam mana dahulu.
" Meera.. dahlah. Yang dah pergi jangan dikenang lagi. Awak kena tabah dalam.. uhuk! Uhuk!" Diana terbatuk. Darah mengalir keluar dari mulutnya.
" Diana!" Meera terjerit kecil. Dia membantu Diana untuk bangun. Perlahan lahan mereka keluar dari tempat tersebut.
BANG! BANG! BANG! ( macam lagu big bang pula. Ihixss )
Meera jatuh terjelepok jatuh. Dia memegang jantungnya. Sakit. Tiga butir peluru dah termasuk ke jantungnya.
Meera rasa masanya dah tak lama. Diana menjerit memanggil namanya. Pegawai polis datang ke arah Diana. Mengangkat Diana ke dalam ambulans. Kemudian muncul seorang wajah yang sangat dikenalinya. Berdiri di depan matanya.
" papa." Seru Meera perlahan.
Papa Meera hanya membisu. Dia mengambil pistol dan diletakkan di dahi Meera. Meera terkejut.
" Papa! Ni Meera! Anak papa dan mama!" Jerit Meera lagi. Papanya mendengus kasar.
"Aku tiada lagi anak yang bernama Meera!"
BANG!
Peluru di lepaskan. Menembus dahi Meera. Air mata Meera mengalir. Tak sangka yang papa kandungnya sanggup membunuhnya.
" Encik Qayyum!!" Nama papa Meera diseru oleh pegawai polis yang tiba tiba masuk. Mungkin selepas terdengar bunyi tembakan tersebut.
Sebelum Meera memejam mata buat selamanya dia sempat melihat papanya digari. Kemudian muncul papa angkatnya. Encik Zhen dan isteri.
" Meera!!"
###
Dia menutup buku Yassin. Selepas itu dia mencabut rumput di setiap kubur rakan rakannya. Kini dia tinggal sebatang kara.
Rien, Sara, Farra, Yana, Meera dan Clara sudah pun pergi meninggalkannya sendiri di dunia.
Perlahan air matanya gugur membasahi kubur rakan rakannya. Dia pantas mengelap air matanya. Tidak elok menangis di kubur.
Kini berakhir sudah kisahnya bersama Meera. Meera mati ditembak oleh papanya. Papanya menembak Meera empat kali . Tiga di jantung satu di dahi.
Sekarang papa Meera ditahan di hospital jiwa. Dia mengalami gangguan jiwa setelah syarikatnya bankrup. Mama Meera pula magi dibunuh selepas dia menceritakan tentang kehadiran Meera ke dalam keluarganya. Puas dia memujuk suaminya supaya menerima Meera balik dalam keluarga itu. Mungkin sebab suaminya bosan dengar nama Meera jadi dia membunuh mama Meera.
Diana sempat berjumpa dengan keluarga angkat Meera. Dia meminta maaf kepada mereka kerana disebabkan dialah Meera dibuang keluarga dan jadi pyscho.
Keluarga angkat Meera telah memaafkannya. Dia sangat bersyukur. Sejak itu, kumpulan The Angels telah dibubarkan selepas peristiwa itu. Dia hanya sendiri. Tiada lagi geng Angels yang akan menyakatanya. Memang dia rindu. Tapi dia redha dengan pemergian geng The Angels.
Diana melangkah pergi. Tiba tiba dia terdengar bisikan halus menyapanya sekilas angin.
~ terima kasih Diana.. ~
Diana hanya tersenyum.
" sama - sama Meera."
The End
YOU ARE READING
Pyscho
Mystery / ThrillerDibuli disebabkan tertumpah air bandung ke baju. Dibuli pula dengan kejam. Memang tak patut! The Angels, gegadis yang cantik bak bidadari namun punya hati busuk dan hitam. Sejak insiden air bandung terkena baju salah seorang The Angels Meera dibuli...