Chorong melihat penampilannya di cermin. Dia merapikan rambut yang sememangnya sudah rapi itu dengan jari, membiarkan rambut perang gelap itu melantun menutupi bahunya. Dia menarik blazer berwarna hitam melindungi kemeja putih di dalam. Kemudian, dia meneliti semula pantulan imejnya di cermin.
"Cukup! Cukup!" Xiumin berdiri di belakang Chorong. Lengannya menghadang matanya. "Boleh pecah cermin tu!"
"Kau dah cukup bergaya dah. Tak payah tengok cermin pun kau dah cukup cantik." usik Tao sambil membuka kunci lokernya. Lalu beg galasnya dihumban begitu sahaja ke dalam loker miliknya. Chorong mengintai Tao disebelah cermin yang dilekatkan dihujung loker.
"Betul ke?" terkelip-kelip mata Chorong. Tangannya memegang bucu loker, menampakkan aksesori seperti gelang dan cincin yang pelbagai. Xiumin menjongket kening dan menghampiri gadis di hadapannya lalu menuding pergelangan tangan Chorong.
"Lima gelang. Dua bracelet. Tiga cincin. Kau ni gothic ke? Black metal? Freemason?"
Chorong mengherot bibir. Dia memandang Xiumin. Apa salahnya dengan gelang besar hitam dan biru itu. Apa salahnya dengan bracelet berwarna coklat dan putih itu. Apa salahnya dengan cincin berbentuk tengkorak, misai merah dan lambang infinite itu.
"Ini fesyenlah!"
"Kau ni sama saja dengan Kris." Sampuk Tao, membuka pintu ais untuk mengambil dua tin pepsi, kemudian memerhatikan Chorong yang nampak lebih tinggi apabila dia buang tebiat memakai oxford heel tinggi tiga inci yang baru sahaja mereka beli minggu lepas. Tao berjalan ke kubikelnya dengan dua tin pepsi di kedua-dua belah tangan.
Tiba-tiba sahaja Chorong terasa tangannya direnggut oleh seseorang. Naeun rupanya. Pada masa yang sama juga, Naeun menarik Chorong keluar daripada pejabat AHSC.
"Nah, $5." Si pipi tembam Xiumin mencampakkan not $5 yang renyuk di atas meja Luhan. Terus sahaja Luhan mengambilnya lalu disumbat ke dalam poket seluarnya.
Tao turut melemparkan setin Pepsi daripada kubikelnya kepada Luhan yang duduk menghadap kubikel Tao dan Chen. Luhan menyambutnya seraya melebarkan senyum kepada Xiumin dan Sehun yang tercongok di antara penghadang kubikel dia dan Sehun.
"Macam tak percaya je Chorong pakai gelang yang Chenyeol bagi ari tu." Xiumin memicit tulang hidungnya. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah kalah dengan lelaki cantik di hadapannya.
"Well, aku tau semua tu. Hei, Tao, mana satu lagi?" Luhan menarik tab minuman bergas dengan kasar. Bunyi desis daripada tin Pepsi itu membuatkan Luhan tidak sabar untuk meneguknya. Sehun pula memerhatikannya, mengerut dahi.
"Lagi satu aku tengah minum. Aku anggap setin lagi ni kau bagi aku. Hahaha!" gelak Tao sambil meneguk Pepsi yang menyegarkan tekaknya.
"Bukan ke Chorong minat giler dengan Kai?" potong Sehun tiba-tiba. Dia mengetuk perlahan dagunya dengan pen. Luhan mendorong kerusi pejabat yang didudukinya menuju dekat ke penghadang kubikel mereka. Dia menggosok kasar kepala Sehun.
"Itu minat, bukannya cinta. Minat dengan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Take note, Sehun."
Sehun mencari mata Luhan yang masih duduk dikerusinya, meneguk minuman bergas yang diberi oleh Tao. Dia tahu makna perkataan Luhan itu. Dia juga tahu maksud disebalik ekspresi Luhan tadi.
"Hoi, Naeun! Kau nak bawak aku ke mana ni?" jerit Chorong. Cukup menarik perhatian pelajar yang turut melalui lorong antara kelas itu. Sempat lagi dia tunduk meminta maaf apabila dia berlaga bahu dengan peljar yang lalu lalang, walaupun dia sebenarnya tidak peduli langsung.
Dan, nampaknya Naeun sudah tidak mempedulikan orang sekeliling. Ditariknya Chorong sehingga mereka tiba di kawasan taman berhampiran kafeteria. Tercungap-cungap Chorong dibuatnya. Dia perlukan oksigen atau dia mati katak di situ juga. Baru sekarang Naeun hendak berhenti.
YOU ARE READING
[C] Aster High Student Council | EXOPINK
FanfictionCoretan kehidupan Park Chorong - Naib Presiden Persatuan Pelajar Aster High bersama empat kawan baiknya - Bomi, Naeun, Hayoung dan Namjoo sebagai ahli Persatuan Pelajar yang banyak menyelesaikan masalah pelajar (dan guru.. (sort of)). Kehadiran 12 a...