Siasat! : Baju Koyak II

354 31 4
                                    

A/n: sorry republish balik. 🙇

“Apa yang kau rasa kalau kau nampak baju yang mahal giler plus limited edition terbentang di depan mata kau.” Soal Chorong kepada Namjoo yang tampak mahu membuka mulut. Pasti Namjoo sudah 'excited'. Wajah Namjoo yang tadinya nampak masam mencuka berubah gembira. Berseri-seri macam orang baru menang judi 4D,“Tapi dalam keadaan koyak rabak.”

“No way!” Tukas Namjoo. Seakan tahu maksud naib presiden itu, Namjoo rakus merenggut beg kertas yang dipegang oleh Chorong tanpa mempedulikan sekeliling.

“Ish kau ni, cuba mintak baik-baik. Main rampas je. Sakit pergelangan tangan aku.” Omel Chorong, perlahan mengusap pergelangan tangannya yang hampir penuh dengan gelang tangan berbagai bentuk.

“Oopss, sorry. Aku tak betah kalau ada orang sebut pakaian. Semua itu fesyen! Fashion is oxygen!” Kata Namjoo yang menghayunkan lengan ke udara. Dengan dramatiknya dia mengagungkan prinsip hidupnya yang entah apa-apa itu.

Orang lain mungkin tidak tahu yang sebenarnya Namjoo tu bukannya 'cool' seperti yang disangka. Di ofis, dia cuba berlagak tenang dengan harapan dia seorang sahaja yang tampak normal dalam kalangan kawan-kawan perempuan AHSC. Lagi pula, dia jenis yang tidak sukakan perhatian. Sesiapa yang satu kepala, memanglah boleh ngam.  Macam budak-budak lelaki disekitar kubikelnya, Si Poker Face Sehun,  Si Luhan yang ketagih bertaruh, Chen dan Tao peneman setia serta Baekhyun yang asyik meminta bantuan. Hanya di hadapan mereka saja kadang-kadang Namjoo terlupa untuk menjaga imej.

Kecuali kalau hal berkaitan perniagaan. Lebih tepat lagi duit. Mulalah dia jadi mesra alam kepada pelanggan atau sumber kewangannya. Mungkin sebab itu jugalah perniagaan makanan secara kecil-kecilan yang dijalankan di pejabat agak laris.

“Okay, I can see that.” Ucap Chorong dan Namjoo dengan rasa bengang kembali menumpukan perhatian kepada beg kertas yang di letak di atas meja.

"Opps, terlebih sudah. Hancur imej aku." Namjoo mengeluarkan baju itu dan Chorong dengan selamba menarik kerusi lalu duduk menyilang kaki.

"Pft, jaga imej la sangat. Kita ni dah berapa tahun dah berkawan. Macam la aku tak tahu perangai kau yang -"

"Okay, you don't have to mention that." Tukas Namjoo sebelum sempat Chorong membongkar rahsia besarnya. Memang pantang benar dia kalau Chorong tiba-tiba pecah tembelang. Bak kata orang, biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

"Well, apa salahnya. Tak adalah orang anggap kau ni tak ada perasaan." Chorong cuma mengangkat bahu dengan muka tidak bersalah apabila Namjoo menjelingnya. Bukannya itu masalah yang besar sangat.

"Next time," Namjoo kembali meneliti fabrik di hadapannya. "Next time baru aku tunjuk aku ni macam mana."

"I fully anticipate it. Namjoo yang 'cool' ni ada jugak 'warm' nya. Mesti diorang semua terkejut beruk. "

"Siapa yang jadi beruk?" Suara Luhan menerpa ke telinga dan Chorong berpaling melihat ke atas. Menyibuk saja mamat cantik ni.

Wajah Luhan terjogol di atas penghadang kubikel, dagunya bagai terlekat kemas dan dengan sekali pandang nampak sangat Luhan membongkok dek ketinggiannya. Walaupun dia tidak setinggi Kris, Chanyeol, Tao dan Sehun, penghadang kubikel itu memang sengaja menyusahkannya kalau dia hendak bersidai. Terpaksa dia membongkok belakang.

"Kau." Sentap Namjoo tanpa memandang belakang. Hari ini dia sedikit berangin dengan Luhan kerana kalah bet fasal Hayoung yang rupanya masih setia men'skodeng ' jirannya. Siapa jirannya itu nanti akan diberitahu.

Sementara itu, Chorong berpaling ke arah Luhan. "Kau ni buat aku terkejut je."

Luhan tersenyum nakal. Rambut perangnya kini berubah coklat gelap yang Chorong ingatkan Kai sebab Kai juga punya warna rambut yang sama.

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now