Hari Valentine I

303 34 2
                                    

Hari Valentine bakal menjelang dalam tempoh beberapa hari lagi dan sejujurnya Chorong langsung tidak pernah memikirkannya sehinggalah pada pagi tadi.

Ketika dia menolong cikgu Jaejoong, guru kelasnya, untuk membawakan buku-buku pelajar dari pejabat guru, ada sesuatu yang menarik perhatiannya sekaligus mengganggu fikirannya. Di atas meja cikgu Jaejoong yang kemas licin berkilat, berdirinya sebuah kalender kecil yang memaparkan gambar-gambar anime Death Note. Apa yang menarik perhatiannya bukanlah kerana gambar-gambar Ryuk dan Raito tetapi disebabkan mengapa kalendar yang menunjukkan bulan Februari itu telah dibulatkan tarikh 14 haribulan dengan pen marker merah. Demi menghilangkan rasa ingin tahunya, Chorong bertanya saja kepada cikgu Jaejoong saat mereka berdua berjalan menuju ke kelas.

"Cikgu, tadi masa kat bilik guru tadi saya nampak cikgu bulatkan tarikh 14 haribulan kat kalendar cikgu. Itu tarikh penting ke?"

Cikgu Jaejoong tampak terkebil-kebil sebelum mengangkat kening. "Kamu tak tahu ke?"

"Tahu apa?" Chorong bertanya kembali. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gurunya.

"Itu hari valentine, Chorong. I suppose a teenage girl like you should be excited about it." Sindir Cikgu Jaejoong. Sempat lagi dia tersenyum kepada pelajar yang menegurnya.

Selajur dahi Chorong pun berkerut. Langsung tidak setuju dengan pernyataan gurunya. Tidak semua gadis seperti itu. Cikgu Jaejoong perlu ubah persepsi tipikal begitu terhadap gadis-gadis sebaya dia.

"Ugh, saya bukan gadis yang macam tu. Lagipun saya langsung tak ingat pasal valentine ni." Chorong berkata jujur.

Cikgu Jaejoong memandang Chorong dengan senyuman mesra. Rambut blonde yang lurus nampak macam baru sahaja dirawat dengan rawatan di salon. "Mestilah awak terlupa. Awak sibuk sangat uruskan hal itu ini. Yelah, naib presiden Persatuan Pelajar Aster High kan."

"Ish, cikgu ni. Suka sangat sindir saya." Chorong mencebik. Memang cikgu Jaejoong kalau diajak bersembang memang beginilah jadinya.

Cikgu Jaejoong tergelak kecil. Wajah langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. "Alah, dulu pun saya ahli persatuan pelajar jugak. Tapi tak adalah sesibuk awak. Chorong, kadang-kadang awak pun kena have fun jugak. Oh ya, valentine ni awak nak hadiahkan coklat kat siapa?"

"Cikgu ni penyibuk lah. Saya takkan hadiahkan kat cikgu." Tukas Chorong lalu memperlahankan langkah, memberi laluan kepada sekumpulan pelajar yang sedang mengusung sebuah almari.

"Eh, saya gurau je lah. Jangan lah macam tu." Kata cikgu Jaejoong sebelum menyingsingkan lengan baju akibat tersangkut dengan buku-buku yang dia bawa.

"Buat apa saya nak hadiahkan orang. Bukannya saya suka sesiapa pun." Kecuali Kai.

Tiba-tiba cikgu Jaejoong berhenti di hadapan Chorong. Membuatkan langkah gadis itu terbejat. Dia mendongak dan memandang gurunya dalam keadaan curiga.

"Chorong, tak semestinya hari valentine ni diraikan dengan beri hadiah kepada orang yang kita suka. Sometimes kita kena ingat kat orang yang selalu bersama dengan kita."

Chorong diam. Menantikan kata-kata yang seterusnya. Dalam fikiran terlintas wajah kawan-kawan yang selalu bersama.

"Awak nak tahu macam mana saya celebrate valentine?" Sambung cikgu Jaejoong lagi. Nada suaranya kedengaran beriya-iya macam anak gadis yang barusan jatuh cinta.

Chorong angguk sedikit dengan hujung kening terangkat. Ditunjuk sedikit minat walhal telinga sudah malas hendak mendengar.

"Cikgu bagi coklat kepada semua orang yang cikgu sayang. Sebagai token penghargaan. Sebagai tanda memori. Supaya mereka semua tahu yang mereka dihargai."

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now