Percutian Musim Panas IV

114 19 1
                                    

Rasanya istana pasir yang mereka bina ini telah cukup besar dan megah umpama istana dekat England sana. Lepas mereka semua berenang sampai puas, Chen tiba-tiba mengusulkan pertandingan bina istana pasir. Kyungsoo dan Kris mulanya tak mahu turut serta sebab sangat kebudak-budakan. Tapi bila mendengarkan habuan yang agak lumayan, mereka juga tidak mahu lepaskan peluang. Nak tahu apa hadiahnya? Haa... Chen kata kalau istana mereka cantik dan kukuh, dia akan belanja makan tiga hari straight kepada pemenangnya. Xiumin tanya kenapa tak seminggu je? "Rabak la aku nanti. Kang aku kebulur tak makan pulak." Alasan Chen. Xiumin ejek dia kedekut nak mampus.

Hasilnya, mereka dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Baekhyun sementara Suho, Kai dan Namjoo menjadi anak buahnya. Luhan mengetuai kumpulan kedua yang turut disertai oleh Bomi, Kris dan Xiumin. Manakala, kumpulan ketiga pula diterajui oleh Sehun dan ahlinya adalah Naeun, Chorong dan Chen. Kyungsoo menjadi ketua bagi kumpulan terakhir yang ahlinya merupakan Chanyeol, Hayoung, Lay dan Tao.

Bagi Naeun, istana pasir yang dibina oleh kumpulan kedua betul-betul nampak hidup. Sudahlah cantik, ditengah-tengahnya dibuat pula seperti ada sebuah tasik. Ada pula Luhan letakkan sekeping cengkerang yang di cucuk bendera kecil. Perahu katanya.

Cemburu juga Naeun tengok. Yalah, fokus Sehun bukan pada kecantikan, tapi kekukuhan istana mereka sebab test yang terakhir, akan dituang secawan air untuk melihat sebanyak mana pasir yang runtuh. Kalau kurang pasir yang runtuh, menanglah mereka. Lagipun, Chen ada dalam kumpulan mereka, senanglah nak bodek.

Chorong tampak sibuk mengisi pasir ke dalam baldi sebelum pasir itu ditekan-tekan hingga padat. Sekali-sekala Naeun perasan dia akan mencuri pandang ke arah Chanyeol yang bergelak ketawa bersama ahli kumpulannya. Istana pasir mereka kejap-kejap runtuh disebabkan Lay lupa hendak padatkan pasir. Kyungsoo nampak stress sampai nak menangis.

"Weh," Tegur Naeun setelah duduk mencangkung depan Chorong sambil tangannya turut mencedok pasir. "Kau dengan Chanyeol apa hal?"

Chorong buat muka. Malas betullah nak bukak topik pasal dia. "Kenapa?"

"Eh, orang tanya dia, dia tanya orang balik. Tak delah aku tengok korang ni macam dah tak bertegur. Janggal lah rasanya bila tak dengar korang bergaduh." Usik Naeun tersengih-sengih.

"Kalau kitorang gaduh kau bising pulak. Kan bagus macam ni. Aman damai je." Perli Chorong. Makin kuat dia tekan pasir tu sampai nak pecah baldi. Dia bayangkan dia tengah lenyek muka Chanyeol agaknya.

"Kot ya pun korang gaduh, bagi gempak lah sikit. Senyap je." Cucuk Naeun lagi. Sengaja hendak tahu tengok reaksi Chorong.

Nafas panjang dihela. Chorong berikan baldi itu kepada Sehun tanpa banyak soal lalu dia tongkat dagu. "Entah lah, Naeun. Aku pun tak tahu apa isu yang kitorang tengah hadapi sekarang. Tiba-tiba je dia jadi senyap. Nak gurau pun susah. Nak kata dia ada problem, tengok macam tak de je." Luah Chorong. Sekilas dia mengerling ke arah Chanyeol. Hmm... Tadi pun Chanyeol ada curi pandang juga.

Kini Naeun duduk bersila pula. Sudah alang-alang main pasir, biarlah punggung pun sekali berpasir. "Macam ni lah. Aku nak berterus terang dengan kau. Kau perasan tak dalam persatuan kita ni macam ada sebuah persaingan. Iaitu untuk mendapatkan kau."

Sebelah kening Chorong terangkat. Kata-kata Naeun itu memang tidak masuk akal baginya. Orang masuk persatuan pelajar untuk bantu pentadbiran sekolah. Ini apa benda pulak pasal persaingan bagai ni. Ingat drama cinta ke? "Apa yang kau meleweh ni?"

"Ni la masalah kau. Dah banyak kali couple pun kau tak paham lagi. Tu, si Chanyeol, Kai dengan Luhan semua tu suka kat kau. Takkan kau tak perasan."

Merah padam muka Chorong dibuatnya sehingga Naeun sendiri pun tergelak. "Okay, mungkin benda ni macam tak ada apa-apa. Aku faham kau anggap diorang ni just friends. Tapi selagi kau buat dono, selagi tu la orang pandang tak elok."

[C] Aster High Student Council | EXOPINKWhere stories live. Discover now