Namjoo berhati-hati menggunting bahagian lengan sehelai baju hitam. Perincian 'studs' memenuhi bahagian dada membentuk perkataan 'FANCY GEEKS' dan Namjoo merenung perkataan itu disertai rasa meluat. Dia tidak suka cita rasa fesyen Chorong yang lebih terarah kepada gothic punk. Nampak macam ahli ajaran sesat pula apakala kadang-kadang Chorong mengenakan pakaian serba hitam serta celak hitam tebal. Naeun pun dah mula terpengaruh.
Sebenarnya, baju itu dia ambil daripada bilik Chorong setelah dia dijumpai terbiar di atas lantai macam kain buruk. Sedangkan, ianya masih nampak baru dan semestinya Chorong tidak menghendakinya lagi sebab dia main buang merata sahaja.
Memandangkan Namjoo seorang pencinta alam semula jadi dan menggalakkan amalan kitar semula, dia berasa terhormat untuk mengambil baju tersebut dan mengubahnya kepada keadaan yang lebih baik.
Namjoo merancang untuk menjadikan baju T-Shirt itu kepada singlet yang bergaya sesuai dengan keadaan cuaca yang semakin berbahang. Maklumlah, menjelang musim panas macam ni, memang matahari memancar terik. Sudah terbayang-bayang perancangan untuk ke pantai bila cuti sekolah kelak.
Sambil tersengih seorang, sekujur bayang-bayang timbul menghalang cahaya lampu lalu Namjoo tersentak lekas mendongak. Di sebalik pengadang, Baekhyun senyum nakal saat Namjoo cuba meraih nafas.
"Ish, kau ni buat aku terkejut je."
"Hello, Namjoo!"
Belakangan ini Namjoo telah dapat mengawal perasaan. Kehadiran Sehun dalam hidupnya telah mengubah cara pemikirannya yang agak beremosi. Kini dia lebih menghargai orang di sekeliling. Walaupun Sehun sesekali nampak macam tak peduli, namun sebenarnya dia sangat mengambil berat.
Let's Live While We Doing Things We Like
Pesanan si teman lelaki akan dia ingat sampai bila-bila. Disebabkan itu dia sudah dapat membuang perasaan terhadap lelaki di hadapannya. Hanya Bomi lebih layak bersama Baekhyun dan Namjoo tidak boleh menyangkal fakta tersebut.
Senyuman Baekhyun macam ada makna lain sekaligus Namjoo ternanti-nanti ucapan yang selanjutnya.
"Boleh tolong aku tak?"
Dah agak dah.
Baekhyun memang suka meminta bantuan daripadanya dari segenap aspek. Lelaki itu lebih banyak bergantung kepadanya kalau dia punya apa-apa masalah. Sebab itulah dulu pernah timbul perasaan suka terhadapnya. Cuma Namjoo terlalu leka untuk mengetahui yang sememangnya Baekhyun seorang playboy. Bekas playboy.
Sewaktu sekolah menengah dulu Baekhyun pernah dikecewakan oleh seorang senior yang menamatkan hubungan mereka atas dasar tidak punya keserasian lagi. Sedangkan senior tersebut sudah ada lelaki lain. Mungkin Baekhyun berubah menjadi playboy kerana terlalu tertekan dengan realiti itu. Bagaimanapun, Baekhyun terus berubah perangai kepada yang lebih baik sebaik sahaja melangkah ke sekolah tinggi. Tugas sebagai ketua unit pengurusan memaksa dia agar selalu sibuk hingga dia tidak berkesempatan untuk berfoya-foya. Jadi, dia tidak lagi seorang 'playboy.'
"Tolong apa lagi, Baekhyun? Semalam aku baru tolong kau cover line." Keluh Namjoo.
Bukannya dia tidak lagi mahu membantu temannya tapi dia masih rasa bersalah atas apa yang berlaku semalam. Seperti biasa, Chorong akan meronda satu pejabat untuk memeriksa kehadiran setiap ahli. Bagaimanapun, Baekhyun tiada di dalam biliknya tanpa sebarang kenyataan kepada Chorong melainkan unit kebersihan yang tidak masuk ke pejabat kerana menjalankan tugas di luar. Demi menolong Baekhyun, dia terpaksa memberitahu bahawa Baekhyun terpaksa pulang awal akibat ada kes emergency dan Chorong mempercayainya meskipun terserlah riak skeptikal pada wajahnya. Padahal Baekhyun mengajak Bomi untuk cari eyeliner baru.
"Ala, takkan kau tak nak tolong kawan kau yang hensem ni?" Pujuk Baekhyun. Kening bergerak-gerak, tangan menolak jambul kecil ke belakang. Sejujurnya Namjoo terpikat juga kalau Baekhyun buat sebegitu. Tapi dia biarkan ekspresi meluat mewarnai wajahnya.
Namjoo mencebik seraya menjelir lidah. Kemudian dia teringatkan Sehun. "Sehun lagi hensem."
Benar! Kalau dibandingkan kedua-dua pemuda ini, raut wajah Sehun lagi menarik. Kalau tidak macam mana dia boleh jadi model. Betul tak?
"What? Betul ke apa yang aku dengar ni?" Usik Baekhyun. Mulalah dia buat mata terbeliak sambil menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Sengaja dia buat aksi dramatik macam gadis-gadis dalam 'teen drama' hanya untuk menjengkelkan Namjoo. Tao pun suka buat macam tu dan Namjoo rasa macam dah 'fed up' dengan mereka.
Realitinya, sebelum Namjoo dan Sehun bercinta, Baekhyun lebih dulu tahu Namjoo menyukai Sehun sejak Namjoo secara tidak sengaja menamakan lelaki itu sebagai jejaka paling kacak dalam AHSC. Perangai Namjoo amat licik. Bukan licik negatif tapi licik yang banyak di sisi positif. Dia tidak akan memuji seseorang kalau dia betul-betul senang dengan orang itu.
"Kalau kau tak diam, aku gunting mulut kau." Ugut Namjoo. Gunting tajam diacukan dekat pada muka Baekhyun.
Lekas Baekhyun menapak selangkah ke belakang sebagai tindakan refleks kerana bimbang diri dicederakan. Mana tahu kalau bilah tajam itu menusuk ke dada dan dia mati sebelum dia sempat membetulkan keadaan antara dia dengan-
"Atau aku sabotaj segala bentuk komunikasi antara kau dengan Bomi."
Terserlah senyum sinis di bibir Namjoo saat telinga Baekhyun kelihatannya berubah merah dan dia terus terfikir benarkah Baekhyun adalah lebih tua daripadanya? Sebab reaksi yang sedemikian rupa nampak sangat seperti remaja yang sedang jatuh cinta persis macam dalam drama-drama romantik.
Tidak semena-mena bahu terasa ditarik sekuat hati dan Namjoo hampir sahaja terhantuk ke bucu pengadang kalau tidak kerana lengan Baekhyun yang menahan dia daripada jatuh. Wajah Baekhyun sudah terlalu dekat dan Baekhyun berbisik halus. "Jangan kau berani buat semua tu."
Okay, lembut Baekhyun ada garangnya. Namjoo baru hendak menolak Baekhyun apabila dia menyedari jarak mereka yang terlalu dekat mengizinkan dia melihat bagaimana celak hitam Baekhyun nampak sedikit comot. Pada masa yang sama, Baekhyun terpana sekejap ketika hidung mereka hampir bersentuhan. Dalam hati, kedua-dua berharap perkara yang sama. Agar Sehun atau Bomi tidak ada di situ memerhatikan mereka.
"Mr. Chu! Ipsul wie chu! " Kedengaran suara Lay bernyanyi mengikut lagu yang terpasang dalam iPod miliknya. Alangkah terkejut bukan kepalang dia menyaksikan adegan yang boleh menimbulkan syak wasangka di pejabat ini.
Dia baru sahaja keluar daripada bilik Kris selepas berbual kosong dan dia sedang menuju ke biliknya apabila dia berdepan dengan Baekhyun dan Namjoo sedang- erm...
Kalau Sehun nampak, tak tahu lah apa yang akan terjadi.
Lay terpaku ditempatnya sementara headphone di kepala terus melurut ke leher. Dia ternganga melihat Namjoo dan Baekhyun sebagai tanda meminta penjelasan. Ini sudah melanggar etika dalam pejabat kerana dalam pejabat ini tidak dibenarkan bermesra-mesra di hadapan umum. Naeun dan Kris yang sudah lama couple pun tak macam ni.
Nanti, Namjoo kan girlfriend Sehun? Adakah ini sebuah skandal?!
"Wait, Lay, this is not like what you think." Ujar Baekhyun terus panik. Alasan Baekhyun membuatkan Lay berfikir sebaliknya.
"Ow! Baekhyun, lepaskan akulah!"
Lantas Baekhyun melepaskan pelukan itu apabila Namjoo menolak dadanya. Lay mendekati mereka lalu menepuk bahu Baekhyun dengan lembut.
"Aku faham. Just, don't do it here." Lay fikir kalau nak pasang skandal pun janganlah terang-terang di pejabat. Banyak mata yang memandang.
Mata Baekhyun terbeliak. Namjoo pula masih menggosok bahunya yang sedikit pedih akibat ditarik kasar tadi. Dia terlupa Baekhyun masih lagi seorang lelaki walaupun kadangkala karakter dia menyerupai seorang perempuan.
"Nanti! Semua ni salah faham!"
Ketika Baekhyun melaungkan kata-kata itu, Lay sudah pun menutup pintu bilik. Kemudian, Baekhyun dan Namjoo berlaga pandang. Dua-dua semakin kalut.
"Habislah." Tutur Namjoo sambil memanjat meja bagi mengintai Lay di sebalik penghadang. Risiko insiden tadi amat besar dan dia bimbang kalau ianya tiba di pengetahuan Sehun dan Bomi. Hubungan mereka boleh musnah!
"Matilah kita." Baekhyun gigit jari.
YOU ARE READING
[C] Aster High Student Council | EXOPINK
FanfictionCoretan kehidupan Park Chorong - Naib Presiden Persatuan Pelajar Aster High bersama empat kawan baiknya - Bomi, Naeun, Hayoung dan Namjoo sebagai ahli Persatuan Pelajar yang banyak menyelesaikan masalah pelajar (dan guru.. (sort of)). Kehadiran 12 a...