Bab 3

234 13 0
                                    

Segera aku melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba seluruh badan aku menjadi sakit seperti disiat-siat. Pandangan menjadi kabur dan aku rebah ke lantai. Aku cuba membuka mata dan bangkit dari tempat aku terbaring tadi. 'Macam aku kenal tempat ni..gelap..panas..' . Aku mula berjalan tanpa arah tuju. Tak ada satu cahaya pun yang menerangi kawasan ni. Gelap gelita dan tak ada sebarang bunyi melainkan bunyi kaki aku melangkah seperti di atas dedaun kering. Aku meneruskan perjalanan tanpa arah tuju sehingga aku terjumpa sinar cahaya yang tak tahu dari arah mana wujudnya. "Raff...", aku terdengar suara seorang perempuan memanggil aku. Aku menoleh ke arah suara tu dan ternampak Meera. Dia nampak sakit dan tak bermaya. "Ehh Meera! apa dah jadi? Wey apesal kita kat sini?", aku menuju ke arah dia. Muka dia berubah menjadi takut dan tangannya menunjuk ke arah belakang aku. Tak sempat aku toleh, sesuatu dah tarik kaki aku dan aku jatuh terseret. "Arghhh sakit lah bodoh!", jeritku.

Lepas mulut aku puas memaki hamun, badanku dihempas ke tanah yang lembap. Aku dapat rasa kaki aku terseliuh dan ada cecair merah mengalir dari lututku yang terseret ke tanah kasar tadi. Sial! Aku bingkas bangun dengan perasaan bengang. Mataku terarah ke hadapan. Sebatang sungai mengalir dan dikelilingi pokok-pokok hutan tapi keadaannya tetap sama. Gelap dan bahang. Bezanya cuma ada sinar cahaya sikit.

Aku ternampak seorang perempuan muda lingkungan usia 20an duduk di atas batu besar di tepi sungai tak jauh dari aku. Anak siapa pulak lah tak reti duduk rumah malam-malam gini. Makin aku amati perempuan itu, makin cantik. Gayanya macam orang berketurunan bangsawan masa zaman dulu-dulu. Berbaju kebaya, berkain songket berwarna hijau keemasan. Rambut disisip rapi, disanggul kemas dan dihiasi bunga melur. Gincu teroles elok di bibir mungil berwarna merah hati. perempuan tu tersenyum bila sedar aku tengah tengok dia. 'Alamak..kantoi! ayunyaaa...' tanpa sedar kaki aku melangkah ke arah dia.

Aku makin menghampiri tapi akal waras menyedarkan aku, mana ada perempuan zaman sekarang nak pakai macam tu tengah malam buta? Langkah aku terhenti. Perlahan-lahan perempuan itu bertukar wajah menjadi bengis dan badannya membongkok. Baju yang tadi cantik bertukar lusuh. Rambut yang tadi rapi dah pun terurai. Aku beristighfar bila sedar tu mainan syaitan. Perempuan tu galak mentertawakan aku. "Jangan coba menyelamatkan gadis itu! Dia milik aku!!", marah perempuan tua itu. Dahi aku berkerut dek peliknya loghat yang digunakan. Nampak sangat loghat orang lama, "memang sengaja aku seru kau ke mari agar tidak mengganggu urusanku". "Kenapa pulak..dia kawan aku. Kenapa aku mesti serahkan kepada kau?". "Kerana aku sayang dia! Aku mahu dia sentiasa bersama aku. Dah lama aku berdampingan dengan dia tetapi suatu hari itu aku mendapat berita bahawa dia akan berkahwin selang tiga purnama". "Habis tu? apa masalah kau?". "Aku tak kan izinkan!! DIA MILIK AKUUUU!!!",lantang suara perempuan tu menengking. Sengaja dia mendekatkan wajahnya kepada aku.

Sekarang aku dapat lihat jelas wajahnya yang membusuk macam kena baling dengan batu panas. Kulitnya cair dan menampakkan daging yang berbau hamis. Fuhh sumpah busuk! Matanya berurat merah menampakkan sinar dendam. Aku memalingkan muka sebab tak tahan dengan bau busuk dan wajah dia yang ngeri tu. Aku cuba membaca ayat Kursi dengan harapan dia akan pergi tapi sebaliknya berlaku. Perempuan tua tu ikut bacaan ku dengan nada mengejek dan mengilai, "apa yang kau baca itu? Kau tau baca tapi tidak mendalami maksudnya. Beribu tahun lalu aku sudah hidup sebelum kau dan aku lebih memahami. Kau? Bacaan kau kosong dari hati! hahahaha". Aku terdiam dan memikirkan cara lain. Pantas aku melaungkan azan bersama hati yang tak putus-putus berdoa agar dapat jalan penyelesaian. Perempuan tua itu menjerit nyaring dan menutup kedua belah telinganya.

"Arrrgggghhhhh", aku menjerit kuat sebab seluruh badan aku terlampau sakit. Fiq mengucapkan kata syukur sebab aku dah sedar, "kau apehal tetibe collapse? Ingatkan boleh lah tolong aku tapi kau pulak pengsan dulu. Ingatkan dah arwah." "Boleh diam tak? Aku nak air..haus..", ujarku geram. Aku meminum air dengan rakus, haus gila beb! Pandangan aku terarah ke sudut ruang tamu. Meera diikat dengan tali dan diselimuti kain kuning. "Kenapa korang buat macam tu dekat dia?". Afiq melepaskan keluhan berat, "aku yang ikat dia. Macam orang gila dah melompat atas sofa, bercakap dengan bahasa yang aku tak faham". "Dan hampir nak gigit aku.",sambung Reen, housemate Meera. "Kita kena hantar dia pergi berubat. Ada sesuatu nak kan dia. Aku takut kalau lambat sangat nanti, Meera tak selamat", ujarku. "Mana kau tau? Mana kita nak pergi hantar dia?",muka Fiq nampak risau. "Aku tau satu tempat dekat Melaka. Kau ikut je cakap aku nanti,kay. Reen nak ikut ke?", aku ajak-ajak ayam je. "Tak nak. Aku takut.",jawabnya. "Bagus! sebab waktu genting macam ni perempuan selalu menyusahkan.", kataku dan menghayun langkah ke muka pintu. Reen menjeling maut. Ahh kesah apa aku?! Aku cakap benda yang betul.

MataWhere stories live. Discover now