Bab 4

209 10 0
                                    

Afiq mendorong Meera berjalan ke kereta. Aku hanya memerhatikan gelagat Meera yang seakan melawan disebalik kain kuning yang menutupinya. Selesai menguruskan Meera, kami masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu serta tingkap. Maklumlah, bawa orang yang kena rasuk dalam kereta ni kena safety first. 

"Kenapa tak kau je yang drive?"

 "Aku malaslah..nanti kalau kau penat, aku drive lah",jawabku.

 Buat masa ni, aku tak nampak apa-apa yang luar biasa. Sakit di badan aku dari tadi tak hilang lagi. Sengaja aku memejamkan mata untuk merehatkan diri. Tak semena-mena aku ternampak bayangan perempuan tua itu di tempat duduk belakang menggantikan Meera di sebalik kain kuning.

 "Aku takkan benarkan dia diubati", kata perempuan tua itu sambil tersenyum sumbing menampakkan barisan giginya yang legam. 

Aku terjaga dari tidur bila terasa vibrate dalam poket seluar lantas mengeluarkan phone. Nama Reen tertera di skrin. 'Ahh malas aku nak layan', panggilan itu aku matikan. 

"Fiq.. kita dah sampai kat mana?"

"Sekarang kita baru je masuk jalan lama yang nak ke Melaka macam yang kau suruh tu". 

Aku mengangguk dan tergerak hati nak pasang CD yang mengandungi bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bila dah pasang, sengaja aku memerhatikan gerak geri Meera melalui cermin sisi. Tiada reaksi apa-apa tapi tak sampai 5 minit, CD yang diputarkan seakan-akan rosak kemudian radio dimatikan. 

"Ehh kita baru belikan CD ni? Takkan lah dah..."

 "Shhh",aku meminta Fiq diam. Aku memainkan kembali CD yang sedang memutarkan bacaan dari surah al-Jinn. Memang sengaja aku memilih surah tentang makhluk tu. 

Perlahan-lahan kepala Meera melentok ke kiri dan ke kanan. Kedua-dua tangannya dilentikkan ke kiri, seolah-olah mahu menari. Radio seperti tidak berfungsi secara tiba-tiba. 'Ahh sudaahh.. Dah tengah-tengah jalan lama yang takde orang ni pulak dia buat perangai..',monologku. Fiq kelihatan cemas tapi aku meminta dia memandu seperti biasa. 

"Cindailah mana tidak berkias

jalinan lalu retak beribu

bagailah mana hendak berhias

cerminku retak beribu"

Meera menyanyikan lagu cindai sambil meliuk-lentokkan tangan dan badannya. Meremang bulu roma aku melihat gelagat tari si Meera. Aku mengalihkan pandangan ke hadapan. Tiba-tiba ada sesuatu berwarna putih melayang ke arah kereta kami menghalang pandangan cermin hadapan. "Fiq!!", jeritku cemas. 

Fiq terkejut dan bertindak menekan brek. Kereta separuh berpusing, 

"kau nampak apa yang aku nampak tak Fiq?" 

 "Nampak. Amende tu? Aku turun pergi check eh.." 

" Tak payah Fiq, dah malam ni". 

Phone aku vibrate lagi dan nama Reen tertera di skrin.

 "Apa perempuan ni nak..aduhhh", dengan rasa malas aku menjawab panggilan,

 "hah..apa kau nak..?" 

Reen membalas dengan nada cemas, "korang pergi mana? dah nak isyak ni".

 "Kitorang on the way pergi Melaka lah bawak Meera. Kau kenapa?"

"Hah? korang cakap apa ni? Meera ada dalam bilik dia sekarang sebab tu aku tanya korang pergi mana!". 

"Ohh... wait! What?!"

 "What?! aku sekarang tengah perhatikan dia dari luar pintu bilik dia" 

"Apa kau cakap? habis yang kitorang bawak ni siapa?", kami menoleh ke belakang. 

"Shit! Meera hilang", Fiq memandangku cemas. 

"Tak Fiq.. Meera tak hilang"

"Kau buta ke Meera takde tu?!",tengking Fiq.

 "Meera tak hilang! Meera kat rumah sewa dia! yang kita bawak tadi tu bukan dia..paham?!" 

 Fiq tercengang, "bi..biar betul..?" 

 "Ada masa nak main-main ke sekarang? Kita patah balik. Cepat!". Fiq menekan pedal minyak, kereta dipandu laju menuju ke rumah sewa Meera.


MataWhere stories live. Discover now