Pagi ni Afiq yang drive kereta pergi kolej sebab aku masih mengantuk. Makhluk semalam tu buat aku tak boleh sambung tidur. Apalah nasib badan hari ni ada kelas sampai petang. "Kau okay tak? kalau tak okay buat apa pergi kolej..". "Aku okay.. kalau tak pergi kolej kau nak suruh aku duduk rumah ke? Lagi haru kang". Afiq membuka siaran radio dan lagu Faizal Tahir pun bergema.
"biar mati ku mencuba demi bahagia
biar sakit dilukai dapat ku rasa
biar nadi ku terhenti demi ke syurga
biar selamanya mencari cinta sejati.."
Pandangan ku dilemparkan ke luar tingkap sambil menghayati lagu. Indahnya rasa kalau setiap masa hari siang tanpa malam. Bukan apa, kurang sikit benda-benda mengarut tu ganggu aku. Haihh apa lagi lah aku kena buat untuk selesaikan masalah ni.
"sedar sedar aku Kau yang Satu
tunjuk tunjukkan jalan aku kepada-Mu
diri-Mu yang Satu"
Aku tersentap dengan lirik tersebut. Allah...aku jarang sujud pada Dia. Bila aku rasa nak solat, aku solat. Kalau aku malas, memang tak lah aku nak solat. Zikir? lagi lah jarang. Ingat Dia bila aku susah je. Air mataku bergenang, dada aku rasa sesak. Tanpa aku sedar, Afiq dah parking kereta dah pun. "Oii tak nak turun ke..", Afiq menyiku lengan aku. Aku keluar dari kereta dan terus menuju ke kelas.
"Okay kelas tamat. Jangan lupa hantar assignment yang saya bagi dua minggu lepas di bilik saya", kata pensyarah yang paling muda kat kolej aku. Boleh kata hampir semua students lelaki jatuh hati pada dia. Maklumlah, muka dia ada iras Mira Filzah tapi dia bukan taste aku. Pensyarah kot..memang taklah nak bercinta dengan cikgu sendiri. Jam tissot berwarna merah hitam kesayanganku dikerling, jarum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku rancang nak singgah di surau kolej memandangkan ada gap 3 jam sebelum kelas seterusnya bermula. Jari aku mula menari di atas keyboard touch screen iPhone 6 plus, "Fiq, kalau ada apa-apa cari aku kat surau".
Aku letakkan beg di tepi dinding dalam surau bahagian lelaki dan menanggalkan kedua-dua belah stoking. Segera aku menuju ke tempat mengambil wuduk dan kembali ke dalam ruang solat. Aku mendirikan solat sunat taubat kemudian solat sunat dhuha selepas buat research dekat google macam mana kaifiat solat-solat sunat ni. Teruknya aku sampai solat sunat macam ni punya simple pun aku google. Teruk jugak aku menangis minta ampun pada Dia dan tak lupa minta tolong atas masalah yang aku hadapi sekarang. Aku janji takkan tinggalkan lagi ibadat wajib yang selama ni aku tak ambil kesah pun.
Afiq melangkah masuk ke dalam surau dan terpempan. 'Betul ke tak otak budak ni? Solat wajib aku selalu ajak buat pun terkulat-kulat. Ni dia solat sunat pulak..' , monolognya di dalam hati. Afiq pun berlalu ke bilik wuduk kemudian kembali ke ruang solat selepas mengambil wuduk untuk mendirikan solat sunat. Aku duduk bersandar di dinding sementara menunggu Afiq selesai solat.
"Raff..kenapa Raff? kan ayah dah pesan jangan lupa agama. Ingat Allah mesti masalah Raff selesai", ujar ayah sambil menunjukkan mukanya yang sedih. Aku agak mukanya begitu sebab aku tak ambil berat hal-hal agama tapi taklah teruk sampai tak boleh beza halal haram perbuatan. Muka aku berkerut, aku mula menangis bila nampak kelibat ibu bersama ayah. Aku mendepakan tangan mahu memeluk mereka tapi tak dapat. Mereka makin menjauh. "Raff.." aku dengar suara tu tapi aku tak hiraukan. Aku cuma nak peluk ibu dan ayah. "Raff!", tengking Afiq kepada aku. Aku tersentak dan kecewa sebab tak dapat nak peluk diorang tapi sempat jugak diorang senyum kat aku sebelum aku terjaga dari tidur. "Haihh sempat pulak kau membuta kan.. Cuba cerita kat aku macam mana kau boleh tergerak hati nak sampai sini?". "Entahlah Fiq.. Aku rasa dah sampai masa aku kena berubah..sampai bila aku nak lalai..kan?". "Alhamdulillah..sampai jugak hidayah kat kau", kata Afiq lantas menumbuk lenganku. Aku tersenyum, hati aku tenang.
"Raff..lepas ni kita lepak minum petang kat cafe favourite kau tu nak? Aku teringin nak minum caramel latte lah". Aku hanya mengangguk setuju. Kunci kereta bertukar tangan. Kali ni aku yang drive. Macam tu lah kitorang hari-hari bergilir bawa kereta. Radio dibuka , lagu-lagu Ed Sheeran mula berkumandang. Tak sampai 20 minit kami tiba di Latto's Cafe, kafe favourite aku kalau nak lepak minum kopi. Aku sukakan pemandangannya yang menghadap tasik buatan manusia atau lebih tepat, berhadapan dengan taman rekreasi. Macam biasa, aku pesan Ice Americano Latte dan sepotong kek keju. Afiq cuma pesan segelas Ice Caramel Latte. Buat seketika, kami hanya mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan.
"Fiq..", seruan ku disambut dengan pandangan mata. "Esok kita tak ada kelas kan?". "Yup..kenapa?", jawab Afiq selepas menyedut minumannya yang baru sahaja dihidang oleh pelayan. "Aku ingat nak pergi berubatlah. Aku tak boleh hidup macam ni..serabut". "Kenapa pulak..anugerah Allah tu kan. Selagi tak membahayakan, why not kau terima je? Lama-lama nanti biasalah." Aku memandang Afiq,lama. "Kepala otak kau tak bahaya. Bayangkan kalau aku bawa kereta malam-malam, benda tu muncul. Kau pun dapat agak apa yang bakal jadi lepas tu kan?", jawabku separuh sabar. "Okay fine. Kalau macam tu, kau nak berubat kat mana?". Pertanyaan Afiq aku biarkan apabila telefon bimbitnya berdering. Afiq menjawab panggilan dengan segera apabila nama tunangnya, Meera tertera di kaca telefon bimbit. "Hello awak..". Aku lihat mukanya berkerut berbaur risau. Tak lama selepas itu panggilan dimatikan. "Fiq, kau kena ikut aku. Urgent!", kelam kabut aku bayar semua pesanan dan menunggu bungkusan air yang tak habis ku minum. Selepas mengambil bungkusan minuman, segera aku berlari dan membolos masuk ke dalam kereta proton Axia berwarna hitam milik kami.
Sepanjang perjalanan yang tidak aku ketahui ke mana arahnya, Afiq cuma mendiamkan diri dan memecut laju ke destinasi. Aku tak berani nak tanya bila tengok muka dia yang tak tentu arah tu. Tak pasal-pasal dia tengking aku pula nanti. Perjalanan yang memakan masa 30 minit tu aku habiskan dengan memakan kek keju. Aku peduli apa..lapar kot! Air pun telah habis ku minum. Setibanya kami ke destinasi, barulah aku tahu rupanya Afiq menuju ke rumah sewa tunangnya. Kami keluar dari kereta dan terdengar jeritan seseorang dari arah rumah sewa Meera dan empat orang rakannya yang lain. Afiq berlari masuk ke dalam kawasan rumah tersebut dan aku...aku terpaku bila terlihat sosok tubuh yang melayang di pokok inai sebelah pagar rumah tersebut. Mukanya cukup membuatkan aku faham bahawa dia tidak suka akan kehadiran kami. Aku mula rasa tak sedap hati. "Wey Raff.. cepatlah! Tunang aku kena rasuk ni. Tolong aku.", panggil Afiq dari muka pintu.

YOU ARE READING
Mata
HorrorKau ada sixth sense? Kalau macam tu mungkin cerita ni tak make sense pada kau..psstt bersedia ke nak menyelami kehidupan orang yg boleh lihat 2 dimensi? #cerpenbabbersiri