'Aku kat mana ni? Gelap.. panas..', aku bermonolog. Dari tadi aku tergaru-garu dek kulit yang gatal digigit nyamuk yang begitu banyak. Setiap langkah aku memberi tanda bahawa aku sedang berjalan di atas dedaun kering. Gelap. Tak nampak satu habuk pun. Aduhh tak tahan betullah keadaan macam ni berulang kali jadi. Takkanlah... Aku menutup kedua mataku dengan sepantas kilat apabila ternampak cahaya silau itu lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa dan bagaimana aku boleh berada di sini. Sebaik sahaja aku membuka mata, kelibat dua orang manusia berpegangan tangan datang dari arah cahaya itu. Seorang lelaki tersenyum padaku dan seorang lagi wanita. Aku cam sebab perempuan tu pakai telekung dan...lelaki itu! Itu ayah aku! Aku kenal kurta itu!
"Raffasya Azril!", laung ayah diiringi ketukan pintu yang kuat. Aku tersentak lantas melihat jam tangan yang memang tak pernah aku buka kecuali bila nak ambil wuduk atau mandi. Dah memang tabiat aku pun malahan rasa janggal pula kalau tak pakai. "Astaghfirullah.. dah pukul 6.30?". Apalagi..mandi kilatlah aku hari ni. Kenapa? dah lambat kowt nak pergi sekolah. Tak sampai 10 minit aku dah siap mandi dan lengkap berpakaian sekolah. Fuhh, berpeluh bukan main maklumlah perjalanan dari rumah ke sekolah makan masa 15 minit tak campur lagi dengan jammed.
Aku turun ke tingkat bawah, capai sekeping roti dan minum seteguk daripada segelas susu yang dihidangkan oleh ibu. "Kot ye pun, duduklah..makan elok-elok Raff", tegur ibu. "Dah tak sempatlah bu..Raff pergi dulu eh", pipi ibu ku kucup. Langkahku tergesa-gesa menuju ke Audi A5 Cabriolet milik ayah. Pintu kereta ku katup, "Assalamualaikum yah.. sorry Raff lambat hari ni. Semalam Raff tidur lambat yah". "Waalaikumusalam..hah buat apa tidur lambat? main game?". "Taklah yah..study semalam lepastu tengok bola",jawabku sambil menayang sengihan lebar. Ayah kelihatan lain hari ni. Selalunya pagi-pagi lagi dah buat lawak hambar yang agak kelakar tapi hari ni dia diam je. Ada masalah kot. "Raff..ayah pesan ni ingat sampai mati ye..apa pun yang jadi, Raff kena kuat..Agama tu penting Raff.. paham?". Aku mengangguk dan peluk cium ayah sebelum keluar dari kereta. Sekolah..urgghhh!
"Rabbit adalah salah satu spesies roden. Haiwan yang berspesies roden ni.........", suara cikgu biologi aku makin tenggelam timbul. Haihh bukan mengantuk..tapi aku terpikirkan ayah. Kenapalah hati aku ni rasa gelisah? "Raffasya!". Mata aku membulat dan hampir tercampak pen yang dipegang dari tadi. "iy..iyee cikgu?", habis aku kali ni. Mata cikgu sengaja dijegilkan. Cehh nak tunjuk garang lah tu. "Awak ni..kenapa asyik..", ayat cikgu tergantung bila seorang kerani muda memberi salam dan memanggil nama aku. Aku tarik nafas lega 'nasib aku baik hari ni..kalau tak, mau satu masa ni aku kena bebel'. Aku mula kemas barang dengan pantas bila kerani tu bagitahu yang ibu tengah tunggu aku kat office.
Aku memberi salam apabila masuk ke dalam office dan terpempan bila melihat muka ibu yang....sugul. "Ibu? kenapa ni?". Ibu tak jawab dan menunjukkan isyarat supaya aku masuk ke dalam kereta dengan segera. 'Kenapa dengan ayah?'. Ibu memandu kereta ayah tanpa cakap sepatah haram pun. Setibanya di kawasan rumah, aku nampak kereta pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku di luar rumah. Aku rasa aku dah boleh agak dan aku terus menangis, 'betul ke ayah dah takda? takkanlah.. pagi tadi aku baru je peluk cium dia. Ya Allah.. ujian apa kau bagi ni?'.
Aku masuk ke dalam dan ayah masih lagi berpakaian seperti pagi tadi. Mereka kata mereka mahu aku bersama-sama menguruskan jenazah ayah dan mengimamkan solat jenazah memandangkan aku sudah pun berusia 17 tahun. Ya..aku SPM tahun ni dan ayah dah pergi dulu. Aku menguruskan ayah tanpa banyak soal. Ayah meninggal sebaik sahaja memarkir kereta di halaman rumah dan keluar dari kereta. Kata ibu, ayah tiba-tiba rebah dan tak berkutik lagi. Alhamdulillah..jenazah ayah telah selamat diuruskan. 'Ayah..kenapa ayah tak tunggu Raff habis sekolah? Raff belum berjaya lagi yah', aku bermonolog sendirian di tepi kubur ayah. Walaupun aku lelaki, aku tetap menangis. Ahh lantaklah dengan orang sekeliling. Siapa tak sedih bila ayah dah takda kat muka bumi?? Aku lap airmata dengan lengan baju sekolah. Sebaik sahaja aku memandang ke hadapan, aku terlihat seorang lelaki pucat berdiri di sebalik pokok bunga melur,kakinya tidak jejak ke tanah kemudian hilang dari pandangan. "Astaghfirullah!!".
Aku tersedar dari lamunan bila Afiq tepuk bahu aku dari belakang. "Eii mamat ni kang. Minta kena carut je kau ni kan". "Hahaha..kau apahal? termenung lak kau.. dah-dah lah tu mat". "siapa mat?haa? nama aku Raff lah!", muka Afiq aku jeling. "Yelah..cuba cakap apa masalah kau. Mana tau aku boleh tolong...". Ya, aku teringat permulaan tu.. Sejak aku nampak lelaki tu, pandangan aku berubah. Aku boleh nampak dua dimensi. Korang mesti tak percaya kan? "takde pape lah. Aku teringat ayah aku je. Aku rindu dia lah". "Sedekahkan untuk die Raff..Kita ni.." "Ehh Fiq.. tepilah orang nak lalu". Afiq memandang ke sebelah kanannya yang aku tuding tadi. Berkerut dahi dia. Ahh sudahh..Takkan lah benda lain kowt. "Kau apahal.. tak lawak la bodoh." Aku pandang lelaki yang tunduk wajahnya dari tadi dan dia masih berjalan. Tiba-tiba, wajahnya dipalingkan ke arah aku dan menyeringai. Mukanya cuma sebelah! ya.. sebelah!! Sebelah lagi terbakar dan menampakkan bebola mata yang tersembul. Berjurai-jurai darah dari mulutnya bila aku nampak dia cuba mengatakan sesuatu. Perlahan-lahan aku pejamkan mata dan...dia hilang. Alhamdulillah.. "Fiq.. sorry la. kau tau kan aku.." "boleh nampak hantu? hahaha ngarutlah kau Raff.. meh habaq kat aku sat macam mana ghoman dia.." "muka dia..buruk..macam kau hahahha" "tak kelakar lah setan! hahaha macam ni eh Raff..". Aku pandang Afiq dan lembaga tadi menggantikan Afiq. Lebih teruk lagi,muka dia betul-betul depan muka aku sampai aku boleh bau nafas dia yang hancing tu. Ceit! Sialan punya hantu berpeluh aku dibuatnya. 'Apa ayat aku nak baca ni..time ni la mulut aku terkunci'. Badan aku panas, mata aku terpejam tapi aku masih bau nafas hantu tadi. Tiba-tiba kaki aku ditarik oleh sesuatu dan aku terjaga dari mimpi.
Ahh celaka! mimpi dalam mimpi lagi. Aduh pening kepala aku. Aku bangun menuju ke dapur dan mencapai sebiji gelas. Elok je aku pusing, aku nampak Afiq. "Ehh fiq.. mimpi apa kau bangun pukul...." aku tengok jam sekilas, "3 pagi ni?". Afiq masih diam membelakangi aku. 'Lantak kau lah..malas aku nak layan.. ni mesti kes gaduh dengan awek ni..', aku bermonolog sambil minum air yang aku tuang tadi. "Merajuk cam pompuan..",kata aku lantas berlalu pergi. Papp! Drrrdrrr~ 'Bunyi ape tu..sial la Afiq ni', aku pandang ke arah bunyi itu. 'Jap..apa tu..bola boling ke.. aikk sejak bila pulak kitorang beli bola boling..makan pun berlauk maggi..mahal kowt bola boling!'. Benda bulat tu makin dekat,makin...ber...rambut.
"K..ke..kepa..kepalaaa.....!!!!", aku jerit macam nak runtuh dapur tu lagi-lagi bila terpandang perempuan yang tengah mengheret badan dia yang berbaju putih lusuh tu. Tangannya seperti meraba-raba lantai mencari sesuatu..laju betul dia merayap.haha apa lagi! Cari kepala dia lah.. Aku terpaku. Lampu dapur terbuka dan perempuan tadi..hilang. Kepala yang aku sangka bola boling pun lenyap. Aku masih terpaku berpeluh dingin dan otak masih cuba memproses apa yang aku baru lihat sebentar tadi. "Hoii mangkuk! kauu da kenapaaa.. Tidolah hawau! esok kelas pukul 8 pagi." Aku berpaling dan menampar muka Afiq. "Sakit lah!". " Hah betullah ni kau. A..aku.. aku..." "Aku..aku.. aku apa!", kata afiq yang geram ditampar secara tiba-tiba. "Aku nampak lagi la fiq.. kau kena tolong aku fiq.. aku dah tak tahan dah". "Apa kata kau pergi tidur dulu. Esok lepas kelas kita bincang hal ni. Esok kuliah kau tau tak.. sekarang ni da pukul 3.15 pagi.." "Aku nak tidur kat bilik kau malam ni..boleh tak fiq?" Ahh lantak lahh..Aku tak tahan lagi dah nak berseorangan. Buatnya perempuan tadi datang balik? Tak ke naya..nasib je aku tak terkencing dalam seluar tadi. "Sukati kau lah".

YOU ARE READING
Mata
HorrorKau ada sixth sense? Kalau macam tu mungkin cerita ni tak make sense pada kau..psstt bersedia ke nak menyelami kehidupan orang yg boleh lihat 2 dimensi? #cerpenbabbersiri