REEN
Aku mematikan panggilan telefon dan berharap Afiq dengan Raff segera sampai. Meera mula bangkit dari katil dan berpusing menghadap pintu. Segala pergerakannya perlahan. Aku hanya memerhati sehinggalah Meera mula berjalan menuju ke pintu. Aku segera berlari masuk ke dalam bilik yang bertentangan dengan bilik Meera dan mengunci tombol pintu. Aku duduk bersandar pada pintu. Degupan jantung makin laju bila dengar tapak kaki yang perlahan semakin mendekat. Tombol pintu dipulas-pulas dengan kasar, spontan aku menjerit kuat kerana terlampau takut dan berselubung di atas katil.
"Reeeennnn.. Reeeennnn", panggil Meera dengan nada sayu. "Teman lah aku kat luar ni Reen".
Aku menangis teresak-esak di atas katil kerana terlampau takut. Nombor telefon Raff aku dail berkali-kali tetapi tidak berjawab.
"Reeeennn!!!", tengking Meera. "Kau bukak pintu ni Reen! Bukak!", arah Meera tetapi diselangi dengan hilaian tawa dan tangisan. Pintu diketuk bertalu-talu dan tombol pintu dipulas dengan kasar.
Aku menutup telinga dengan bantal. Tak lama selepas tu, keadaan jadi sunyi.
RAFF
"Fiq.. Aku call ustaz yang dekat kolej kita tu eh.. Aku rasa tak sedap hati ni"
"Haa elok lah tu. Aku risaukan Reen. Takut Meera buat apa-apa kat dia. Reen ada call?"
"Tak ada pun. Jap aku cuba call", nombor telefon Reen didail. Tak berjawab. Aku call ustaz Ahkif,
"Assalamualaikum ustaz. Raff ni"
"Waalaikumusalam..haa Raff ada apa malam-malam ni?"
"Ustaz, saya nak minta tolong datang kat alamat rumah yang saya mesej kejap lagi. Tunang Afiq kena rasuk lah ustaz."
"Ouhh boleh boleh. Saya bawak sorang lagi kawan."
"Okay ustaz. Jumpa kat sana nanti", panggilan dimatikan.
"Okay ke?", tanya Afiq.
"Ustaz kata boleh je. Jumpa kat rumah Meera nanti. Weyh, cepat sikit. Aku rasa benda tu memang bahaya".
Afiq memandu kereta dengan lebih laju.
REEN
'Mana pulak dia pergi?', monologku. Baru je nak bangkit dari katil, aku nampak bayangan Meera di balik tingkap sliding bilik aku. Tangan Meera mengetuk tingkap bertalu-talu,
"Reen..Kalau kau tak nak bukak,....", Meera mengangkat sesuatu dengan tangannya dan memecahkan tingkap sliding bilik aku. Aku menjerit ketakutan. Praanggg!! Berderai kaca tingkap menampakkan muka Meera yang tersenyum sumbing. Tangannya memegang batu lesung yang digunakan untuk memecahkan tingkap.
"Aku masuk ye Reen..", disambung dengan hilai tawa.
Meera memanjat tingkap yang telah pecah dan masuk ke dalam bilik. Dia memandang aku dengan penuh rasa dendam.Pantas aku meluru keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. 'Mana aku nak menyorok ni', gumamku. Aku mendengar langkah Meera semakin pantas menuju ke tangga. Segera aku berlari ke dapur dan menyorok di dalam kabinet yang kosong di bawah sinki. Aku meraba poket seluar dan tersedar phone aku tertinggal di atas katil.
Tapak kaki semakin kedengaran, lampu dapur dibuka. Sengaja phone aku dihempas ke lantai di hadapan kabinet yang sedang aku bersembunyi. Seolah-olah dia tau aku berada di sini. Air paip dibuka, kedengaran seperti sesuatu sedang dibasuh kemudian diasah. Aku mengagak itu pisau, 'mati aku kalau dia tau aku kat bawah ni', gumamku. Aku mengintai dari celah pintu kabinet, Meera melangkah pergi. Aku keluar dari kabinet dan meluru ke ruang tamu.
Tiba-tiba rambutku direntap dengan kasar dari belakang dan aku jatuh terduduk.
"Aireena....", mendayu suara Meera memanggil aku.

YOU ARE READING
Mata
HorrorKau ada sixth sense? Kalau macam tu mungkin cerita ni tak make sense pada kau..psstt bersedia ke nak menyelami kehidupan orang yg boleh lihat 2 dimensi? #cerpenbabbersiri