Bab 6

50 4 2
                                    

Kesilapan pendosa adalah melakukan dosa, kesilapan masyarakat adalah menerakakan pendosa.

Sesudah solat Asar, aku mengayuh basikal yang tentunya bukan kepunyaan aku. Basikal yang diperolehi Aifa kerana dia mendapat nombor satu. Basikal dari ibu. Aku cemburu kerana ibu tidak pernah menghadiahkan apa-apa kepadaku walaupun selama ini aku selalu medapat nombor satu di sekolah. Bila aku bertanya ibu, ibu mengatakan kerana aku memang pandai dan selalu sangat mendapat nombor satu maka dia tidak memberiku apa-apa. Aifa diberikan hadiah supaya gadis itu lebih bersemangat untuk belajar. Tapi aku tahu jawapan sebenarnya adalah ibu tidak menyayangiku.

Sampai sahaja di rumah besar berwarna biru itu, aku menongkat basikal dan berjalan sambil menghulurkan salam. Setelah beberapa kali salam barulah pintu dibuka dari dalam. Salam yang dijawab oleh seorang wanita sambil manis tersenyum terus mati sebaik melihat aku.

"Cikgu, Badrul ada?" Aku menyoal lembut. Aku datang bukan untuk bergaduh.

"Ada apa cari dia? Supaya kau dapat tumbuk dia lagi?" Cikgu Suriati menyoal kasar. Marah kerana peristiwa aku menumbuk Badrul masih bersisa.

"Elok sikit cikgu. Saya datang cara baik. Saya tak pernah cari pasal dengan orang kalau orang tak mulakan dulu. Saya pun tahu cikgu bersubahat dengan apa yang berlaku pada saya dan Amri. Tak apalah. Saya doakan semoga cikgu insaf supaya gaji yang cikgu dapat setiap bulan berkat."

"Badrul tak ada." Cepat sahaja Cikgu Suriati menjawab. Mungkin takut kerana aku dengan senangnya dapat meneka penglibatan dirinya dalam masalah yang menimpa aku.

Aku menyindir kerana geram. Cikgu Suriati sangat memilih kasih walaupun selama ini banyak salah laku yang dibuat Aisyah dan Badrul, mereka tidak pernah dihukum. Sebaliknya kesalahan sentiasa digalas orang lain. Aku tahu walaupun Cikgu Suriati sudah bersuami, dia masih ada hubungan dengan pengetua. Aku sendiri pernah terserempak mereka berjalan berpegangan tangan di bandar. Mentang-mentang orang kampung jarang keluar ke bandar, sempat mereka bermadu asmara di sana.

"Kalau saya tak tumbuk Badrul hari tu, saya percaya hari ni dia ada dalam jail sebab kesalahan merogol. Cikgu patut berterima kasih dengan saya." Aku menyindir lagi. Memberitahu hakikat yang Cikgu Suriati tidak patut berdendam dengan aku hanya disebabkan itu.

"Oh, ya. Cikgu pun tak kisah rasanya sebab kesalahan cikgu pun tak kurang besar. Cikgu curang. Orang jahat macam cikgu tak lama. Cepatlah bertaubat." Aku menambah sambil memegang basikal, bersedia untuk bergerak. Dalam hati aku mendoakan semoga wanita itu bertaubat.

"Aku curang pun aku kacau kau ke? Anak aku perogol pun bukannya dia rogol kau." Suami Cikgu Suriati tiba-tiba datang dan memeluk wanita itu dan bertanya apakah penyebab kebisingan yang dia dengar. Suaminya dayus. Walaupun tahu isteri curang di belakang, dia tidak kisah. Entah kena guna-guna atau sayang isteri melampau.

"Aku bahagia dengan hidup aku. Aku ada segalanya. Aku kaya. Aku ada anak. Aku ada suami. Kau apa ada? Ada mak pun tak sayangkan kau. Ada bapak pun pembunuh, nasib baik dah mampus."

"Kau nak tahu kenapa aku benci kau? Aku benci kau dah lama. Sebelum kau bergaduh dengan anak aku. Sebab kau anak pembunuh. Sebab itu semua orang benci kau dan kau tak ada kawan selama ni."

Aku sentap. Tipu kalau aku tak sedih dengan ayat cikgu. Tapi itulah hakikat yang aku kena telan. Memang tiada sesiapa mahu berkawan dengan aku sejak ayah aku dikhabarkan seorang pembunuh. Hanya Amri yang setia ketika rata-rata orang memulaukan aku.

"Ya. Saya anak pembunuh. Yang berdosa ayah saya, bukan saya. Saya tak pernah bunuh orang. Atau cikgu nak saya bunuh cikgu?"

"Yang berdosa adalah orang yang menfitnah. Dan kehidupan cikgu lebih teruk dari saya kerana keliling cikgu dan cikgu sendiri adalah pendosa. Cikgu curang, suami dayus, anak perogol. Saya kesian dengan orang yang menunjuk dia bahagia tapi dalaman sakit." Terus aku kayuh basikah tanpa mendengar balasan Cikgu Suriati. Tak guna menadah telinga kalau akhirnya aku sendiri yang sakit.

Loket EmasWhere stories live. Discover now