Bab 10

31 3 0
                                    

Derap langkah yang semakin maju ke hadapan sambil menggenggam segunung persoalan.

Aku membuka mata apabila mendengar bunyi suara bertengkar. Suara yang sangat aku kenal. Suara ibu dan ayah. Serta merta rindu kepada ayah memenuhi sanubari. Aku gagahkan diri untuk bangun. Terpisat-pisat aku menggosok mataku. Cuba untuk menghilangkan rasa mengantuk yang aku alami.

"Alamak..." Aku pandang suasana sekeliling. Rasa geram terhadap loket emas ini mula muncul. Sakit hati kerana kali ini aku terjaga sewaktu aku berada di atas bumbung. Lapan tahun lepas aku sudah terjatuh dari pokok, takkanlah tahun ini jatuh dari bumbung kot. Tak reti sakit betul.

"Asyik tempat tinggi je. Hish ingat aku ada kuasa terbang ke? Cubalah lain kali letakkan aku atas darat. Atas tanah pun kira okay." Aku membebel seorang diri. Tak pasal aku kena memanjat turun pulak.

Perlahan-lahan aku memijak tangga yang tersadai di sisi dinding hujung. Nasib baik ada tangga, kalau tak semestinya aku kena panjat pokok berdekatan untuk turun ke bawah. Takkanlah aku hendak melompat dari atas bumbung ke bawah bersahaja. Walaupun aku seorang yang lasak, aku tetap bukan superhero. Apabila akhirnya kedua kaki mencecah tanah aku mengukir senyum bangga dan kelegaan.

Aku berada di rumah yang dulunya tidak jauh beza dari sekarang. Warna cat yang sama cuma cuma semakin meniti hari warna tersebut semakin pudar. Aku cepat-cepat masuk ke bilik ibu. Ingin melihat punca pertengkaran. Dan tertanya punca aku berada pada hari ini, hari yang tidak aku ketahui.

Aku perhatikan keadaan bilik itu. Aku perhatikan ayah yang tiada riak sedang berlunjur di atas tilam. Aku perhatikan ibu yang bersandar pada dinding dan duduk bersila di atas lantai. Di riba ibu ada Aifa yang sedang menyusu. Tidak jauh dari ibu ada Amirah yang sedang merangkak. Umurku mungkin lima tahun ketika ini.

"Awak dah gila." Ibu menempik kuat dan matanya memanah tajam pada ayah. Ayah cuma diam, seperti biasa. Ayah memang kurang bercakap.

"Awak jangan tuduh saya bukan-bukan." Ayah menjawab lambat, selang beberapa minit mereka saling memandang.

"Saya harap saya cuma tuduh awak, saya harap saya salah." Ibu terduduk di atas lantai sambil menangis kuat. Pertama kali aku melihat ibu menangis seumur hidup aku.

Ayah bangun dan berlalu keluar. Langsung tidak dipujuk ibu yang sedang menangis.

"Awak jangan berani apakan anak saya. Awak buat, saya takkan teragak untuk bunuh awak." Ibu menempik lagi. Sangat kuat dan aku rasa bukan setakat ayah yang berada di luar bilik, malah sesiapa sahaja yang berada di luar rumah juga mampu mendengar. Kata-kata ibu membuatkan aku tertanya-tanya. Mengapa ibu berkata sebegitu?

Aku berlari mengikut ayah yang berjalan agak laju. Mulutku mengukir senyum sebaik sahaja berjalan beriringan dengan ayah. Apabila ayah duduk di kedai kopi seberang jalan, aku ikut duduk. Wajah ayah yang tidak beriak aku pandang. Aku tidak mampu mengagak apa yang dirasakan ayah. Adakah sedih atau marah. Namun seketika aku lihat ayah ukir senyuman membuatkan aku agak pelik. Seronokkah ayah bergaduh dengan ibu?

"Abang, milo ais satu." Tidak lama pesanan itu sampai di meja ayah. Tanpa menunggu ayah menyedut straw itu rakus.

"Hei, Amal." Seorang lelaki tua yang aku tidak kenali menegur sambil menghulurkan tangannya.

"Oh, kau Him." Ayah menyambut tangan lelaki itu sambil tersenyum. Tanpa dipelawa lelaki itu duduk.

"Dah lama kau balik?"

"Baru sampai semalam." Ayah mengangguk kemudian menyambung menyedut minuman.

"Aku dengar kau nikah balik dengan Hamidah lepas laki dia mati." Ayah mengangguk lagi.

Loket EmasWhere stories live. Discover now