وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ"Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya" (Surah Saba' 39)
🌿Di dalam ayat ini, Allah swt memberi keyakinan kpd kita bahawa Allah swt akan menggantikan sedekah yg dilakukan seseorang. Allah juga akan memberikan balasan dan ganjaran yg besar di akhirat kelak.
🌿Di dalam sebuah hadis, Nabi saw jg memberi satu motivasi dan jaminan ttg harta yg diinfaqkan:
Daripada Asma' binti Abu Bakar, Rasulullah saw bersabda padaku:
لاَ تُوكِي فَيُوكى عَلَيْكِ
"Janganlah engkau menyimpan harta (tanpa menginfaqkannya). Jika tidak, maka Allah akan menahan rezeki untukmu."
Dalam riwayat lain disebutkan:
أنفقي أَوِ انْفَحِي ، أَوْ انْضَحِي ، وَلاَ تُحصي فَيُحْصِي اللهُ عَلَيْكِ ، وَلاَ تُوعي فَيُوعي اللهُ عَلَيْكِ
"Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mensedekahkan). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan barakah rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu"[Hadis ini disebut oleh Imam an-Nawawi dlm Riyadhus Shalihin]
🌿Oleh itu, sepatutnya sbg seorang yg beriman dgn al-Quran dan mengikuti sunnah Nabi saw maka tidak sepatutnya kita ragu2 utk membayar zakat, bersedekah dan membantu org lain dgn harta kita. Ini kerana terdapat pelbagai jaminan kebaikan oleh Allah dan jg Rasul.
🌻Semoga ayat Allah dan kalam Rasul ini mendorong utk kita rajin bersedekah dan meringankan bebanan orang2 yg memerlukan. Semoga Allah swt memberikan keberkatan kpd kita, harta kita, keluarga kita dan kehidupan kita didunia dan akhirat..Aamiiin🌻