14

13 2 0
                                    

Buat apa aku nak hijrah.
Aku dah busuk.
Aku dah keji.
Allah dah tak pandang aku.
Takda guna dah la.
.. Sayangku..
Aku tak suruh kau hijrah pun.
Yaa...aku akui, kau busuk dan keji.
Itu dari pandangan manusia hina macam aku.
Tapi....
Bila tiba masa kau dah hijrah.
Kau akan tahu.
Kau sebenarnya lebih mulia dari aku.
Kau sebenarnya disayangi lebih dari aku.
Kau telah buat aku cemburu.
Kerna.....
HIDAYAH MILIK ALLAH.
Allah sayangkan kau.
Allah tak pernah biarkan kau terus hanyut.
Allah Maha Penyayang.
Oleh itu......
Aku sedar.
Kau yang buat aku turut hijrah.
Kau telah ubah mentaliti aku.
Bahawa....
ALLAH SAYANG AKAN HAMBA-HAMBANYA.
Tidak kira betapa besarnya ujian yang Allah timpakan untuk hambaNya.
Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jangan kau cepat berburuk sangka padaNya.
Kerna....
Diakhirnya...
Dia akan berikan kau kemanisan nikmat yang benar-benar buatkan kau tidak berhenti mengungkap rasa syukur padaNya.
..................................
Aku tak kuat la.
Tadak sapa pun support aku.
Tapi.
Aku nak berubah.
Aku teringin jadi macam kau.
Kalau family aku pun tak support aku.
Memang tak laa aku nak teruskan niat aku ni.
Jangan harap aku bak berubah.
.. Sayangku.
Kau kena ingat ni je.
"qowiy lillahitaala"
'kuat kerana Allah'
Biar orang tak pandang perubahan kau.
Biar orang hina penghijrahan kau.
Biar orang keji akan hijrah kau.
Kerna...
"Kecelakaan yang besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji" (al-Humazah : 1).
Tapi...
Kau kena tahu.
'ALLAH ALWAYS SUPPORT YOU'
Biarlah orang sekeliling sisihkan kau.
Tapi, Allah sentiasa disisi kau.
Dia sentiasa akan bantu kau.
Dia akan tunjuk jalan untuk kau.
Aku tahu...
Kau takut orang sekeliling jauhkan diri dari kau bila kau hijrah.
Aku nak pesan.
"Jangan takut, jangan sedih. Sesungguhnya Allah bersama kita."
Dia takkan berpaling dari kau.
Selagi mana.
Kau terus dan terus meminta.
Kerna...
Dia Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
ALLAH SENTIASA ADA 3 JAWAPAN UNTUK KAU BILA KAU MENADAH TANGAN MEMOHON PADANYA...
.. YA
.. YA..TAPI BUKAN SEKARANG.
.. AKU ADA RANCANGAN YANG BAIK UNTUK KAU...
~~~tak pernah ada jawapan tidak dari Dia~~~
.. Sayangku...
Allah hadirkan aku buat dirimu.
Bukan untuk tunjuk betapa alimnya aku.
Bukan untuk tunjuk betapa baiknya aku.
Tapi...
Untuk aku jalankan amanah aku di dunia ini.
Aku seperti kau.
Diuji dan diuji berulang kali.
Tapi..
Aku hanya fikir.
Ada hikmah disebaliknya.
Ada nikmat yang menunggu aku.
Begitu juga kau.
Jika kau kuat.
Allah akan kurniakan kau nikmat yang manis sekali.
Teruskan bersyukur atas tiap-tiap yang Allah kurniakan untuk kau.
Makin kau bersyukur.
Makin bertambah nikmat yang Dia berikan pada kau.
.. Sayangku...
Apa itu qowiy?
Apa itu kuat?
Kenapa kita kena kuat?
Tak boleh ke kalau kita tak kuat?
Allah turunkan sesuatu ujian tu untuk uji.
Uji kita supaya kuat untuk atasi.
Bayangkanlah...
Bayangkan kalau kita semua lemah.
Kita semua tak kuat.
Macam mana nak terus hidup.
Come on kawan.
Hidup Allah beri ni cuma sekali je kat dunia ni.
Jangan hanya kerana diuji.
Secebis ujian.
Terus jatuh.
Terus give up.
Terus tak boleh nak move on.
"Dan demi sesungguhnya! Jika kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa lagi amat tidak bersyukur." (Hud : 9)
Biar penat sekalipun.
Fikirlah...
Kenapa Allah adakan usaha.
Kenapa Allah adakan mujahadah.
Mujahadah supaya kita cuba dan cuba.
Bila jatuh..
Bangkit kerana Allah.
Kalau rasa macam....
'err..aku tak larat la..aku dah penat laa..'
Percayalah...
Akan ada yang datang.
Hulur tangan.
Untuk membantu.
Kerana apa?
Kerana...
Allah tu bersifat al-Rahman.
Allah tu Pemurah.
Untuk hamba yang yakin padaNya.
Cuma...
Satu yang aku minta.
Andai..
Andai kau tak mampu untuk bangun.
Pandanglah kedepan.
Percayalah..
Kita masih punya Tuhan.
Sumber kekuatan kita.

Penyampai DakwahWhere stories live. Discover now