*AURAT ITU MARUAH , BUKAN MURAH* 💕
_Penulisan ini untuk saya , awak dan mereka semua. Mari kita selami dengan perubahan._
Bismillah. Cantik , pandai , kaya , sihat , berjaya adalah satu nikmat dan rezeki yang paling indah dariNya. Bersyukur atau tidak berbalik pada hati dan diri kita sendiri.
Sedar atau tak kita kufur nikmat dengan dedah aurat kepada semua ajnabi. Rasa bangga boleh jalan dalam mall dengan seluar sendat. Rasa seronok ronda-ronda taman dapat pakai baju ketat dan tudung singkat. Allahuakbar ! Jangan lupa ada mata-mata yang perhati lenggok tubuh kita setiap kali kita bergerak.
Aurat itu maruah , bukan murah. Jangan cakap belum bersedia untuk tutup aurat sebab kita tak tahu ajal akan tiba. Biarlah ada suara sumbang yang bila nampak kita pakai baju besar , seluar longgar , tudung gebang. Titipkan doa buat mereka untuk sama-sama menuju Jannah.
Cuba tanya pada diri "apa manfaat aku pakai macam ni"? "Allah redha ke bila aku dedah sana sini"? "Cantik sangat ke diri ini sampai nak semua ajnabi pandang"? Murah ! Murah ! Murahnya diri bila semua terbuka terdedah. Allahu 😔
Bangunlah sahabat , kita hidup impikan Syurga bukan ? Kenapa kita memilih jalan neraka ? Kenapa tidak usaha sebaik mungkin menjadi hamba kepadaNya ?
Semoga Allah membalas penat lelah kita kerana berhijrah mahukan Redha Allah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita dan sahabat kita. 🌹
![](https://img.wattpad.com/cover/81716758-288-k866779.jpg)