10

19 2 0
                                    

Nukilan Buat Sahabat

SAHABAT MUKADIMAH KITA
Saatku bersendirian dibumi kuis suatu ketika dulu kau yang pertama menghulurkan salam persahabatan. Persahabatan kita bukan satu kebetulan tapi percaturan pencipta kita. Sahabat, kaulah yang selalu menceriakan hari-hari kami sehingga menjadi sebuah memori persahabatan yang indah.

SAHABAT MAAFKAN AKU
Aku dikurniakan mata untuk melihat tetapi aku tidak mampu untuk selalu melihatmu.
Aku dikurniakan waktu untuk meneruskan kehidupan tetapi ku tidak mampu untuk selalu disisimu.
Tetapi ketahuilah didalam setiap doaku ada untukmu.

SAHABAT JANGAN BERDUKA
Ku tahu saat ini kau sedang berduka. Ku mengerti hanya kau yang memahami keperitan itu.
Tapi ketahuilah sahabat, ku juga turut berduka, ku pasti sahabat lain juga turut berduka, ku yakini keluargamu juga turut bersama berduka. Cukuplah kau mengetahui kau tidak beseorangan sahabat.

SAHABAT KAU HEBAT
Saat kau setia berada disisi isterimu sehingga akhir hayatnya kau mengajarku erti CINTA. Saat kau sabar mengharungi ujian ini kau mengajarku erti KEKUATAN.
Belum tiba masanya untuk kau berputus asa sahabat kerana ujian ini cukup untuk membuktikan kau insan hebat sahabat.

SAHABAT KU TAHU KAU KUAT !!

Penyampai DakwahWhere stories live. Discover now