mr. jodoh

169 5 9
                                    

Angin pantai menampar lembut pipi nisa bagai sedang memujuk hatinya yang sedang lara. Kejadian pagi tadi masih terlayar difikirannya.
       "Arghhhhhhhhhhhh!", dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan apa yang terbuku dihatinya setelah beberapa jam dipendam. Tidak mahu menangis di hadapan orang yang telah menyakiti hatinya. Dia menangis semahu-mahunya. Tiada siapa yang mengetahui isi hatinya ketika ini. Dia rindu mahu meluahkan segala cerita kepada abangnya, zafrul hadi yang selalu menenangkan hatinya setiap kali diceritakan masalah. Ada sahaja kata-katanya yang boleh menghentikan setiap kesakitan yang dihadapi.
     "Anis Maisarah, kat sini kamu rupanya. Puas umi cari satu rumah tahu tak. Ya Allah budak bertuah ni", kata umi sambil mengambil tempat duduk di sebelah anak daranya.
        Air mata pantas diseka takut dilihat uminya. Dia tidak mahu merisaukan orang tua itu. Cukuplah dia telah menyusahkan umi dengan segala macam keletah perangainya yang harus umi hadapi.
       "Nisa, abang kamu call. Umi panggil kamu ni sebab dia nak bercakap dengan kamu". Tanpa menunggu bicara seterusnya dari umi, dia terus berlari menuju ke rumah dengan hati yang gembira untuk menjawab panggilan abangnya.
      Panggilan dari abangnya telah melupakan nisa kepada masalahnya sebentar tadi. Hati yang tadinya luka telah dirawat kembali oleh abang kesayangan.
       Umi hanya tersenyum melihat langkah Nisa sehingga dia masuk ke dalam rumah. Dia turut mengikut jejak anaknya masuk ke rumah.
     Selesai menjawab panggilan dari abangnya, dia mendengar orang memberi salam. "Assalamualaikum, Nisa.. Nisa..", panggil hanif. Nisa yang mengenali suara itu terus berlari masuk ke biliknya.
      Lelaki itulah yang telah memusnahkan moodnya hari ini. Hanif fathi merupakan merupakan kawan sekuliah merangkap tunangnya. Mereka telah diikat hampir 2 bulan untuk mengenali hati masing-masing. Tetapi hari ini dia telah mengetahui hati tunangnya itu.
        Haniflah yang telah melukakan hatinya sehingga dia tidak berhenti menangis. Sungguh kejam!
        Umi yang sedang sibuk di dapur terus ke ruang tamu melihat tetamu yang datang setelah salam tetamunya tidak disahut. "Waalaikumussalam, ye nak, cari sapa?", tanya umi kepada jejaka yang menghadap ke belakang itu.
      Setelah mendengar suara orang menjawab salamnya, hanif terus menoleh.
"Eh, hanif. Kamu nak jumpa mai ke?". Angguk hanif. "Haah makcik. Dia ada?" Tanya hanif. "Kejap makcik panggilkan. Dia dalam bilik rasanya".
    "Nisa, nisa" umi memanggil anak daranya. Nisa yang mendengar uminya memanggil terus buat-buat tidur.
 

Mr.JodohWhere stories live. Discover now