mr. jodoh part 2

74 3 0
                                    

"Awak nak apa lagi datang cari saya ni? Tak habis-habis lagi nak lukakan hati saya yang awak dh lukakan sebelum ni?", perli nisa perlahan takut didengari umi. "Awak dah salah faham ni mai. Please listen to me first", pujuk hanif.
" nak dengar apa lagi? Dah la.. dari mula awak memang suka dekat perempuan tu kn? Pergi je la dekat dia. Tak guna kalau awak pergi kt orang macam saya. Tak cantik, selekeh", marah nisa tetapi masih dalam nada perlahan.
Perasaan nisa membuak-buak apabila teringatkan kejadian tadi yang telah meranapkan hatinya. Sudahlah dia seorang yang hard to get. Apabila hatinya sudah diberikan kepada orang, begini pula jadinya. Dia betul-betul menyesal kerana hanif adalah lelaki pertama yang diberikan cintanya dan nisa berharap dia la lelaki terakhir yang akan menjadi peneman sepanjang hidupnya. Tetapi sangkaannya meleset.
Dia betul betul kecewa dan kini dia merasakan dirinya diperguna dan dipermainkan. Air mata tidak dapat ditahan lagi akhirnya jatuh di hadapan lelaki yang telah memusnahkan hatinya. Selama ini, setiap tangisan hanya dipendam. Tiada siapa yang pernah melihat tangisannya melainkan umi abi dan abangnya. Haniflah yang pertama selain mereka.
Nisa terus berlari menuju ke pantai di hadapan rumahnya meninggalkan hanif yang masih tercengang melihat nisa menangis. Hanya pantai ini yang dapat menenangkan hatinya yang sedang perit. Tambahan pula lelaki yang telah melukakan hatinya berada di situ. Dia perlukan sedikit ketenangan. Bunyi deruan ombak, kicauan burung dan angin petang yang lembut amat menenangkan fizikal tetapi tidak hatinya.
"Hati! Hati! Hati! Kenapa cepat sangat kau sakit hanya disebabkan seorang lelaki yang baru dikenali 8 bulan lepas?! Tolongla strong skit", nisa bermonolog memberi semangat kepada hatinya untu kembali pulih. Setelah beberapa minit, hatinya kembali sedikit tenang. Dia kembali bertemu hanif yang sedang menunggunya sambil menyandar pada tiang rumah.
Hensem. Detik nisa. Hanif seorang lelaki yang sangat bergaya bagi nisa. Kulit sawo matang, muka bulat agak chubby tapi tak gemuk, suka memakai spek guccinya yang tak pernah lekang dari matanya yang hazel. Tetapi hatinya yang sakit mengendahkan semua itu.
"Awak, saya dah fikir masak-masak. Saya buat keputusan untuk putuskan tali pertungan kita. Nanti saya cuba bagitahu umi dan abi. Awak cuba bagitahu ibu dan ayah awak. Saya dah tak tahan lagi nak tempuh semua ni. Dulu, saya mengharap awak lelaki terakhir yang ada dalam hati saya. Tapi mungkin tak ada jodoh. Assalamualaikum" nisa terus masuk ke dalam rumah.
Umi yang melihat mereka agak bingung. Hanif terus ke pintu belakang untuk meminta diri dari umi. Hanif kecewa kerana mai pergi sebelum diceritakan hal sebenar. Dia berlalu dengan hati yang sangat bersalah. Kejadian itu semua berpunca dari dia. Dia yang menyebabkan mai sakit hati.

Mr.JodohWhere stories live. Discover now