Dalam perjalanan menuju ke rumah, hanif masih memikirkan cara untuk meminta maaf kerana dia masih sayang dan cinta kepada Maisarah. Ya, anis maisarah, perempuan yang telah mengetuk pintu hatinya yang telah lama kecewa kerana seorang perempuan, Aliya Arissa, yang telah meninggalkannya hanya kerana dia telah menemui lelaki yang lebih sempurna daripadanya.
Allah telah menghantar anis maisarah untuk merawat kekecewaan itu. Hatinya sayang akan wanita itu bukan kerana rupa tetapi kerana adabnya yang sopan, kelakuannya yang sentiasa menyejukkan orang tua bila memandang. Kerana itu jugalah ibunya menerima anis maisarah sebagai bakal menantu.
Sebelum ini beberapa orang bakal menantu telah diperkenalkan hanif kepada ibunya tetapi semuanya ditolak kerana pelbagai alasan. Hanif hanya menurut, kerana dia percaya redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibubapa. Dia tidak mahu memusnahkan kehidupannya hanya kerana tidak mendapat redha kedua org tuanya. Asalkan ibubapanya bahagia dia pon akan turut senang dan gembira.
'Kalaulah ibu tahu yang aku sedang bergaduh dengan mai, mesti aku akan dimarahi', detik hanif. Dia tahu bahawa mai adalah bakal menantu kesayangan ibunya. Mana tidaknya, Anis Maisarah merupakan menantu sulung dalam keluarga itu.
'Macam mana nak bagitahu umi ni. Dah la dia dah mintak putus. Tapi aq still sayangkan dia. Apa patut aku buat?' Hanif bermonolog lagi. Hanif lalu dihadapan sebuah masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Dia memerlukan sedikit ketenangan dan ruang untuk bersendirian. Cara paling terbaik adalah menghadap Ilahi.
Hanif mengambil wuduk untuk menunaikan solat-solat sunat. Selepas berwuduk, hanif merasakan sedikit ketenangan yang dia cari. Hanif masuk ke masjid dan memulakan solat.
'Ya Allah, kau ampunilah segala dosa2 aku ya Allah, kau ampunilah dosa2 ibubapaku ya Allah. Ya Allah, kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi ku, kau berikanlah kesejahteraan kepada mereka ya Allah. Kau berkatilah hidup mereka ya Allah. Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, jika jodoh aku bersama dia ya Allah, kau dekatkanlah dia kepada aku ya Allah. Jika bukan ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu ya Allah....' doa hanif di dalam hati.
Dia dapat merasakan ketenangan datang tanpa diminta. Itulah kuasa Allah apabila hambaNya sentiasa ingat kepadaNya walaupun ketika menghadapi masalah besar. Hanif keluar dari masjid setelah selesai solat sunat. Dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah berbincang dengan ibubapanya. Dalam apa2 hal pon, hanif tidak akan membelakangkan ibubapanya. Dia berhasrat untuk menceritakan segala galanya kepada mereka agar mereka juga boleh memberi jalan kepada dia.
Hanif memandu dengan tenang menuju ke rumah. Dalam perjalanan, dia sempat memerhatikan pemandangan bandar yang sangat cantik pada waktu malam. Hanif terus berhenti di bahu jalan untuk menikmati suasana itu. Pemandangan itu juga telah membantu dia untuk melupakan seketika masalah yg menimpa. 'Subhanallah, cantiknya', hanya itu yang mampu diucapkan. Dia termenung seketika.
Setelah setengah jam berlalu, dia masuk ke dalam kereta dan membuka radio.
YOU ARE READING
Mr.Jodoh
RandomKetabahan seorang gadis menongkah badai kehidupan yang tiada kesudahan. Anis Maisarah, satu hati yang susah dimiliki sehingga ayahnya menemukan dia kepada jejaka bernama Hanif Fathi yang boleh menerima segala kekurangannya. Tetapi segalanya hidup ti...