Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calarTelah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnyaLagu segenggam tabah dari kumpulan nasyid inteam berkumandang di radio. Hanif menghayati bait-bait lagu tersebut. Sangat sesuai dengan keadaannya sekarang ini. Hatinya menjadi sayu apabila teringatkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Dia menganggap ini semua adalah ujian dari Allah dalam sesuatu perhubungan.
Hanif berpegang pada kata2 ibunya, 'tak manis sesuatu perhubungan jika tiada cabaran, dan cabaran itulah sebenarnya yang menguatkan lagi sesuatu tali percintaan'. Hanif cuba menabahkan hatinya semampu yang boleh untuk menghadapi masalah ini.
Dia terus menekan pedal minyak dan kereta yang dia pandu meluncur laju membelah kesunyian malam.
Setelah sampai ke rumah, Hanif terus memanggil ibunya dan memeluk erat tanpa sempat bersalam. "Hanif, kenapa ni? Kenapa tiba2 ni? Cuba cerita kat ibu. Mana tahu ibu boleh bantu. Kamu bukan selalu macam ni melainkan kamu ada masalah besar", pujuk puan Hanan Raudhah.
"Ibu, mai mintak putus", beritahu Hanif. Puan Hanan amat terkejut dengan pernyataan tersebut dan terus bertanyakan apa sebenarnya yang terjadi. Hanif menceritakan dari A sehingga Z. Ibunya hanya mengangguk mendengar apa yang Hanif ceritakan.
Sebenarnya bekas teman wanita Hanif telah merancang sesuatu untuk merosakkan hubungan mereka. Dan kini dia telah berjaya melaksanakan rancangannya. Hanif benar2 kecewa kerana telah menyusun pertemuan itu. Dia sendiri yang telah membuka peluang kepada Alia untuk merosakkan hubungan dia dan Mai.
Hanif tidak menyalahkan Alia kerana segalanya berpunca dari dirinya sendiri. Puan Hanan hanya mampu memberi nasihat dan sedikit jalan penyelesaian untuk memujuk mai kembali. Puan Hanan juga tidak mahu kehilangan Anis Maisarah. Bagi puan hanan, Mai seorang bakal menantu yang cukup sempurna dimatanya dan dia tidak mahu kehilangan Mai. Selagi perhubungan ini boleh diselamatkan, dia akan cuba membantu anaknya untuk berbaik kembali dengan mai.
Dia juga tahu bahawa anaknya juga amat sayang akan Mai.
YOU ARE READING
Mr.Jodoh
RandomKetabahan seorang gadis menongkah badai kehidupan yang tiada kesudahan. Anis Maisarah, satu hati yang susah dimiliki sehingga ayahnya menemukan dia kepada jejaka bernama Hanif Fathi yang boleh menerima segala kekurangannya. Tetapi segalanya hidup ti...